Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Februari 2015

Aku Bantah Pengasingan Dispensari Tahap 3


Walaupun Menteri Kesihatan dah buat kenyataan,
DS masih dalam perbincangan,
kami doktor GP semuanya tetap akan meneruskan usaha.
Kami tidak akan berdiam diri.
Isu DS tidak akan tenggelam ditelan masa.
Tujuannya hanya satu.
Kami GP hendak rakyat semua tahu.
DS bukan untuk rakyat.
DS bukan untuk ahli farmasi.
DS bukan untuk doktor.
DS adalah untuk pelobi2 kapitalis.
DS juga hanyalah permulaan.
Untuk satu agenda yang lebih besar.
Penstrukturan semula sistem kesihatan di Malaysia.
1Care.
1Malaysia.


Semenjak isu DS diketengahkan.
Doktor dan ahli farmasi masih terus berbalah.
Masing2 dengan pandangan dan pendapat masing2.
Memang ada kebaikan dan keburukan jika DS dilaksanakan.
Tetapi siapa yang lebih mendapat keburukannya?
Bukan doktor.
Tetapi rakyat keseluruhannya.
Ada banyak pendapat negatif aku baca.
Keluar daripada mulut2 orang2 kuat persatuan.
Doktor GP hanya fikir pasal periuk nasi mereka.
Doktor GP hanya fikir pasal untung bisnes sahaja.
Doktor GP beri ubat sewenang2nya.
Doktor GP beri antibiotik sewenang2nya.
Doktor GP beri vitamin yang bukan2.
Semuanya kerana duit, duit dan duit.
Aku tak nafi itu semua.
Memang ada doktor GP yang sebegitu.
Tetapi bilangannya boleh dikira dengan jari.
Majoriti doktor GP adalah otai2.
Ada yang dah berpuluh tahun dalam bidang ini.
Mereka ini dah tak fikir keuntungan dan wang.
Mereka lebih pentingkan memberi khidmat kepada pesakit.
Untuk 10 orang doktor GP yang aku kenal,
90% hidup bersederhana.
90% bekerja kerana Allah Taala.
90% berkhidmat demi kepentingan pesakit.
Tak kira apa bangsa pun.
Semua yang aku kenal adalah orang yang baik2.
Kami tak pernah bergaduh sesama kami.
Kami tak pernah kondem sesama kami.
Kami tak pernah bersaing merebut pesakit.
Kami tak pernah 'buang harga'.
Ada yang jadi pakar matematik.
Mengira keuntungan doktor GP setiap bulan.
Salahkah doktor GP mengambil gaji?
Salahkah doktor GP mengira untung?
Doktor GP tiada KWSP,
Doktor GP tiada pencen.
Doktor GP tiada elaun macam2.
Doktor GP tiada cuti tahun.
Doktor GP tiada cuti sakit.
Doktor GP kerja 12-16 jam sehari.
Ada sesiapa kira itu semua?


Aku dah 19 tahun jadi doktor.
Aku dah 10 tahun jadi doktor GP.
Aku tak kata aku dah bagus sangat.
Aku tak kata aku dah perfect.
Aku juga masih belajar.
Hari2 aku belajar.
Belajar daripada pesakit.
Aku tahu kekuatan dan kelemahanku.
Tak semua sakit aku boleh rawat.
Kalau aku rasa aku tak boleh nak rawat,
aku rujuk ke doktor lain.
Aku takkan memandai2.
Aku takkan jadikan pesakitku bahan ujikaji.
Aku juga tahu semua ubat yang ada diklinikku.
Walaupun pilihannya tak banyak seperti difarmasi,
aku tahu mana ubat yang bagus dan yang tak bagus.
Maklumbalas daripada pesakit2ku adalah testimoni terbaik.
Walaupun aku hanya belajar Farmakologi selama setahun sahaja,
kebanyakkan ubat2 yang aku guna pakai adalah selamat.
Staf klinikku semuanya hanya lepasan SPM.
Mereka memang tidak belajar Farmakologi.
Tapi mereka dan aku dah kenal lama.
Tulisan burukku mereka masih boleh baca.
Ubat2an dilabel dengan terang.
Ubat2 disusun mengikut kegunaan.
Pihak penguatkuasa dah beberapa kali datang check.
Langsung tiada masalah.
Dan kesilapan salah beri ubat rasanya jarang berlaku.
Cuma sesekali berlaku ialah ubat habis tempoh.
Itupun aku segera ambil langkah mengatasinya.
Kita manusia.
Kalau bubuh robot sekalipun,
rasanya kesilapan pun boleh berlaku.


