Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Januari 2015

Aku Pun Pernah Kena Rotan


Dunia memang sudah berubah.
Cara mendidik anak pun sudah berubah.
Zaman sekarang kena pandai guna psikologi.
Zaman pukul-memukul dan rotan-merotan dah tak relevan.
Kononnya.
Itu pendapat pakar2 psikologi tersohor.
Tetapi setiap anak perlu berbeza cara mendisiplinkannya.
Tak boleh pukul rata sahaja.
Aku yang cuma ada 3 orang anak pun dapat merasakannya.
Tak semua boleh didisiplin dengan kata2 sahaja.
Kadang2 tunjuk rotan baru nak ikut kata.


Rotan untuk mendidik.
Rotan untuk menghukum.
Rotan bukan untuk menyakitkan.
Rotan bukan untuk mendera.
Rotan bukan untuk mencederakan.
Islam tak menghalang penggunaan rotan.
Tetapi orang2 barat menghalangnya.
Orang2 barat kata ianya zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Sebagai golongan yang kononnya lebih bertamadun,
mereka anggap budaya merotan adalah zalim.
Tetapi cuba tengok keadaan dunia sekarang,
negara mana yang lebih aman?
Rakyat mana yang lebih bahagia?
Siapa yang lebih berjaya?


Zaman dulu2.
Rotan bukan untuk menyakitkan.
Rotan hanya menjadi simbol.
Untuk mendisiplinkan anak2.
Nampak rotan yang abah pegang dah kecut perut.
Nampak ustaz angkat rotan pun dah berdebar jantung.
Nampak guru disiplin jalan dengan rotan satu kelas sunyi sepi.
Itu dulu.
Sekarang mana ada budak yang takut dengan rotan?


Emak tak pernah rotan aku.
Abah pun tak pernah rotan aku.
Tapi cikgu2 sekolah banyak kali juga rotan aku.
Walaupun aku tak bersalah,
aku kena rotan juga sebab duduk dalam kelas yang sama2 buat bising.
Hanya sekali aku kena rotan paling kuat.
3 kali libasan dibelakang aku.
Masa itu aku di Tingkatan Lima.
Nasib aku tidak baik sebab aku berada disebelahnya masa dia lalu.
Masa itu dia tengah mengamuk.
Budak2 satu sekolah tak nak dengar arahan dia.
Seminggu aku tak boleh tidur terlentang.
Berbirat badan aku.
Kesan dibadan seminggu baru hilang.
Tetapi kesan dihati tahun lepas baru hilang.
Itupun bila aku lihat cikgu itu dah semakin uzur.
Aku dah maafkan dia.
Aku takkan buat laporan polis.
Aku takkan mengadu kat suratkhabar.
Kat emak abah pun aku takkan mengadu.
Walaupun itu bukan salah aku.


Aku ada bertanya dengan rakan2ku.
Masing2 semua pernah merasa dirotan.
Sama ada oleh abah, emak, atuk, ustaz, ustazah ataupun guru2.
Tiada yang cedera ataupun cacat.
Tiada yang jadi gila atau hilang akal.
Masing2 kini mengaku kesalahan masing2.
Kalau tidak kerana rotan,
mungkin mereka tak jadi manusia seperti sekarang.
Dan setiap kali reunion,
cerita kena rotan dengan cikgu inilah yang paling seronok diulang tayang.

Rasanya dunia semakin huru-hara kerana tiada penggunaan rotan.
Murid2 sekolah dah tak takut nak buat jahat.
Bila daripada kecil dah berani langgar undang2,
bila mereka besar apatahlagi.
Polis pun mereka tak takut.

Setuju sangat dengan ucapan Almarhum Sultan Johor.
Biar anak2 menangis sekarang,
jangan kita menangis kemudian hari.

Setuju sangat dengan Ujang.
Biar kita masuk penjara,
daripada biarkan anak masuk neraka.



1 ulasan:

  1. Saya membesar dengan rotan walaupun beberapa kali jer kena libas. Dan saya yakin, ada teknik dan etika untuk mendidik anak dengan rotan. Bukan sampai abusive. Hasilnya pasti membahagiakan.

    BalasPadam