Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Aku dan Isu Minggu Ini

GST sudah datang.
Tapi belum pun GST datang, Harga ubat dah naik dahulu. Dulu Pak Menteri ada berkata, " Perkhidmatan kesihatan tidak akan dikenakan GST "
" Perkhidmatan kesihatan tidak terjejas dengan kehadiran GST ".
Betul. Memang betul.
Perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan tidak terjejas.
Masih kena bayar seringgit sahaja.
Tetapi ini tidak berlaku diklinik dan hospital swasta. Kos rawatan akan meningkat.
Overhead juga akan meningkat.
Kalau dulu aku keliru bila Pak Menteri kata begitu,
kini tidak lagi.
Kini sudah terang dan nyata.
GST akan menggegarkan klinik swasta sepertiku.

Siapa kata ubat tak kena GST?
Pak Menteri mana kata ubat tak payah bayar GST?
Betul. Memang betul.
Ada ubat yang tak kena GST.
Tetapi hanya 20% sahaja ubat yang tidak dikenakan GST.
Itupun ubat2 yang kebanyakannya hanya digunakan diklinik kerajaan.
Ubat2 generasi baru yang tiada dalam 'blue book' pasti kena GST.
Ubat darah tinggi 50mg tak kena GST.
Ubat darah tingg…

Aku dan Riang Ria Bulan Madu 2015

Bila bersendirian tanpa anak2, ini hobi aku. Mengambil gambar disekelilingku. Walaupun tanpa DSLR, iPhone pun jadi. Sekarang dah ada Camera360. Boleh edit macam2. Boleh ambil gambar2 HDR lagi. Tak payah modal apa2.

Ini gambar jeti depan hotel. Selat Melaka dah makin sempit. Selat dah ditambak dengan pasir. Sekejap lagi akan naik bangunan.

Waktu senja di Selat Melaka.

Waktu malam di Pahlawan Uptown. Orang masih belum ramai masa ini. Peniaga pun masih berkemas nak buka gerai.

Makan tengahari Buffet Lunch di E.sence Tingkat 2 hotel. Sedap sataynya walaupun liat.

Makan tengahari di Restoran Kak Pah. Lauk-pauk dah siap dalam pinggan. Tinggal ambil sahaja. RM 14.00 untuk semua lauk di atas.

Zaman makin moden. Daun pisang dah susah nak cari. Tapai dibungkus dengan kertas warna.

Sangkut dalam jem menuju Jambatan Muar. Jalan 3 lorong jadi satu lorong bila naik jambatan. Entah bila jambatan nak dilebarkan aku tak pasti.

Gambar tepi Sg Muar selepas hujan. Sampah bertaburan. Sungai berkeladak. M…

Aku di Mee Racun Batu Pahat

Hari Sabtu. Pukul 4.30 petang. Aku akhirnya tiba di Batu Pahat. Dah berkali2 nak mencari tempat makan ini, akhirnya sampai juga ke sini. Sebenarnya ada beberapa tempat menjual Mee Racun di Batu Pahat. Kalau ikut Waze dan Foursquare, ini satu daripadanya. Mee Racun Taman Sri Jaya. Mee Racun Hussein. Lokasinya agak terceruk. Jauh daripada mercutanda Batu Pahat yang biasa. Tapi kalau ada nampak Hospital Pantai Batu Pahat. Kira dah dekat dah tu. Kalau tv3 boleh sampai sini, suratkhabar NST boleh sampai, Berita Harian pun boleh sampai, takkanlah kita tak boleh sampai kan?

Kalau daripada luar, kedainya sangat biasa. Tipikal kedai melayu. Tiada papan tanda besar. Cuma ada banner sahaja. Depan kedai ada deretan rumah taman. Sebelahnya ada surau. Tapi jalan depan kedai memang sesak. Penuh dengan kereta yang berhenti. Jadi sekali pandang memang ingat dah sesat jalan dah.

Dalam kedai suasananya suram tetapi meriah. Semua meja penuh dengan pelanggan. Kat dapur riuh rendah. Dikeliling kedai ada g…

Aku dan Asam Pedas Claypot JR Melaka

Dikawasan Dataran Pahlawan ini memang banyak tempat makan. Kebanyakannya terlalu sofistikated dan dah biasa. Aku nak mencuba yang lain daripada biasa. Maklumlah bulan madu. Kenalah mencuba sesuatu yang baru. Maka aku cuba restoran ini. Restoran Asam Pedas Claypot Jr. Lokasinya mudah sahaja. Antara Pahlawan Walk dan Mahkota Parade. Papantandanya merah menyala. Lampunya pun terang. Orang pun ramai. Dan meja makan pun banyak.