Walauapapun alasannya,
aku masih bertegas tidak setuju dengan DS.
Tak perlu nak kaji.
Tak perlu nak tunda.
Batalkan terus.
Kenapa perlu banding dengan negara2 maju,
sedangkan sistem kita diiktiraf antara yang terbaik di dunia?
Pesakit2 aku dah selesa denganku.
Pesakit2 aku dah selesa dengan ubat yang aku gunakan.
Kalau ada ubat yang aku takda,
aku suruh mereka beli difarmasi.
Kebanyakan pesakit yang datang ke klinik,
berharap akan sembuh dengan ubat2ku.
Kalau aku rasa aku tak boleh nak rawat dan aku suruh ke hospital,
masing2 punya banyak alasan.
Seboleh2nya mereka nak mencuba ubat aku juga.
Kalaulah aku suruh beli ubat difarmasi,
agak2 berapa peratus yang setuju?


Ada satu wawancara/debat di Astro Awani beberapa hari lepas.
Seorang doktor GP Sg Long lawan dengan tauke rangkaian farmasi paling kaya di Malaysia.
GP bercerita pasal pesakit, pesakit dan pesakit.
Manakala farmasi bercerita pasal bisnes, bisnes dan bisnes.
Jadi anda dipihak yang mana?
Pihak mana yang lebih mengutamakan rakyat?
Doktor GP yang risau pasal bisnes,
ataupun farmasi yang risau pasal kesilapan beri ubat?

Aku bukan nak memburukkan ahli farmasi.

Ahli Farmasi memanglah professional.
Tetapi ada juga segelintir yang tidak professional.
Ada yang berlagak seperti doktor.
Memeriksa pesakit dipremis mereka.
Memeriksa tekanan darah juga paras gula.
Lepas tu beri ubat darah tinggi dan kencing manis.
Lepas tu siap buruk2kan doktor yang merawat mereka.
Aku ada ramai pesakit.
Yang perlukan ubat untuk penyakit2 kronik.
Mula2 follow up di klinik.
Mula2 follow up di hospital.
Lama2 hilang.
Mereka sekadar beli ubat difarmasi.
Lepas beberapa tahun datang kembali ke klinik.
Kaki bengkak, nafas pendek, muka pucat.
Buah pinggang dah rosak.
Jantung dah penat.
Siapa yang salah?
Beri ubat murah2 diklinik pun selalu tak datang follow up.
Apatahlagi jika aku beri ubat yang mahal2.
Memang terus ghaiblah jawabnya.

Aku pun tak faham.

Kenapa kerajaan sibuk mengejar doktor GP sepertiku?
Kenapa tak kejar hospital2 swasta yang mengenakan bil yang tak munasabah?
Kenapa tak kejar doktor2 palsu alternatif yang mengelirukan rakyat?
Kenapa tak kejar doktor2 palsu yang menjual ubat2 dan alat2 ajaib?
Kenapa tak kejar doktor2 perubatan elektronik yang supergrandiose?
Kenapa tak kejar penjual ubat2 ajaib di FB dan IG?
Ubat2 tanpa lesen dan tanpa diketahui asal usulnya?
Aku tahu sebabnya.
Tapi anda carilah sendiri sebabnya.

Salam Hari Jumaat kawan2.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan