Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Januari 2015

Aku ke Temuduga SLKJ-MJHEP

Pada pagi Sabtu 27 Disember 2014.
Aku ke Puteri Pacific Johor Bahru.
Anak sulung aku dapat tawaran temuduga.
Melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Entah bila masa dia memohon,
aku pun tak tahu.
Ini kali pertama dia menghadiri temuduga.
Dan harap2 bukan kali yang terakhir.

Pukul 8 pagi aku dah sampai dilokasi.
Ramai juga yang datang untuk temuduga.
Masing2 ditemani oleh ibubapa masing2.
Pukul 8.30 pagi.
Semua orang dijemput masuk ke bilik untuk taklimat.
Ada wakil daripada Yayasan Pendidikan Mara akan memberi penerangan.
Jadi sekurang2nya aku tahu apa yang berlaku.
Setakat baca diinternet memang tak berapa nak faham.


Ini program tajaan Mara sepenuhnya.
Dimulakan oleh Tun Dr Mahathir melalui Dasar Pandang ke Timurnya.
Aku diberitahu ada 3500 pelajar lepasan SPM yang memohon program ini.
Hanya 900 pelajar dipanggil untuk temuduga.
Daripada 900 pelajar,
300 pelajar yang berjaya akan menghadiri kursus jangka pendek selama 6 minggu.
Kursus intensif belajar bahasa dan budaya orang Jepun.
Habis kursus intensif mereka akan menjalani temuduga semula.
Dan 150 pelajar yang berjaya temuduga kedua,
akan ditawarkan biasiswa untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda.
Bidang elektronik dan kejuruteraan.
Maaflah.
Tiada bidang perubatan ditawarkan.


Anak sulung aku memang tak minat perubatan.
Daripada dulu lagi aku dah tahu.
Tetapi emaknya yang beriya2 suruh dia jadi sepertiku.
Memang ada konflik sekejap.
Dia terpaksa memilih antara kemahuan diri dan kemahuan emaknya.
Diam2 aku menasihatkannya.
Ada masanya kita kena ikut cakap emak.
Ada masanya kita kena ikut gerak hati.
Ada masanya kita kena ikut perkembangan semasa.
Tetapi bukan senang nak memilih.
Banyak benda perlu dipertimbangkan.

Untuk jurusan yang dipilih ini,
pelajar akan belajar selama 3 tahun di Beranang Selangor dahulu.
Dan seterusnya menyambung pengajian di Jepun selama 2 tahun.
Ada pilihan untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat Master/PHD.
Semuanya ditaja oleh Mara.
Disebabkan ianya tajaan Mara,
100% pelajar adalah bumiputera.
Itu yang bagusnya.
Tak perlu nak bersaing dengan bangsa lain.


Sementara menunggu giliran anak ditemuduga,
aku jalan2 satu bandar.
Kotaraya.
City Square.
Juga KOMTAR yang kini ditukar nama ke JBCC.
Banyak kedai jual barang2 original dan branded terdapat di sini.
Kalau dibanding dengan City Square,
JBCC memang lengang.
Langsung tiada orang.

Pukul 12.00 tengahari baru tiba giliran anakku.
Dua orang penemuduga.
Dua orang ditemuduga sekaligus.
Seperti yang aku jangka.
Anakku ditanya kenapa tak nak jadi doktor seperti ayahnya.
Dua kali penemuduga itu bertanya soalan yang sama.
Mungkin tak yakin dengan jawapan anakku.

16 Januari.
Anak aku call aku daripada Kuala Lumpur.
Dia gagal dalam temuduga ini.
Penemuduga tak cukup yakin dengan pilihan kerjayanya.
Dan sememangnya lebih ramai lagi calon yang berkelayakan.
YPM pun rasanya hanya memberi biasiswa kepada yang kurang berkemampuan.
Anak aku dah tak termasuk dalam golongan tersebut.

Susah betul nak memilih masa depan sekarang.
Tak macam zaman aku dulu.
Kalau senaraikan 5 pilihan,
salah satu mesti dapat punya.
Zaman sekarang dah tak lagi.
5 pilihan utama semua tak kena.
Yang dapat course yang karut-marut.
Yang jauh daripada minat.
Yang lari daripada target asal.
Biasiswa jangan ceritalah.


7 ulasan:

  1. Rasa macam sedih jer kan Doc. Hubby saya bersuara juga. Walaupun anak kami tak layak untuk dapat bantuan kerajaan, walaupun kami suami isteri katanya dah lebih dari mampu, namun kami kerja bertungkus lumus, pendapatn hampir separuh di cantas oleh kerajaan. Sedih sangat tengok payslip bila dibandingkan dengan offer letter. BRIM dah tentu tak layak, tapi pendidikan anak pun dianak tirikan juga... Jadinya, apakah pulangan kami daripada membayar cukai sampai separuh gaji tu?

    Oh, anyway Doc. Hubby saya dulu ke Jepun, tapi tajaan Petronas. Belajar di UTM untuk persediaan selama 2 tahun dan terus sambung 3 tahun di sana. Chemical Engineering. Memang itu pengalaman indahnya. Tapi antara pelajar tajaan MARA dan JPA, kata hubby waktu dia dulu, pelajar tajaan MARA lebih mengikat perut. Oh Petronas masa tu kaya lagi, jadi pelajar tajaannya macam pergi holiday sambil belajar. Jadi, mungkin ada rezeki lain yang lebih baik nanti. Kalaulah kita mampu, dah tentu kita keluarkan biaya sendiri, kan.

    BalasPadam
  2. fuhhh ... cabaran generasi akan datang .... hmmm
    mungkin ade rezeki yg lebih baik untuk anak Doc

    BalasPadam
  3. Alhamdullillah syukur ank sy terpilih didlm kelompok 150 yg ditawarkan biasiswa oleh YPM..ank sy perempuan tmpat ank kite di temuduga same tp ank sy di sebelah petng..merasa melalui krusus SLKJ selama 5 minggu dan seterusnye terpilih..tp bukan mudah nak mendapatkan tmpat didlm kelompok 150 yg di pilih..xpe ade bnyak lg peluang untuk ank awk..t

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah puan.
      Rezeki anak puan.
      Semoga cemerlang masa depannya.

      Anak saya tak minat sangat Engineering.
      Sekarang ada di UTP.
      Buat Foundation Geoscience.

      Padam
    2. tahniah puan untuk ank puan juga..rezeki ade dimane2 cume beza dimana dan bagaimana kite mendapat rezekitu..semoga semua ank2 kite berjaya didunia dan akhirat 😊

      Padam