Konsepnya layan diri. Mula2 cari tempat duduk dulu. Dikaki meja ada nombor meja. Kena sebut nombor untuk order makanan. Lepas tu pergi ke kaunter. Nak makanan thai ada kaunternya. Nak asam pedas ada kaunternya. Nak minum pun ada kaunternya. Bayar asing2. Taukenya pun mungkin asing2. Kawasan restoran memang bersih. Warga Jepun dan Mat Salih pun sibuk makan kat sini. Jadi jangan terkejut bila dapat bil nanti.

Aku dan wife order nasi putih. Yang datang dengan telur asin dan ulam timun. Nasinya tak banyak. Portionnya agak kurang ikut standard perut aku.

Aku order Asam P…

Aku dan Bulan Madu di Holiday Inn Melaka

Aku jarang dapat tawaran 'berbulan madu' sebegini. Memang dah lama dah. Cukup cukup lama. Jadi bila ada company nak sponsor aku datang ke Melaka, mula2 sekali aku kena selesaikan urusan anak2 dahulu. Aku memang cadang tak nak bawak anak2 kali ini. Bawak pun bukan buat apa pun. Asyik golek2 atas katil sambil pegang gajet. Jadi kali ini aku nekad. Aku tinggalkan anak2 kat rumah.

Selepas sembahyang Jumaat, aku memandu menuju ke Melaka. Alhamdulilah. Emak dan bapa mertua aku sanggup temankan anak2 kat rumah. Sesekali apa salahnya kan? Kira2 jam 6 petang, aku tiba di lobi hotel. Hotel Holiday Inn ini letaknya di belakang Dataran Pahlawan. Sebelahnya ada Mahkota Hotel. Dan seberang jalan ada Mahkota Parade. Daripada jauh dah nampak bangunannya. Lokasinya memang sangat strategik.

Sampai di lobi hotel, ada staf Pfizer dah tunggu aku. Tak perlu nak susah2 check in. Bilik hotel dah siap. Kunci bilik pun dah siap. Aku dapat bilik di tingkat 10. Pemandangannya menghadap selat yang telah …

Aku di purPOSE Workshop 2015

Hujung minggu lepas aku terima jemputan ke bengkel ini. Sambungan daripada workshop SHIELD tahun lepas. Drug rep yang sama. Syarikat ubat yang sama. Cuma lokasi kali ini jauh sedikit. Holiday Inn Melaka. Semuanya ditanggung. Jadi apa lagi? Ke Melakalah kita.

Kalau sebelum ini, Bengkel diadakan separuh hari. Kali ini ianya satu hari penuh. Hari Sabtu. 9 pagi hingga 5 petang. Ada 8 topik kesemuanya. Topik yang simple. Tapi penceramahnya hebat2.

Sessi pagi ada 4 topik. Cerita pasal Kolesterol. Cerita pasal darah tinggi. Cerita pasal tekanan jiwa. Dan paling hangat, Cerita pasal Erectile dysfunction. Banyak juga ilmu2 baru aku terima. Bolehlah aku guna untuk merawat pesakit2 aku.

Bengkel ini anjuran Pfizer Melaka. Dan untuk meramaikan kourum, Doktor2 daripada Johor dijemput sama. Tetapi kedatangan tak seramai mana. Anggaran 40-50 doktor sahaja. Itupun masih banyak lagi kerusi yang kosong. Doktor daripada Johor pun tak ramai. Hanya ada 5-6 orang yang aku kenal dan selalu jumpa. Yang lain2 …

Aku dan Wordless Wednesday

Macam iklan kereta bunyinya...


Aku dan Dirgahayu Tuanku

Aku cuti hari ini.
Sempena Pertabalan Sultan Johor Yang ke-5.
Anak bungsuku pergi menghadiri majlis.
Ada buat persembahan silat ditepi jalan.
Tetapi aku tak larat nak pergi usung kamera.
Duduk depan tv lagi bagus.

Majlis Pertabalan Sultan Johor yang baru.
Lebih 55 tahun tiada majlis seumpamanya.
Satu majlis yang sangat gilang-gemilang.
Dengan warna biru sebagai warna diraja.
Dengan satu2nya sultan di Malaysia yang ada mahkota sendiri.
Hebat.
Bangga jadi warga Johor.
Berdiri bulu roma bila dengar Lagu Bangsa Johor dinyanyikan.

Sambil tengok tv,
aku curi2 mengecat bilik aku.
Cat masa mengecat kelas tempohari ada berbaki.
Jadi tak payah keluar modal apa2.
Keluar peluh dan tenaga sahaja.

Ini hasilnya. Bilikku sudah berwajah baru. Lepas ni boleh ke IKEA semula.