Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Februari 2015

Aku Bantah Pengasingan Dispensari Tahap 2

Dari Runtuhnya Kota Melaka,
Bersama Kita Dirikan Putrajaya,
Hujah Palsu Bohong Belaka,
Akan Ditangkis Seberapa Daya.


Yang dihormati tuan pengerusi majlis,
Barisan para hakim yang adil lagi bijaksana,
Barisan pihak pencadang yang budiman,
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian.

Tegaknya berdiri saya di sini,
mewakili ribuan para doktor swasta diluar sana,
sebagai ahli pembangkang pertama,
dalam tajuk perbahasan kita pada hari ini.
"Ahli Farmasi lebih layak memberi ubat berbanding doktor swasta".

Saya mulakan hujah2 saya dengan bercerita tentang sejarah dahulu.
Doktor swasta telah memainkan peranan penting dalam pembangunan kesihatan negara.
Sejak zaman merdeka lagi,
doktor swasta membuka klinik2 dihampir seluruh pelusuk negara.
Bermula dengan dibandar2 besar seterusnya menjarah ke kampung2.
Mereka berada sangat hampir dengan masyarakat.
Mereka sentiasa ada ketika perkhidmatan diperlukan.
Tun Dr Mahathir adalah contoh doktor swasta yang paling awal.
Beliau juga disifatkan doktor yang paling berjaya di Kedah dizamannya.
Beliau tidak pernah mengutamakan wang atau perniagaannya.
Beliau lebih mengutamakan khidmatnya kepada masyarakat setempat.
Pesakit datang ke kliniknya bukan atas masalah kesihatan sahaja.
Masalah2 lain pun beliau tolong selesaikan.

Dulu.
Klinik dan doktor swasta boleh dibuka dimana2.
Sesiapa sahaja pun boleh buka klinik.
Masa itu klinik adalah lubuk emas.
Siapa yang buka klinik mesti boleh jadi kaya-raya.
Maka ahli2 perniagaan yang banyak duit pun boleh buka klinik.
Lepas tu dia gajikan mana2 doktor untuk menjaganya.
Yang berlesen atau tidak berlesen tiada siapa yang pantau.
Maka wujudlah akta klinik swasta.
Pembukaan sesebuah klinik dipantau oleh satu badan khas.
Kalau boleh semua klinik hendak diseragamkan.
Saiz pintu bilik air pun cuba diseragamkan.
Klinik perlu lengkap seperti lengkapnya hospital swasta.
Perlu ada kelengkapan emergency trolley.
Perlu ada resusitation dan intubation set.
Perlu ada oxygen tank.
Sepuluh tahun saya buka klinik.
Barang2 itu duduk di sudut klinik mengumpul habuk.
Tunggu masa untuk jadi barang antik.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Isu baru mula timbul.
Ahli-ahli farmasi merasakan mereka tidak cukup kerja.
Semakin ramai doktor2 swasta mengambil alih kerja mereka.
Doktor swasta sepatutnya hanya boleh mempreskripsi.
Hanya ahli farmasi yang boleh memberi ubat kepada pesakit.
Ini yang berlaku di hospital dan klinik kerajaan.
Ini yang berlaku di hospital swasta.
Tetapi tidak diklinik2 swasta.
Ahli farmasi dan doktor sepatutnya bekerja bersama2.
"Doctor diagnosed, Pharmacist dispensed"
Ramai merasakan doktor2 swasta tidak layak menjadi ahli farmasi.
Ramai merasakan doktor2 swasta cuba menjadi jaguh dalam merawat pesakit.

Saya merasakan situasi di Malaysia adalah unik.
Sejak zaman merdeka lagi,
klinik swasta menjadi one-stop-center.
Pesakit datang mendapatkan rawatan.
Pesakit pulang setelah mendapat rawatan.
Semuanya dilakukan oleh doktor itu sendiri.
Merawat, mengambil darah, melakukan x-ray, menulis ubat, memberi ubat.
Dah berpuluh2 tahun begitu keadaannya.
Pesakit gembira, doktor pun gembira.
Jadi apa masalahnya?


Pencadang pertama ada menyatakan,
harga ubat akan turun jika DS dilaksanakan.
Saya setuju.
Harga ubat akan turun.
Tetapi kos perubatan akan naik sebenarnya.
Ini kerana doktor tidak lagi memberi diskaun pada kos perundingan.
Situasi sekarang ialah,
harga ubat lebih mahal sebab doktor masukkan kos perundingan dalam harga ubat.
Ini kerana kos perundingan ditetapkan pada harga RM 5-15 nett.
Harga ini bukan doktor yang tentukan.
Ianya ditentukan oleh panel2 kilang juga syarikat2 insurans.
Tidak kira berapa lama atau susahnya nak cari diagnosis.
Kos perundingan ialah RM 5-15.00.
Anda tahu berapa kos perundingan yang layak diambil oleh doktor?
Antara RM 35- 125 ringgit.
Tetapi doktor swasta pula dikatakan tamak.
Jual ubat pada harga lebih mahal.
Saya setuju dengan DS jika pihak2 kilang juga syarikat2 insurans
setuju untuk membayar kos perundingan pada kadar ditetapkan oleh kerajaan .
Dan jika ini berlaku,
kos perubatan akan naik.
Jadi siapa yang untung di sini?
Doktor tak rugi apa2 malah untung lebih banyak.
Saya membantah DS bukan kerana nak menjaga periuk nasi saya.
Saya membantah kerana saya sayangkan para pesakit saya.

