Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Aku Bantah Pengasingan Dispensari Tahap 3

Walaupun Menteri Kesihatan dah buat kenyataan,
DS masih dalam perbincangan,
kami doktor GP semuanya tetap akan meneruskan usaha.
Kami tidak akan berdiam diri.
Isu DS tidak akan tenggelam ditelan masa.
Tujuannya hanya satu.
Kami GP hendak rakyat semua tahu.
DS bukan untuk rakyat.
DS bukan untuk ahli farmasi.
DS bukan untuk doktor.
DS adalah untuk pelobi2 kapitalis.
DS juga hanyalah permulaan.
Untuk satu agenda yang lebih besar.
Penstrukturan semula sistem kesihatan di Malaysia.
1Care.
1Malaysia.


Semenjak isu DS diketengahkan.
Doktor dan ahli farmasi masih terus berbalah.
Masing2 dengan pandangan dan pendapat masing2.
Memang ada kebaikan dan keburukan jika DS dilaksanakan.
Tetapi siapa yang lebih mendapat keburukannya?
Bukan doktor.
Tetapi rakyat keseluruhannya.
Ada banyak pendapat negatif aku baca. Keluar daripada mulut2 orang2 kuat persatuan.
Doktor GP hanya fikir pasal periuk nasi mereka.
Doktor GP hanya fikir pasal untung bisnes sahaja.
Doktor GP beri ubat sewenang2nya.
Doktor GP b…

Aku dan Tazkirah Hari Ini

A boat is docked in a tiny Mexican fishing village.
A tourist complimented the local fishermen on the quality of their fish  and asked how long it took to catch them. "Not very long." they answered in unison. "Why didn't you stay out longer and catch more?" The fishermen explained that their small catches were sufficient to meet their needs  and those of their families. "But what do you do with the rest of your time?" "We sleep late, fish a little, play with our children,  and take siestas with our wives.  In the evenings,  we go into the village to see our friends,  have a few drinks, play the guitar,  and sing a few songs. We have a full life."  The tourist interrupted, "I have an MBA from Harvard and I can help you!  You should start by fishing longer every day.  You can then sell the extra fish you catch.  With the extra revenue, you can buy a bigger boat." "And after that?" "With the extra money the larger boat will bring,  you can b…

Aku di EduCamp Universiti Teknologi Petronas

Ingat lagi cerita mencari entiti di Kellie's Castle? Ini cerita sebenarnya. Ini agenda utamanya.
Awal pagi hari Jumaat 6 Februari. Aku bergerak ke Seri Iskandar Tronoh Perak. Anak sulung aku dapat panggilan. Temuduga untuk masuk ke UTP. Jaraknya 520km daripada rumah. Penat memandu tak terkata. Semoga semuanya berbaloi. Insha Allah.

Pukul 7:00 pagi hari Sabtu. Aku dah checked out daripada hotel bajet Putra Iskandar. Kerana  pukul 7:30 pagi kena sampai di Dewan Canselor UTP. Ketibaan aku disambut oleh pegawai sekuriti yang menjadi penunjuk arah. Banyak kereta daripada Johor aku perhatikan. Calon2 diminta beratur untuk penyerahan dokumen. Manakala ibubapa diarah masuk ke dewan besar. Akan ada sedikit taklimat oleh pihak universiti.

Majlis dimulakan tepat jam 8:00 pagi. Ada dua pegawai UTP berucap. Satu bercerita pasal universiti. Manakala satu lagi bercerita pasal tentatif perjalanan EduCamp. Ada 6 sessi kesemuanya. Sabtu, Ahad dan Isnin. Anak aku dapat sessi yang pertama.

Mengikut …

Aku dan Wordless Wednesday

Ustaz Datuk Kazim Elias kembali lagi.


Aku dan Keputusan Peperiksaan Darjah Khas

5hb yang lalu.
Keputusan peperiksaan Darjah Khas diumumkan. Sebelum itu. Mari aku flashback pasal persekolahan Darjah Khas ini. Kelasnya seminggu sekali. Setiap Sabtu 8 pagi hingga 1.30 tengahari. Ustazahnya baik2 belaka. Kebanyakkan masa mereka yang bercakap. Pelajar hanya duduk dan mendengar. Maka kelas jadi bosan. Jadi seperti anak2 aku sebelum ini, Yang bungsu pun sama. Malas nak ke sekolah. Banyak sangat alasannya.
Kepala sakit.
Kaki sakit.
Nak berlatih main bola kat sekolah.
Ada pertandingan silat.
Ada perkhemahan. Dan ada kalanya emak bapak yang ada aktiviti lain. Makan angin. Balik kampung. Tidur hotel. Shopping. Jadi. Boleh dikira berapa hari mereka hadir ke sekolah. Aku malas nak cerita apa yang diajar di kelas. Tapi subjeknya berat2 belaka. Cuma cara pengajaran yang kurang efektif, Menyebabkan ramai tak suka hadir ke sekolah.
Dipendekkan cerita.
Musim peperiksaan pun bermula.
Anak aku memang liat nak baca buku.
Baca pun sambil pegang handphone.
Earphone pun ada. Game COC pu…

Aku dan Percutian Tahun Baru Cinaku

Cuti Tahun Baru Cina kali ini. Aku tak kemana2. Aku berada di sekitar kampungku sahaja. Malam tahun baru. Aku merasai suasana perang di rumahku. Tepat jam 12 tengahmalam. Mercun dan bunga api sahut-menyahut. Ibarat dentuman bom, roket dan juga mesingun. Berterusan sehingga jam 2 pagi. Sebagai orang Malaysia, aku boleh bertolak-ansur. Dah memang itu budaya mereka, apa kita boleh buat? Di negara jiran yang majoritinya berbangsa Cina, pembakaran mercun adalah diharamkan. Jadi mereka sepatutnya berterima kasih. Walaupun mereka minoriti di negara ini, urusan hal2 kaum mereka, kita jarang ganggu. Itulah toleransi namanya.

