Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Februari 2015

Aku Bantah Pengasingan Dispensari Tahap 1

Februari 2015.
Katakan anda sakit atau kurang sihat.
Anda pergi ke klinik berhampiran dengan rumah anda.
Klinik swasta semestinya.
Sebab segala2nya mudah dan cepat.
Lepas mendaftar anda kena tunggu giliran sekejap.
Doktor sedang merawat pesakit yang lain.
Lalu tiba giliran anda.
Lepas bertanya beberapa soalan dan memeriksa anda,
doktor pun memberitahu antara punca2 penyakit anda.
Doktor memberi macam2 nasihat.
Doktor beritahu akan beri beberapa jenis ubat dan cara makannya.
Serba sedikit doktor beritahu pasal kesan2 sampingan utama ubat yang anda akan makan.
Selepas keluar daripada bilik doktor,
pembantu klinik akan menyediakan ubat yang telah ditulis oleh doktor.
Pembantu klinik telah bersama2 doktor lebih 10 tahun.
Walaupun kelulusannya hanya SPM,
dia dah faham sangat tentang tulisan doktor.
Isu salah beri ubat langsung takkan timbul.
Sekali lagi pembantu klinik akan memberitahu tentang cara memakannya.
Kos berpatutan dikenakan.
Kos ubat termasuk dengan kos perundingan doktor.
Anda pulang ke rumah dan memakan ubat mengikut peraturan.
Dan jika ada apa2 berlaku,
anda kembali semula ke klinik.
Doktor akan bertanggungjawab atas segala2nya.

April 2015.
Katakan anda sakit atau kurang sihat.
Anda pergi ke klinik berhampiran dengan rumah anda.
Klinik swasta semestinya.
Lepas mendaftar anda terus dibenarkan berjumpa doktor.
Doktor tidak lagi sibuk merawat pesakit.
Doktor banyak masa lapang sebab pesakit semakin kurang.
Lepas bertanya beberapa soalan dan memeriksa anda,
doktor pun memberitahu antara punca2 penyakit anda.
Doktor memberi macam2 nasihat.
Tetapi doktor tidak boleh memberi ubat.
Doktor tidak boleh lagi menyimpan ubat diklinik.
Doktor hanya menulis nama2 ubat di atas kertas.
Selepas keluar daripada bilik doktor,
pembantu klinik menyerahkan kertas tadi kepada anda.
Sila beli ubat ini difarmasi berhampiran.
Kos perundingan doktor berdasarkan lama masa anda dalam bilik rawatan.
Antara 35 ringgit hingga 125 ringgit.
Bergantung kepada berapa lama anda bersama doktor tadi.
Tiada lagi kos perundingan 5 ringgit.
Tiada lagi kos perundingan 10 ringgit.
Dan yang penting tiada lagi free consultation.
Sebelum anda pulang ke rumah,
anda singgah ke farmasi yang berhampiran.
Anda tunjukkan kertas perskripsi yang diberikan tadi.
Pegawai Farmasi akan melayan anda.
Bukannya pembantu mereka seperti sekarang.
Tapi anda kena tunggu giliran.
Kerana ramai pesakit lain sedang menunggu ubat2an mereka.
Tapi anda sepatutnya rasa lebih selamat.
Pegawai Farmasi akan menyediakan ubat2 anda.
Bukannya pembantu mereka yang hanya lepasan SPM sahaja.
Pegawai Farmasi akan menerangkan satu persatu tentang ubat yang anda perlu makan.
Kesan2 sampingan juga akan diterangkan.
Jangan lupa.
Anda juga perlu membayar harga ubatan tersebut.
Kosnya bergantung dengan jenis ubatan yang diberikan.
Original lebih mahal banding generik.
Anda pulang ke rumah dan makan ubat seperti yang diterangkan.
Dan jika ada apa2 berlaku,
anda kembali semula ke klinik.
Doktor akan menyemak ubat anda satu persatu.
Mungkin ada yang sesuai dan mungkin ada yang tidak.
Doktor mungkin akan cadangkan ubat baru daripada syarikat ubat yang lain.


Adakah ini yang anda semua mahu?

Kenapa perlu diubah kepada sesuatu yang sudah terbukti berkesan?

Daripada zaman Tun Mahathir jadi doktor GP dulu pun,
dialah yang menyediakan ubat kepada pesakit-pesakitnya.

SAY NO TO DISPENSING SEPARATION.
KATAKAN TIDAK PADA PENGASINGAN PRESKRIPSI.

Akan bersambung



9 ulasan:

  1. Selain dari menyusahkan pesakit, kos rawatan akan mrnjadi lebih mahal. Mungkin ada yang lebih rela telan panadol brrpapan-papan (yang dibeli dari petronasz, 7e atau kedai runcit) daripada pergi ke klinik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong sebarkan kpd kawan2.
      Akta baru ini dah nak sampai je parlimen.
      Kita tak nak ia jadi seperti yg lepas2.
      Dalam diam2 akta2 baru diluluskan.
      Contoh: Akta Klinik Swasta, Akta Fomema, Akta GST.
      Bila dah masuk parlimen,
      Buruk macamanapun akan lulus jugak...

      Padam
    2. Doc.. tolong jelaskan.. bagaimana kami dpt menentang akta ini sbelum masuk ke Parlimen? Sy share di Fb sahaja, keberkesanannya bgimana?

      Padam
  2. Allah..betul2 menyusahkan kami...dah dua kali kami terpaksa membayar ya? Apa yang boleh kami buat doc sekiranya boleh kami tolong walau sedikit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebarkan kepada kawan2 bukan medikal.
      Mereka semua tak tahu apa2.
      Saya sedang menjalankan survey diklinik.
      Ramai yang langsung tak tahu pasal akta baru ini.
      Ada juga yang bersetuju dengan DS ni.
      Alahai.

      Padam
  3. p klinik, demam demam-seram-sejuk-perut-cramp, park keta, tunggu, jumpa doc, byr bil, bayar parking (sesetengah lokasi). Then p farmasi, demam-seram-sejuk-perut-cramp, park keta, tunggu, bagi slip ubat pd farmasi, tunggu, amik ubat, bayar bil, bayar parking.

    berapa lama baru blh mkn ubat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keadaan di Malaysia adalah unik.
      Dah terbukti berkesan sejak zaman merdeka lagi.
      Tapi DS ni datangnya daripada negara2 maju.
      Amerika dan England contohnya.
      Jadi untuk nak jadi seperti negara2 maju,
      Malaysia pun cuba menjadi seperti mereka.
      Syarikat2 pharmaseutikal adalah raja di negara sana.
      Dan patutkah ianya berlaku disini?
      Rakyat sepatutnya menjadi raja.
      Bukannya syarikat2 kapitalis yg memikirkan untung sahaja.

      Padam
  4. Kita nak tiru negara maju.
    Tapi negara kita, masih belum maju.
    Tu aja saya nak cakap.
    Tapi bagai di kata di FB MPCN, " the gov will force it down to our throat"
    Saya tak tahu lah, tapi saya harap2 sangat kita semua bersatu betul2 di luar, bukan hanya di alam maya..

    BalasPadam
  5. kesiannya...
    macam mana kalau yg x mampu beli ubat?

    BalasPadam