Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mac 2015

Aku dan Asam Pedas Claypot JR Melaka


Dikawasan Dataran Pahlawan ini memang banyak tempat makan.
Kebanyakannya terlalu sofistikated dan dah biasa.
Aku nak mencuba yang lain daripada biasa.
Maklumlah bulan madu.
Kenalah mencuba sesuatu yang baru.
Maka aku cuba restoran ini.
Restoran Asam Pedas Claypot Jr.
Lokasinya mudah sahaja.
Antara Pahlawan Walk dan Mahkota Parade.
Papantandanya merah menyala.
Lampunya pun terang.
Orang pun ramai.
Dan meja makan pun banyak.


Konsepnya layan diri.
Mula2 cari tempat duduk dulu.
Dikaki meja ada nombor meja.
Kena sebut nombor untuk order makanan.
Lepas tu pergi ke kaunter.
Nak makanan thai ada kaunternya.
Nak asam pedas ada kaunternya.
Nak minum pun ada kaunternya.
Bayar asing2.
Taukenya pun mungkin asing2.
Kawasan restoran memang bersih.
Warga Jepun dan Mat Salih pun sibuk makan kat sini.
Jadi jangan terkejut bila dapat bil nanti.


Aku dan wife order nasi putih.
Yang datang dengan telur asin dan ulam timun.
Nasinya tak banyak.
Portionnya agak kurang ikut standard perut aku.


Aku order Asam Pedas Ikan Kembung sebagai hidangan utama.
Datang dalam kuali.
Bukannya dalam claypot atau periuk tanah liat.
Portion untuk dua orang dapat dua ekor ikan kembung yang besar.
Kuahnya likat dan masih panas.
Ikannya pun masih segar.
Ada potongan bendi diberi 'percuma'.


Wife tambah ulaman.
Dan tak sah kalau tiada Sambal belacan dan Cencaluk.


Aku juga tambah kerang rebus sepinggan.
Harganya 10 ringgit untuk sepinggan besar.
Jenuh juga nak menghabiskannya.


Keseluruhannya aku suka tempat ini.
Bersih.
Nyaman.
Makanannya pun boleh tahan juga rasanya.
Maklumlah dah hampir dua jam berjalan2.
Memang tengah lapar pulak tu.
Ada juga iringan nyanyian karaoke oleh budak2 tempatan.
Lagu2 lama mengusik jiwa.


Harga minuman masih murah.
Harga makanan agak mahal kalau ikut kiraanku.
Tapi kalau sedap dan kenyang,
harga tak jadi masalah.
Dan minggu depan kalau aku datang lagi,
rasanya harga akan makin mahal.
Maklumlah GST dah datang.


Sebelum balik bilik,
aku singgah dulu ke kedai2 menjual cencaluk.
Tak sah datang Melaka,
kalau tak membeli cencalok, belacan dan dodol.

Bersambung.



2 ulasan:

  1. Kenapa bukan dlm claypot yer....

    BalasPadam
  2. Dah lama sangat tak pergi Melaka..
    Dataran Pahalawan tu pun, baru sekali je kot sampai..hahaha

    BalasPadam