Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Mac 2015

Aku Bantah Pengasingan Dispensari Tahap Gaban




Aku dah pasrah.
Aku dah malas nak menjawab.
DS masih berkisar tentang duit.
DS masih berkisar tentang bisnes.
DS masih berkisar tentang periuk nasi.
Habis gaji dan pendapatan doktor GP dikiranya.
Syukur Alhamdulilah.
Semua doktor GP dah kaya-raya.
Hari-hari mengira duit dan untung sahaja.
Boleh selalu pergi bercuti.
Boleh selalu pergi bercuti ke luar negara semestinya.
Boleh beli rumah dan apartment mewah.
Boleh beli banyak hartanah.
Boleh beli saham amanah.
Boleh hantar anak belajar ke sekolah2 swasta.
Syukur Alhamdulilah.



Hari ini sejarah tercipta.
Ada perbincangan antara persatuan2 doktor dengan penggubal undang2.
Nak membincangkan Rang Undang-Undang Farmasi.
Tapi bagaimana nak bincang?
Tapi apa nak bincang?
Draf Rang Undang-Undang tak nak tunjuk,
Jadi apa yang perlu dibincangkan?
Semua wakil doktor meninggalkan mesyuarat.
DS telah menyatukan kami para doktor.
Sebelum ini masing2 dengan hal masing2.
Sebelum ini masing2 buat tak endah.
Tapi kini tidak lagi.
Memperjuangkan DS hingga titisan darah yang akhir.
Kerana ini periuk nasi kami.
Kerana ini bisnes kami.
Kerana ini duit kami.
Kami tak mahu jatuh miskin.
Kami belum cukup mengumpul wang.
Kami belum cukup mengumpul hartanah.
Kami mahu anak2 kami hidup senang.
Kami juga masih mahu bercuti diluar negara.

Aku dah pasrah.
Biar Allah sahaja yang menilai kerja2 kita.
Tak luak apa2pun dengan fitnah2 dunia.

Tamat bab ini.
Sekian.



4 ulasan:

  1. salam bro..entry tahap gaban ni adalah yg paling terbaik dlm DS entry

    BalasPadam
  2. Joint Press Statement

    4 March 2015

    DOCTORS CALL ON MINISTRY OF HEALTH TO REVIEW PHARMACY BILL 2015

    A meeting was called on 4.3.2015 by the Pharmaceutical Services Division, Ministry of Health Malaysia to discuss issues with regards the Pharmacy Bill. We the undersigned were invited.

    At the outset of the meeting the PSD had vehemently decided that the details of the said Bill could not be revealed for discussion.

    In the light of this it would have been impossible to discuss rationally the provisions in the draft Bill that are of concern to the doctors. Thus we, the undersigned, representing the medical practitioners of Malaysia had no choice except request that the meeting be terminated in the light of the impasse. The chairman of the meeting concurred and ended the meeting prematurely.

    We hereby express our grave concern how such an important Bill, that will affect the manner of care and medical practice be allowed to promulgated without due consultations with all stakeholders including the public.

    We are concerned that there will be provisions in this Bill that will:
    1: Deny the patients' choice and preference on where to obtain medicines
    2: Increase cost of patient care
    3: Inconvenience patient by impeding access of patients to medications by asking patients to fill their prescription at the pharmacy instead of getting it from doctors directly and quickly

    We hereby urge the Ministry of Health to retract the said Bill and to call for full and proper consultations with all stakeholders.

    (MMA, MPCAM, FPMPAM, PMPASKL, PERDIM)

    BalasPadam
  3. Itulah namanya KUKU BESI.

    Bincang, tapi tak mau tunjuk draf.

    Last last sekali,saya risau " mereka" kaitkan kita dgn politik pula...tu jalan mudah nak tutup mulut.

    BalasPadam