Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Februari 2015

Aku dan Country Garden Danga Bay

Setiap kali lalu di Pantai Lido,
aku akan lalu dikawasan ini.
Pantai Lido dah lama hilang.
Selat Tebrau pun dah semakin sempit.
Pantai Lido dah diganti dengan Danga Bay.
Kalau tengok signboard besarnya.
Ini memang projek raksaksa.
Akan ada bandar baru.
Ada perumahan eksklusif.
Ada apartment tinggi2.
Ada macam2 kedai akan dibuka.
Ada shopping complexes.
Ada juga terminal kereta api.
Terus direct ke negara seberang.


Country Garden Danga Bay.
Penaja utama team bolasepak JDT tahun ini.
Kalau tahun lepas logo mereka letak kat bontot.
Tahun ni dah letak kat dada.
Maknanya nilai tajaan mereka semakin besar.
Untung projek mereka semakin besar.
Maka sebelum aku confirm niat nak boikot beli jersi JDT tahun ini,
aku nak tengok apa ada di Country Garden ini.


Kedatangan aku disambut oleh sekuriti berbangsa Nepal.
Sepatah haram tak tahu berbahasa melayu.
Nasib baik dia tabik hormat kat aku.
Kalau tidak aku panggil immigresen datang serbu.
Yang paling menyerlah di sini ialah landskapnya.
Cantik gila.
Cantik nak mampus.
Rumputnya menghijau.
Pokok2nya terjaga rapi.
Walaupun pembangunan sedang rancak dijalankan.
Dengan berpuluh2 kren menongkat langit,
kawasan kedai sentiasa bersih dan terjaga rapi.


Mula2 aku masuk ke Phoenix Club.
Kawasan showhouse menempatkan pelan pembangunan projek mereka.
Ada berpuluh2 pembantu pemasaran berkot dan bertali leher.
Semuanya bukan warga tempatan.
Semuanya hanya menjeling kat aku.
Mereka pun tahu.
Aku mungkin sesat jalan.
Aku bukannya ada duit pun.
Aku bukannya salah seorang bakal pembeli kediaman mereka.
Lainlah kalau kulit aku cerah sikit.
Datang berseluar pendek pun pasti akan ada yang melayan.


Diluar bilik Phoenix Club,
ada satu kolam renang yang luas.
Khabarnya dibuka untuk orang awam.
Cuma kena daftar dan bayar dulu sebelum boleh berenang.
Aku malas nak tanya.
Anak2 aku semua dah besar.
Memang langsung tak minat nak mandi-manda ditempat awam.


Ada juga kolam cetek untuk kanak2.
Taman permainan bergelongsor pun ada disediakan.
Rasanya hanya ini yang mampu digunapakai oleh warga tempatan.
Nak beli kondominium atau apartment barang satu lot memang jauh sekalilah.


Kawasan pantainya pun sangat berbeza banding Pantai Lido yang dulu.
Pasirnya sangat halus.
Pantainya pun bersih dan terjaga rapi.
Dah rasa macam berada di luar negara.
Memang sesuai untuk menghitamkan kulit yang dah sedia hitam.


Minggu depan.
Akan diadakan pertandingan kapal layar Monsoon Cup di sini.
Persiapan sedang rancak dijalankan.
Inipun pertandingan golongan elit sahaja.
Kita yang nak menonton pun memang tak faham rules & regulation nya.
Macam mana boleh berpindah daripada Terengganu ke sini korang google sendiri.


Rasanya kawasan ini memang tak ramai yang tahu.
Sebab kalau tengok daripada jalan utama,
hanya nampak pembangunan yang sedang rancak dijalankan.
Aku pun tak sangka.
Dibalik pembangunan itu,
ada kawasan yang sungguh cantik sebegini.


Patutlah Country Garden boleh menaja team JDT.
Duit mereka banyak.
Projek ini adalah projek mega.
Majoriti saham adalah daripada negara China.
Pekerja2nya kebanyakkannya warga China.
Dan ada satu bank daripada China dibuka dibandar,
khusus untuk para pekerja projek ini.
Projek ini bukan untuk warga tempatan.
Projek ini bukan untuk warga melayu.
Banyak kedai2 arak dan makanan tak halal ada di sini.


Kecewa?


Marah?


Sedih?


Entahlah.
Bumi yang kita pijak bukan lagi milik kita.


Rasanya confirmed dah.
Aku boikot beli jersi JDT tahun ini.


Tapi Insha Allah.
Aku dah dapat idea baru.
Untuk tukar landskap rumahku.
Nak tukar ke gaya seperti taman di atas.
Lengkap dengan security daripada Nepal sekali.


Sebelum balik singgah di Angsana.
Pekena Kacang Pool Bomba Larkin.


4 ulasan:

  1. oh ye
    boleh masuk dlm ye
    CNY ni balik JB
    saya nak masuk la
    mmg nampak cantik pantai tu
    kenapa ya, masa semua tu milik kita
    tak la secantik itu pantai lido

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangsa kita terlalu banyak berpolitik.
      Ketika bangsa lain datang nak menjajah,
      Kita masih lagi bergaduh sesama sendiri...

      Padam
  2. Hanya mampu melihat keindahannya saja...

    BalasPadam