Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Februari 2015

Aku dan Percutian Tahun Baru Cinaku


Cuti Tahun Baru Cina kali ini.
Aku tak kemana2.
Aku berada di sekitar kampungku sahaja.
Malam tahun baru.
Aku merasai suasana perang di rumahku.
Tepat jam 12 tengahmalam.
Mercun dan bunga api sahut-menyahut.
Ibarat dentuman bom, roket dan juga mesingun.
Berterusan sehingga jam 2 pagi.
Sebagai orang Malaysia,
aku boleh bertolak-ansur.
Dah memang itu budaya mereka,
apa kita boleh buat?
Di negara jiran yang majoritinya berbangsa Cina,
pembakaran mercun adalah diharamkan.
Jadi mereka sepatutnya berterima kasih.
Walaupun mereka minoriti di negara ini,
urusan hal2 kaum mereka,
kita jarang ganggu.
Itulah toleransi namanya.


Tengahari hari Khamis.
Aku merasmikan panggung wayang baru di TGV Aeon Kulaijaya.
Ada filem baru.
Kingsman The Secret Service.
Masa aku sampai,
orang masih belum ramai.
Panggung pun hanya suku penuh.
Aku suka panggungnya.
Semuanya serba baru.
Kerusinya pun masih bau kedai lagi.
Aku memang dah lama sangat tak masuk panggung.
Asyik layan DVD cetak rompak sahaja.
Filem ini hanya untuk yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.
Anak siap kena tunjuk IC lagi.
Kenapa?
Filem ini dilabel ganas.
Dalam filem ini,
separuh penduduk dunia mati akibat berbunuhan sesama sendiri.
Ada satu mamat genius.
Guna gelombang elektronik melalui handphone.
Merangsang otak manusia untuk saling berbunuhan.
Tujuannya untuk mengurangkan populasi dunia.
Kerana manusia adalah punca segala kemusnahan di dunia ini.
Aku beri 4 bintang untuk filem ini.
Kerana aksi pembunuhan digambar sebagai satu seni visual.
Tak nampak ganasnya walaupun ramai yang pecah kepala.

Tahun Baru Cina tahun ini.
Aku dan keluarga tak pergi beraya dikampung.
Melawat uncle dan untie saudara-mara emak di Parit Sulong.
Tahun ini kami semua sibuk dengan urusan di rumah abang iparku.
Jadi tahun ini tak dapatlah angpow.
Sedih.

Petang hari Khamis aku pulang ke kampung.
Ada rewang2 di rumah abang ipar aku.
Anak perempuan sulungnya akan bertunang.
Dah menjadi tradisi kami sekeluarga.
Duduk berkumpul beramai2.
Menolong mengemas apa yang patut.
Malam itu aku tidur lena dikampung.
Langsung tiada bunyi meriam dan bom.
Pagi hari Jumaat.
Emak mertua masak nasi lemak kegemaranku.
Gila punya lama tak makan nasi lemak emak masak.
Boleh kalah masakan di hotel 5 bintang.


Hari Sabtu.
Seharian aku dirumah abang ipar aku.
Wife sibuk menolong menyiapkan makanan.
Manakala aku ditugaskan dibahagian depan.
Aku dilantik jadi official photographer.
Tak perlu equipment berat2.
Guna Tamron 18-55mm dah cukup dah.
Aku juga guna iPhone untuk rakam video dan edit sikit2.


Pukul 2.30 petang.
Cuaca memang panas terik.
Rombongan pihak lelaki pun tiba.
Majlis memang sangat meriah.
Kedatangan saudara-mara memang diluar dugaan.
Terasa macam majlis kahwin kemeriahannya.
Jiran2 pun sama.
Masing2 tidak datang dengan tangan kosong.
Macam2 kuih-muih ada.
Lauk-pauk pun tak kurang kepelbagaiannya.
Rojak Asma ada.
Mee Hoon Tomyam ada.
Ulam2an ada.
Ayam Goreng Berempah pun ada.
Pukul 5.00 petang.
Majlis pun berakhir dengan jayanya.
Penat jangan ceritalah.
Kalau beri bantal sure lentuk semuanya.


Hari ini wife masih bercuti.
Anak2 pun masih bercuti.
Tapi aku dah naik kerja.
Walaupun klinik lengang hari ini,
aku gagahkan juga duduk di klinik.
Siapkan dokumen2 untuk hantar ke Audit Dept.
Juga siapkan statistik survey pasal DS.
Walapun menteri dah cakap DS masih dalam kajian,
kami para GP takkan berdiam diri.
DS tak perlu ditangguhkan.
DS tak perlu disemak ataupun dikaji semula.
DS perlu dibatalkan sama sekali.
Itu matlamat kami para GP.
Ianya bukan kerana menjaga periuk nasi kami.
Ianya untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Cuti Tahun Baru Cina kali ini.
Aku tak masuk lebuhraya.
Khabarnya kenderaan sangat banyak.
Skudai-Kulai-Sedenak-Jasin-Seremban-Nilai.
Pendek kata jem di sana-sini.
Ada kawan aku bercuti dihotel depan rumah sahaja.
Le Grandeur Palm Resort Senai.
Tak payah lalu lebuhraya.
Tak payah bayar tol.
Yang penting enjoy...


Selamat bercuti kawan2.




3 ulasan:

  1. kami tak tempuh jem ...sbb merancang masa dengan betui ..kiki ke nasib kami je baik tak perlu berjem ... hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beb orang datang klinik hari ini.
      Mintak MC.
      Alasan:
      Sangkut dalam jem.

      Padam
  2. Salam, Doc... walaupun cuti kali ini sy tak ke mana2 tapi rasanya inilah percutian yg paling bermakna bila dapat berehat dengan sepuasnya sambil menyelesaikan kerja rumah yang lama terbengkalai.. apalagi.. lipat kain baju laaa.. hahaha.

    BalasPadam