Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Februari 2015

Aku di EduCamp Universiti Teknologi Petronas

Ini cerita sebenarnya.
Ini agenda utamanya.

Awal pagi hari Jumaat 6 Februari.
Aku bergerak ke Seri Iskandar Tronoh Perak.
Anak sulung aku dapat panggilan.
Temuduga untuk masuk ke UTP.
Jaraknya 520km daripada rumah.
Penat memandu tak terkata.
Semoga semuanya berbaloi.
Insha Allah.


Pukul 7:00 pagi hari Sabtu.
Aku dah checked out daripada hotel bajet Putra Iskandar.
Kerana  pukul 7:30 pagi kena sampai di Dewan Canselor UTP.
Ketibaan aku disambut oleh pegawai sekuriti yang menjadi penunjuk arah.
Banyak kereta daripada Johor aku perhatikan.
Calon2 diminta beratur untuk penyerahan dokumen.
Manakala ibubapa diarah masuk ke dewan besar.
Akan ada sedikit taklimat oleh pihak universiti.


Majlis dimulakan tepat jam 8:00 pagi.
Ada dua pegawai UTP berucap.
Satu bercerita pasal universiti.
Manakala satu lagi bercerita pasal tentatif perjalanan EduCamp.
Ada 6 sessi kesemuanya.
Sabtu, Ahad dan Isnin.
Anak aku dapat sessi yang pertama.


Mengikut pendengaran dan pemahaman aku,
UTP telah ditubuhkan kira2 17 tahun yang lalu.
Dipunyai sepenuhnya oleh Petronas.
Tun Dr Mahathir adalah pengerusinya sehingga sekarang.
Dikatakan IPTS terbaik negara ini.
Setaraf dengan IPTA terbaik tempatan seperti UM, UKM, USM dan UTM.
Ini antara fakta yang aku dapat melalui ucapannya.


Untuk belajar di sini,
Kelulusan semestinya jadi keutamaan.
Yang kedua ialah kos pembelajarannya.
Universiti tidak menyediakan sebarang biasiswa.
Biasiswa perlu diurus sendiri oleh pelajar.
Kos Foundation selama setahun mencecah 20 ribu ringgit.
Kos ijazah sarjana muda selama 4 tahun mencecah 80 ribu ringgit.
Bermakna 100 ribu perlu dicari untuk membiayai pembelajarannya di sini.
Itu tak termasuk kos sara hidup.
Kos makan di McD dan KFC.
Juga kos tengok wayang di TGV.


Pihak UTP akan membantu pelajar untuk memohon biasiswa.
Memang banyak syarikat akan membantu.
Petronas dan Shell adalah paling dikehendaki.
Itu tak penting.
Yang penting dapatkan tempat kemasukan dahulu.
Yang lain2 kemudian cerita.
Aku ada singgah di booth PTPTN.
Ramah sungguh pegawai2 yang bertugas.
Hanya penerima BR1M yang dapat pinjaman 100%.
Bukan penerima BR1M hanya layak 50-75% sahaja.
Itupun tak banyak.
Untuk program Foundation, walaupun pinjaman 100% diberikan
Cuma 8 ribu ringgit sahaja yang diberi.
Dan kalau kira gaji aku,
anak aku cuma layak dapat 4 ribu sahaja.
Selebihnya sebanyak 16 ribu kena cari sendiri.
Begitulah kira2nya.


Sementara menunggu anak ditemuduga,
aku sempat meronda kawasan dalam kampus.
Segala2nya nampak sempurna.
Kelengkapannya cukup.
Landskapnya cantik.
Masjidnya pun cantik.
Boleh melepak dan baring2 tanpa siapa melarang.
Suasana persekitaran kampus pun aman dan tenang.
Lebih kurang macam kampus UTM Skudai jugak.
Lebih kurang macam kampus UM masa aku study dulu.
Serba menghjiau.
Di luar kampus ada bandar baru Seri Iskandar.
Suasananya sama macam di Taman Universiti Johor Bahru.
Serba lengkap dengan keperluan seorang pelajar.


Pukul 1 tengahari.
Anakku selesai ditemuduga.
Temuduganya ada dua bahagian.
Bahagian pertama menjawab soalan secara online.
Katanya ini kali pertama diadakan.
Pelajar2 diberi masa 90 minit menjawab 40 soalan objektif.
Soalan IQ seperti kemasukan ke Cambridge.
Selepas itu ada sessi wawancara berkumpulan.
Yang ini tak sampai pun 5 minit.

Pukul 2.30 petang
Aku meninggalkan Tronoh.
Wife ajak singgah mana2 sebelum balik.
Tapi aku gagahkan juga.
Hari Ahad nak buka klinik.
Kena cari dana.
Mana tahu rezeki anak dapat masuk ke UTP.
Banyak nak pakai duit.

Pukul 9 malam.
Aku tiba di rumah dengan selamatnya.
Esoknya aku kerja seperti biasa.
Selang dua hari,
aku demam panas.
Aku hampir nak buat ujian darah.
Demam tak lut dengan makan Paracetamol.
Tapi lepas tidur secara marathon selama 2 hari,
aku kembali sihat seperti sedia kala.

Nota kaki:

26 Februari 2016.
Pukul 2 petang tadi.
Keputusan kemasukan ke UTP diumumkan.
Anak sulung berjaya mendapat tempat.
Dia dapat course yang dia pohon.
Bukan sebagai doktor tentunya.
Petroleum Geoscience.
Insha Allah 5 tahun lagi.
Aku dah boleh pencen awal.
Suruh anak cari rezeki pulak.
Aku nak berjalan2 mengelilingi dunia.




4 ulasan:

  1. Tahniah!
    Berbaloi saya kira....perjalanan...bukak clinic dan demam!

    BalasPadam
  2. alhamdulillah ..... tahniah ....
    inshaa Allah nanti jd org minyak ...

    BalasPadam
  3. Tahniah bro!!!

    " Bukan sebagai doktor tentunya"

    Saya suka part tu!!

    :)

    BalasPadam