Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Februari 2015

Aku dan Keputusan Peperiksaan Darjah Khas

5hb yang lalu.
Keputusan peperiksaan Darjah Khas diumumkan.
Sebelum itu.
Mari aku flashback pasal persekolahan Darjah Khas ini.
Kelasnya seminggu sekali.
Setiap Sabtu 8 pagi hingga 1.30 tengahari.
Ustazahnya baik2 belaka.
Kebanyakkan masa mereka yang bercakap.
Pelajar hanya duduk dan mendengar.
Maka kelas jadi bosan.
Jadi seperti anak2 aku sebelum ini,
Yang bungsu pun sama.
Malas nak ke sekolah.
Banyak sangat alasannya.
Kepala sakit.
Kaki sakit.
Nak berlatih main bola kat sekolah.
Ada pertandingan silat.
Ada perkhemahan.
Dan ada kalanya emak bapak yang ada aktiviti lain.
Makan angin.
Balik kampung.
Tidur hotel.
Shopping.
Jadi.
Boleh dikira berapa hari mereka hadir ke sekolah.
Aku malas nak cerita apa yang diajar di kelas.
Tapi subjeknya berat2 belaka.
Cuma cara pengajaran yang kurang efektif,
Menyebabkan ramai tak suka hadir ke sekolah.
Dipendekkan cerita.
Musim peperiksaan pun bermula.
Anak aku memang liat nak baca buku.
Baca pun sambil pegang handphone.
Earphone pun ada.
Game COC pun asyik dihadapannya.
Jadi aku memang tak mengharap apa2.
Nampak gaya ke ulang ambik periksa tahun ini.

10 hari sudah berlalu.
Keputusan periksa dah lama keluar.
Anak aku senyap sahaja.
Langsung tak excited nak tahu keputusannya.
Aku pun buat bodoh aje.
Tapi pagi Sabtu yang lepas wife dah bising2.
Dah banyak kali sound aku.
Lalu aku ke pejabat sekolah.
Sepanjang perjalanan anakku sunyi sepi.
Mukanya pucat.
Abang dan kakaknya buat lawak pun dia senyap aje.
Dia semacam dah tahu nasibnya.
Pejabat sekolah sunyi sahaja.
Keraninya cuti.
Aku jumpa dengan salah seorang ustazah yang kebetulan ada dibilik guru.
Dia suruh ambil sendiri slip keputusan atas kaunter.
Lepas tu sain borang menandakan slip dah diambil.
Aku tengok dah tinggal beberapa helai sahaja yang belum diambil.
Sedang aku menulis dan menyain borang,
anakku membelek2 slip keputusan yang ada.
Dia tak jumpa namanya.
Ustazah tadi datang kepadaku,
"Kalau tak lulus ambil borang untuk ambil periksa semula ya?"
Tiba2 anakku menjerit.
Terkejut dia melihat keputusannya.
"Siapa yang mengajar awak?"
Ustazah tadi bertanya.
"Ustazah Fatimah."
Kebetulan juga dia datang ke pejabat.
"Ini anak murid awak."
"Dapat pangkat berapa?"
"Alhamdulilah. Pangkat satu ustazah."
"Betul ke awak kelas saya?"
Aku hanya tersenyum.
Macamanalah engkau boleh lulus?
Guru kelas pun tak kenal engkau.

Sampai di rumah kami semua berlakon depan wife.
Semua buat muka sedih.
Lepas wife puas membebel2 kami tunjuk keputusannya.
Agregate 22. 
Pangkat Satu.
Lulus semua subjek teras.
Tetapi Faraid, Arab, Sirah dan Muamalat gagal.
Sebab kurang membaca.

Apa2pun.
Syukur Alhamdulilah.



2 ulasan:

  1. Klu rajin ni lg meletup result ni doc...tahniah

    BalasPadam
  2. Mak aiii...itu memang sah berat2 belaka subjeknya tu Doc

    BalasPadam