Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Januari 2015

Aku ke Kelas Asas Roti ZaiTouch


Sebenarnya bukan aku yang pergi.
Aku hantar wakil sahaja.
Walaupun dalam hati memang ada minat nak belajar buat roti.
Asalnya aku daftarkan anak dara aku untuk kelas ini.
Tetapi anak dara aku tak dapat nak pergi.
Ada sekolah ganti.
Jadi aku pujuk wife aku.
Wife aku yang pergi ke kelas ini.


Kelas ini sahabat aku yang kelolakan.
Dia pernah jadi pesakit aku.
Dia juga ada pertalian saudara dengan sahabat karibku.
Jadi bila aku dengar dia ada buat kelas,
cepat2 aku daftar nama.
Asalnya beliau kerja makan gaji jugak.
Tetapi disebabkan minat mendalam didunia masakan,
dia tinggalkan kerja makan gaji.
Dia berniaga daripada rumah.
Aku pernah nampak muka dia dalam kelas masakan seorang chef terkenal.
Sebab itu aku konfident dengan kelas beliau.


Kelas asas membuat roti ini dijalankan dirumah beliau.
Chef Salleh iaitu suami beliau yang mengendalikannya.
Rupa2nya tak ramai peserta.
Hanya 6 orang sahaja.
Maklumlah ini kelas pertama beliau.
Jadi tak ramai yang tahu.
Untung bila pelajar tak ramai.
Rasa lebih tenang dan seronok belajar.
Nak tanya soalan pun senang.
Juga tak berebut2 nak buat praktikal menguli tepung.


Kelas bermula jam 9.30 pagi.
Dan wife sampai rumah pukul 4 petang.
Aku ingat dia tension kena paksa pergi kelas.
Rupa2nya tidak.
Banyak juga hasil roti yang dibawa balik.
Kata wife tak rugi ke kelas.
Banyak ilmu baru dipelajari.
Dan kami anak-beranak tak rugi hantar wife ke kelas.
Kenyang makan roti buatan sendiri.
Bersih.
Halal.
Sedap.
Nikmat.


Minggu depan ada kelas lagi.
Kalau ada kelapangan aku pun nak belajar jugak.
Mana tahu boleh tukar profession.
Wife pun dah berkira2.
Nak beli oven besar.
Nak beli mesin penguli.

Salam hari minggu kawan2!




5 ulasan:

  1. Kalau dah tahu tekniknya...memang mudah.agaknya kan...untungla....

    BalasPadam
  2. Teringin nak buat roti tapi tahunya saya ni makan saja hihi

    BalasPadam
  3. kalau dekat nak jugak ni doktor..

    BalasPadam
  4. wahhh pasni mkn roti buatan isteri la ....

    BalasPadam
  5. saya ada jual breadmaker, 3in1, berbaloi untuk buat roti untuk makan family

    BalasPadam