Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Februari 2015

Aku Mencari Entiti di Kellie's Castle Batu Gajah


Jangan terkejut.
Jangan tanya.
Jangan berteka-teki.
Macamana aku boleh sampai ke Batu Gajah ini.
Sampai masanya nanti akan aku ceritakan.


Petang hari Jumaat 6 Februari.
Aku tiba di Kellie's Castle.
510 km jaraknya daripada rumahku.
Ditengah2 kehijauan ladang kelapa sawit.
Tersergam berdiri bangunan ini.
Rumah banglo yang tak siap2 semenjak tahun 1910 lagi.
Ianya adalah salah satu ikon pelancongan negeri Perak.
Memang terkenal sehingga ke seluruh dunia.



Aku memang pernah berniat nak ke mari.
Tetapi hanya kali ini aku berkesempatan.
Cuaca memang panas terik.
Kalau ikutkan hati memang nak duduk bilik hotel sahaja.
Tetapi alang2 dah sampai.
Kalau tidak bila lagi ada kesempatannya?


Apa yang menarik tentang bangunan ini?
Sejarah pembinaannya.
Itu sahaja.
Juga cerita2 hantu yang disebar dari mulut ke mulut.
Ada beberapa orang pekerja binaan yang didatangkan daripada Madras meninggal dunia di sini.
Mereka bukan mati dibunuh.
Mereka mati kerana serangan penyakit virus selsema.
Tuan tanah pun tak mati di sini.
Jadi kalau kata ada entiti kat sini entahlah.
Datanglah malam2 kalau nak jumpa mereka.


Bangunan ini memang unik.
Rasanya tiada duanya di negara ini.
Semua pekerja binaannya didatangkan daripada Madras India.
Jadi kerja2 yang ditinggalkan pun nampak berbeza.
Rumah ini memang besar.
Biliknya banyak.
Tangganya banyak.
Jalan rahsia juga terowong rahsia pun ada.
Lubang untuk letak lif pun ada.
Gila kaya mamat tuan rumah ini.


Peminat2 fotografi memang suka tempat ini.
Nak ambil gambar kahwin disini pun unik jugak.
Anak2 dan wife aku semuanya kemaruk dengan kamera masing2.


Ada bayaran dikenakan untuk masuk.
2 ringgit dikenakan untuk meletak kenderaan.
5 ringgit seorang untuk tiket dewasa.
3 ringgit seorang untuk tiket kanak2.
Ada bilik air, surau juga gerai makan disediakan.
Ada juga gerai menjual cenderamata.
T-shirt, key chain dan pelbagai lagi.


Berdekatan dengan istana ini,
khabarnya ada tinggalan kapal korek untuk diterokai.
Satu lagi lokasi untuk mengambil gambar.
Tak jauh katanya.
Tapi aku tak tahan.
Panasnya sampai ke tulang.
Lagipun memandu 5 jam tadi,
aku dah tak larat.

Bersambung.

7 ulasan:

  1. Salam DR,

    Kellie's Castle mmg unik dan scenery sangat menarik complimentary warna castle dengan hijau alam.

    pasal cerita2 hantu kat sana, cousin saya ada pengalaman tersendiri masa kami melawat KC tahun lepas. Dia ada kebolehan nampak2 ni tapi Wallahualam.
    Ada sesetengah benda, ada reason kenapa / lebih elok jika kita tak tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Lebih baik tak nampak drp nampak.

      Padam
  2. semua gambar cantik
    saya paling suka gambar last!

    BalasPadam
  3. Dalam panas tu pun gambar cantik2 belaka yer...

    BalasPadam
  4. hmm menarik tp tak penah sampai ...aku mmg suka ke tmpt2 yang mcm ni .. bg aku sgt menarik ...tapi anak2 dah tak gemar ... asek nk ke theme park je

    BalasPadam