Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Februari 2015

Aku dan Status Terbaru Ibrahim Ali






Ketika satu negara bersedih atas kehilangannya,
Ada seorang makhluk yang langsung tak beradab.
Kematian bukan isu politik.
Kematian tak patut dipolitikkan.
Tapi bagi makhluk ini.
Benci dan dendamnya tak pernah berakhir.
Semoga ada balasan setimpal untuknya.


Saluran TV3 pun apa kurangnya.
Ketika satu negara berduka.
Menyaksikan peristiwa pengkebumian TGNA.
Dihadiri puluhan ribu umat manusia.
Mereka menyiarkan program nyanyian Mentor Legend.
Langsung tiada hormat.

Seumur hidupnya.
TV3 lah yang banyak menabur fitnah terhadap diri beliau.
Tidak pernah ada sedikit pun cerita yang baik tentang beliau.
Apalah salahnya.
Disaat kematiannya.
Tunjukkanlah sedikit penghormatan.
Kita sesama Islam.
Kita sesama Melayu.
Politik tak kemana akhirnya.

Akhirnya.
Pukul 4 petang.
Ada ditunjuk sedikit kisah kematian beliau.
Ada ditunjuk sedikit kisah pengkebumian beliau.
Alhamdulilah.
Ikhlas ke tidak.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Aku respect TV1.
Kematian bukan isu politik.
Kematian tak patut dipolitikkan.

Ada 2 pengajaran daripada peristiwa ini.
Satu.
Sesungguhnya TGNA memang insan istimewa.
Beliau disayangi semua orang yang berada disekelilingnya.
Lihat berapa ramai orang yang mengiringi jasadnya ke kubur.

Dua. 
Aku mahu mati sepertinya.
Meninggalkan satu legasi.
Meninggalkan satu cara hidup.
Kehidupan penuh kesederhanaan.
Kehidupan sementara tanpa kepura-puraan.

Al-Fatihah.




5 ulasan:

  1. Dah tak tahu kakak nak kata apa org yg begini lagaknya doc.
    Hanya Allah saja yg tahu.
    Akan tiba masanya pasti ada balasan Allah berikan..

    BalasPadam
  2. al fatihah
    semoga ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman

    BalasPadam
  3. entah apa apa la orang tua brahim tu...

    BalasPadam
  4. Eh...eh....dia rasa dia bijak ke buat statement macam tu? Ngok... ha kannn

    BalasPadam
  5. Hmmmmm..
    Itulah bila si jahil berbicara

    BalasPadam