Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Februari 2015

Aku di Pintu Utama Istana Bukit Serene


Pada satu hari yang cerah.
Langit biru berawan.
Aku bawa kamera DSLR aku.
Pergi melawat pintu masuk istana yang dah siap.
Dah beberapa kali lalu.
Tapi kali ini baru sempat nak berhenti.


Landskapnya cantik.
Binaan crown pun cantik.
Kena pula dengan lensa wide angle.
Tak sia2 aku berpanas hari ini.


Yang menariknya.
Langsung tiada orang lain.
Hanya aku seorang sahaja.
Ada dua orang askar sentiasa berkawal.
Siap boleh ajak berbual2 pulak tu.
Nak bergambar dekat2 pun boleh.


Menurut beliau.
Akan ada small ceremony masa bertukar pengawal.
Tapi pukul 2 petang.
Aku tak larat nak menunggu.
Dah terbakar kulit kena panas.


Jadi.
Boleh datang lagi.
Lain kali.
Kena set waktu yang betul.
Mungkin diawal pagi.
Sejuk sikit.


Sebagai rakyat Johor.
Aku bangga dengan negeriku.
Johor makin cantik.
Johor makin makmur.
Tapi malangnya.
Bumi dipijak milik orang asing dah.


Tiga hari tak masuk klinik.
Jalan sana-sini.
Pegang kamera.
Hilang sikit stress.

Salam hujung minggu kawan2.


1 ulasan:

  1. cantik
    lalu lalang juga kalau balik jb
    tapi tak pernah brenti

    BalasPadam