Pencadang yang pertama tadi ada juga menyatakan,
doktor akan mempunyai 10 kali lebih banyak pilihan terhadap ubat2an.
Dan bukannya setakat ubat2 yang hanya ada dalam klinik mereka.
Saya setuju.
Tetapi apa gunanya lebih banyak pilihan,
kalau pilihan yang ada semuanya tak boleh pakai?
Saya beri satu contoh.
Ada berpuluh2 jenis Paracetamol ada dipasaran.
Dan sejak saya buka klinik,
saya masih kekal dengan satu brand sahaja.
Semua pesakit puashati.
Saya pun puashati.
Ada pesakit saya pergi dapatkan Paracetamol daripada klinik lain.
Berbeza daripada segi warna dan bentuknya.
Dan dia kata klinik saya punya ubat adalah terbaik.
Makan 2 kali aje dah kebah demamnya.
Bukan seorang tetapi ramai yang berkata begitu.
Jadi kalau saya prescribe Paracetamol dan suruh dia ke farmasi.
Adakah dia akan dapat jenis ubat yang sama warna dan bentuknya?
10 tahun menghadap beribu2 pesakit,
saya dah tahu ubat apa yang bagus dan kurang bagus.
Memanglah satu ubat tak sesuai untuk semua orang.
Dan tak semua orang sesuai dengan satu jenis ubat.
Tapi jika majoriti dah kata begitu,
Kenapa perlu susah2 nak tukar ubat lain?

Pencadang ada juga menyebut,
pesakit akan menerima kaunseling tambahan berkenaan ubat daripada ahli farmasi.
Saya juga setuju.
Tapi apa gunanya?
Adakah ahli farmasi akan bercerita tentang pharmacokinetic dan pharmacodynamic ubat tersebut?
Adakah ahli farmasi akan terangkan satu persatu kesan sampingan ubat kepada pesakit?
Dan adakah pesakit akan mendengar hal2 yang tak relevan?
Dahlah dia kena ke sana sini untuk dapatkan ubat,
lepas tu kena kaunseling lagi.
Pesakit tak nak dengar itu semua.
Bila dia dah percayakan doktor,
doktor bagi racun pun dia makan tanpa bantahan.

Akhir sekali pencadang ada menyebut,
akan mengurangkan risiko kesilapan beri ubat.
Apa buktinya?
Doktor klinik swasta jarang silap beri ubat.
Alahan ubatan bukan disebabkan kesilapan beri ubat.
Kalau dah allergik tak boleh makan Paracetamol,
makan juga dan jadi alahan,
itu bukan silap beri ubat.
Itu kesilapan doktor yang mungkin tak tanya pasal alahan.
Pembantu klinik memangnya bukan ahli farmasi.
Tetapi kebanyakan mereka dah lama bekerja dengan doktor yang sama.
Tulisan cakar ayam doktor pun masih boleh dibaca.
Dan zaman sekarang,
ada klinik yang dah tak menggunakan sistem manual.
Semuanya dah computerised.
Jadi di mana risiko kesilapannya?


Selain daripada dicemburui oleh pihak pencadang,
nampaknya masa juga sangat mencemburui saya.
Sebelum saya mengundurkan diri,
sekali lagi saya menegaskan,

" Doktor swasta masih lebih layak memberi ubat kepada pesakit berbanding ahli farmasi ".

Sekian terima kasih.


Bersambung




4 ulasan:

  1. here also klinik2 biasa ni kerani jer yg bagi ubat hew hew..
    kecuali klinik swasta yang besar sikit tu diorang ada a few of farmasis la yang handle..

    BalasPadam
  2. ok aku sgt setuju dengan tuan doktor ....
    katakanlah perskripsi tulisan tangan contohnya .. agak2 ahli farmasi tu paham ke tidak ..klu tersalah baca agak2 pe jd dengan patient ...

    lagi pun klu kami yg dicover oleh panel syarikat ...klu doktor dah tak swasta tak boleh bg ubat ... adakah kami kena bayar dengan famasi menggunakan duit sendri kemudian claimdengan syarikat ... kan susah pesakit ... klu pesakit tak de cash ??? hmmm

    BalasPadam
  3. Adoiii... mati lah... kena bayar klinik untuk preskripsi... lepas tu bayar farmasi untuk ubat... adoiiii

    bertambah lah sakit

    BalasPadam


  4. yupp... kalau betul2 dorang setuju ... sebagai pesakit macam saya ni...
    lepas jumpa doktor.. nak pegi farmasi beli ubat .. saya dah pengsan dulu..

    BalasPadam