Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Januari 2015

Aku ke Restoran Kari Kambing 40 Hari


Dah beberapa minggu teringin nak bersarapan dengan Nasi Arab di sini.
Minggu lepas beriya2 nak pergi.
Tetapi bila checked di FB,
mereka cuti 3 hari 23-25 Januari yang lepas.
Jadi minggu ini aku set appointment.
Pukul 8 pagi dah kena gerak daripada rumah.


Ini kali kedua aku sampai ke sini.
Kali pertama masa nak ke Terengganu bulan lepas.
Jaraknya kira2 sejam perjalanan daripada rumahku.
Keluar di Tol Ayer Hitam.
Dan ikut jalan dalam menuju ke pekan Yong Peng.
Jauhnya kira2 10km dari simpang pekan Ayer Hitam.
Restorannya betul2 ditepi jalan besar.
Signboardnya besar.
Dan kalau nampak banyak kereta berhenti ditepi jalan,
itulah tempatnya.
Aku tiba kira2 jam 9 pagi.
Kereta penuh ditepi jalan.
Kerusi meja pun penuh juga.
Maklumlah cuti hari minggu di Johor.
Kena tunggu sekitar 5 minit sebelum dapat meja.


Kalau diperhatikan,
tiada apa yang kelihatan istimewa di restoran ini.
Banyak lagi restoran yang lebih cantik disekitarnya.
Tetapi yang biasa2 inilah yang istimewa.
Tak perlu tarikan apa2 untuk memanggil pelanggan.
Kerusi meja yang sentiasa penuh,
dan kereta yang memenuhi ruang parking,
itulah daya tarikannya.


Walaupun ramai orang,
layanan mereka pantas.
Tak sampai 5 minit air dah sampai.
Kali pertama dulu masing2 dah try Nasi Lemak, Roti Canai dan Mee Rebus.
Jadi kali ini semua nak try Nasi Arab pulak.
Yang tak pandai makan kambing tukar dengan ayam.
10 minit juga menunggu hidangan sampai.
Sementara itu orang dimeja2 sebelah bersilih-ganti.
Memang mahsyur dah restoran ini nampaknya.
Motor2 besar datang berkonvoi.
Kereta2 besar pun datang bersilih-ganti.


Ini Nasi Arabnya.
Nasinya berwarna kuning.
Rasanya lembut, lembab dan tak berminyak.
Tanpa kuah pun dah boleh ditelan.
Kari kambingnya jangan ceritalah.
Pekat, lemak, manis dan cukup berempah.
Portionnya pun cukup untuk sampai makan tengahari sekali.


Ini kali ke 3 aku makan Nasi Arab.
Kali pertama di Plaza Angsana.
Kali kedua di Restoran Saba Cyberjaya.
Maksudnya aku belum pandai menilai kesedapannya.
Nak beri markah pun tak berani.
Tetapi untuk 12 ringgit sepinggan,
padaku ianya masih berbaloi.


Restoran ini dibuka setiap 40 hari.
7 pagi hingga 12 tengahari.
Menunya adalah sarapan pagi sahaja.
Dah banyak kali masuk suratkhabar.
Jadi apa tunggu lagi?
Mari kita berjemaah menyokong bangsa kita berniaga.

Salam hari Jumaat kawan2!



7 ulasan:

  1. Yang ini saya belum ada kesempatan try...
    Nak try dulu soto tu...hahaha

    BalasPadam
  2. kalau dari ayer hitam tu, sebelum sampai restoran ni, ada lagi satu tau, sup kambing dia sedap!
    belah kiri gak kedainya, seberang jalan betul2 ada nursery, nampak mmg kedai biasa aje, tapi sup kambing dia mmg sedap!

    BalasPadam
  3. Boleh try soto kat warung mak siti kat simpsng ke olak batu jln ayer hitam - yong peng. Mintak soto ayam goreng.

    BalasPadam
  4. Nama restoran ni Restoran Kari Kambing 40 Hari. Dibuka dari pagi hingga petang. Roti canai untuk sarapan pagi dan nasi arab untuk makan tengahari. Bila semua menu habis baru tutup.

    BalasPadam
  5. owner nya ni baik..selalu berdakwah di jalan Allah Taala...keluar khuruj ikut tabligh...masyaAllah...kelebihan Allah Taala bagi untuk hamba2 Nya yang berkorban masa untuk jalan Allah....

    BalasPadam