Tengahari hari Khamis.
Aku merasmikan panggung wayang baru di TGV Aeon Kulaijaya.
Ada filem baru.
Kingsman The Secret Service.
Masa aku sampai,
orang masih belum ramai.
Panggung pun hanya suku penuh.
Aku suka panggungnya.
Semuanya serba baru.
Kerusinya pun masih bau kedai lagi.
Aku memang dah lama sangat tak masuk panggung.
Asyik layan DVD cetak rompak sahaja.
Filem ini ha…

Aku dan Pertunangan Ady&Zarith

Tarikh:      21.2.2015
Masa:        2:30 petang
Tempat:    Bandar Tenggara, Johor.



Post by Zoul Dahan.

Aku dan Cerita Lawak Hari Ini

WIFE VS. HUSBAND
A couple drove down a country road for several miles,
not saying a word.  An earlier discussion had led to an argument
and neither of them wanted to concede their position.
As they passed a barnyard of mules, goats, and pigs, t
he husband asked sarcastically,
"Relatives of yours?"  "Yep,"
the wife replied,
"in-laws." 

W O R D S 
A husband read an article to his wife about how many words women use a day. 30,000 to a man's 15,000.  The wife replied,
"The reason has to be because we have to repeat everything to men." The husband then turned to his wife and asked,
"What?"
CREATION A man said to his wife one day,
"I don't know how you can  be  so stupid and so beautiful all at the same time."
The wife responded,
"Allow me to explain .
God made me beautiful so you would be attracted to me; God made me stupid so I would be attracted to you!" 

THE SILENT TREATMENT A man and his wife were having som…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku Bantah Pengasingan Dispensari Tahap 2

Dari Runtuhnya Kota Melaka,
Bersama Kita Dirikan Putrajaya,
Hujah Palsu Bohong Belaka,
Akan Ditangkis Seberapa Daya.


Yang dihormati tuan pengerusi majlis,
Barisan para hakim yang adil lagi bijaksana,
Barisan pihak pencadang yang budiman,
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian.

Tegaknya berdiri saya di sini,
mewakili ribuan para doktor swasta diluar sana,
sebagai ahli pembangkang pertama,
dalam tajuk perbahasan kita pada hari ini.
"Ahli Farmasi lebih layak memberi ubat berbanding doktor swasta".

Saya mulakan hujah2 saya dengan bercerita tentang sejarah dahulu.
Doktor swasta telah memainkan peranan penting dalam pembangunan kesihatan negara.
Sejak zaman merdeka lagi,
doktor swasta membuka klinik2 dihampir seluruh pelusuk negara.
Bermula dengan dibandar2 besar seterusnya menjarah ke kampung2.
Mereka berada sangat hampir dengan masyarakat.
Mereka sentiasa ada ketika perkhidmatan diperlukan.
Tun Dr Mahathir adalah contoh doktor swasta yang paling awal.
Beliau ju…

Aku Bantah Pengasingan Dispensari Tahap 1

Februari 2015.
Katakan anda sakit atau kurang sihat.
Anda pergi ke klinik berhampiran dengan rumah anda.
Klinik swasta semestinya.
Sebab segala2nya mudah dan cepat.
Lepas mendaftar anda kena tunggu giliran sekejap.
Doktor sedang merawat pesakit yang lain.
Lalu tiba giliran anda.
Lepas bertanya beberapa soalan dan memeriksa anda,
doktor pun memberitahu antara punca2 penyakit anda.
Doktor memberi macam2 nasihat.
Doktor beritahu akan beri beberapa jenis ubat dan cara makannya.
Serba sedikit doktor beritahu pasal kesan2 sampingan utama ubat yang anda akan makan.
Selepas keluar daripada bilik doktor,
pembantu klinik akan menyediakan ubat yang telah ditulis oleh doktor.
Pembantu klinik telah bersama2 doktor lebih 10 tahun.
Walaupun kelulusannya hanya SPM,
dia dah faham sangat tentang tulisan doktor.
Isu salah beri ubat langsung takkan timbul.
Sekali lagi pembantu klinik akan memberitahu tentang cara memakannya.
Kos berpatutan dikenakan.
Kos ubat termasuk dengan kos perundingan doktor.
Anda …

Aku ke Perjumpaan Kesatuan Doktor-Doktor JDT

Empat hari yang lalu. Aku dijemput masuk ke group whatsapp ini. Abang ipar aku yang perkenalkan. Melalui group whatsapp ini juga, Aku dijemput untuk hadir ke perjumpaan mereka. Perjumpaan kali pertama. Membincangkan masalah terbaru para doktor swasta sepertiku. DS. Dispensing Separation. Pengasingan Preskripsi. Dahlah pening tentang GST belum habis. Ditambah dengan yang ini pulak. Ini bukan setakat masalah periuk nasi para doktor. Ini masalah negara. Rakyat biasa seperti anda semua pun terlibat sama. Doktor pun confused. Apatahlagi rakyat dan pengguna. Hal ini akan saya bincang dan ulas kemudian.

Pukul 2 petang. Aku tiba di lokasi perjumpaan. The Legends Country Golf Resort Sedenak Johor. 20 minit perjalanan daripada rumah. Ketibaanku disambut oleh kawanku juga. Dia dan isterinya jadi AJK. Takda apa2 bayaran. Semuanya sukarela.

Tepat jam 2:30 petang. Majlis dimulakan. Kehadiran memang di luar dugaan. Hampir 100 orang doktor GP hadir daripada seluruh Johor. Daripada negeri berjiran pun…

Aku dan Wordless Saturday