Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Februari 2015

Aku ke Perjumpaan Kesatuan Doktor-Doktor JDT


Empat hari yang lalu.
Aku dijemput masuk ke group whatsapp ini.
Abang ipar aku yang perkenalkan.
Melalui group whatsapp ini juga,
Aku dijemput untuk hadir ke perjumpaan mereka.
Perjumpaan kali pertama.
Membincangkan masalah terbaru para doktor swasta sepertiku.
DS.
Dispensing Separation.
Pengasingan Preskripsi.
Dahlah pening tentang GST belum habis.
Ditambah dengan yang ini pulak.
Ini bukan setakat masalah periuk nasi para doktor.
Ini masalah negara.
Rakyat biasa seperti anda semua pun terlibat sama.
Doktor pun confused.
Apatahlagi rakyat dan pengguna.
Hal ini akan saya bincang dan ulas kemudian.


Pukul 2 petang.
Aku tiba di lokasi perjumpaan.
The Legends Country Golf Resort Sedenak Johor.
20 minit perjalanan daripada rumah.
Ketibaanku disambut oleh kawanku juga.
Dia dan isterinya jadi AJK.
Takda apa2 bayaran.
Semuanya sukarela.


Tepat jam 2:30 petang.
Majlis dimulakan.
Kehadiran memang di luar dugaan.
Hampir 100 orang doktor GP hadir daripada seluruh Johor.
Daripada negeri berjiran pun ada.
Ini dikira sejarah.
Memang susah nak kumpul doktor2 GP pada masa dan tempat yang sama sekaligus seperti ini.
Alhamdulilah.
Siapa kata doktor tak boleh bersatu?
Siapa kata doktor tak ambil kisah?


Selepas bacaan doa dan ucapan alu-aluan.
Dua orang wakil daripada PERDIM membentangkan slaid tentang DS.
PERDIM= Persatuan Doktor Islam Malaysia.
Sejarah, senario terkini dan implikasinya kepada para doktor GP juga rakyat.
Cerita lebih terperinci akan aku ulas kemudian.


Pukul 4:00 petang.
Sessi soal-jawab yang hangat bermula.
Aku respect dengan sahabat2 doktorku.
Walaupun topik memang emosional.
Topik yang melibatkan periuk nasi mereka.
Mereka semua tetap professional.
Idea2 cukup bernas.
Pertentangan pendapat tidak sampai mengganggu emosi mereka.
Perdebatan cukup berhemah.
Semuanya ikut tertib.
Tujuan perjumpaan ini cuma satu.
Bagaimana nak menghalang akta baru daripada masuk ke parlimen.
Kami bukan anti kepada farmasi.
Kami anti kepada pelobi2 bagi pihak mereka.
Akta baru ini tidak menguntungkan rakyat sama sekali.
Ia bukan untuk kesejahteraan rakyat.
Ia hanyalah satu perniagaan.
Doktor sepertiku tak rugi banyak sebenarnya.
Cuma doktor GP mungkin akan pupus satu hari nanti.
Hal ini juga akan aku ulas kemudian.


Pukul 5:00 petang.
Perjumpaan ditamatkan.
Semuanya sepakat.
DS perlu ditentang sekeras2nya.
NO FOR DS. 
Tak perlu tolak ansur, tangguh atau ubahsuai.
Total rejection.
Bukan untuk doktor klinik swasta sahaja.
Tetapi untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.


Sebelum bersurai.
Kami bergambar ramai2.
Nak tunjuk kepada sahabat di negeri lain.
Team JDT memang bersatu.
Setakat waktu ini,
lebih 200 likes untuk gambar dibawah.


Waktu makan.
Aku jumpa semula dengan kawan2 lama.
Selepas hampir 18 tahun,
Aku jumpa kawan lama masa MO di HSA  dulu.
Dia kini dan jadi Chairman.
MMA Johor.
Pangkat besar tu.
Aku tumpang bangga dengan pencapaiannya.


Pukul 6 petang.
Aku sambung sembang dengan ex-housemate di tempat lain.
Bisnes dia merosot.
Klinik dia semakin sunyi.
Pukul 6:30 petang.
Dia tergesa2 nak balik Batu Pahat.
Pukul 8 nak bukak klinik.
Tanpa DS pun dah macam ini keadaannya,
Apatahlagi jika DS dikuatkuasakan.
Mungkin ada sahabat yang akan gulung tikar.
Tewas dengan persaingan farmasi yang besar2.

Sekali lagi aku bertanya.
Awak tahu apa itu DS?

Bersambung.



1 ulasan: