Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mac 2015

Aku dan Bulan Madu di Holiday Inn Melaka


Aku jarang dapat tawaran 'berbulan madu' sebegini.
Memang dah lama dah.
Cukup cukup lama.
Jadi bila ada company nak sponsor aku datang ke Melaka,
mula2 sekali aku kena selesaikan urusan anak2 dahulu.
Aku memang cadang tak nak bawak anak2 kali ini.
Bawak pun bukan buat apa pun.
Asyik golek2 atas katil sambil pegang gajet.
Jadi kali ini aku nekad.
Aku tinggalkan anak2 kat rumah.


Selepas sembahyang Jumaat,
aku memandu menuju ke Melaka.
Alhamdulilah.
Emak dan bapa mertua aku sanggup temankan anak2 kat rumah.
Sesekali apa salahnya kan?
Kira2 jam 6 petang,
aku tiba di lobi hotel.
Hotel Holiday Inn ini letaknya di belakang Dataran Pahlawan.
Sebelahnya ada Mahkota Hotel.
Dan seberang jalan ada Mahkota Parade.
Daripada jauh dah nampak bangunannya.
Lokasinya memang sangat strategik.


Sampai di lobi hotel,
ada staf Pfizer dah tunggu aku.
Tak perlu nak susah2 check in.
Bilik hotel dah siap.
Kunci bilik pun dah siap.
Aku dapat bilik di tingkat 10.
Pemandangannya menghadap selat yang telah ditambak.
Matahari pun hampir terbenam masa itu.
Memang cantik pemandangannya.


Hotel ini memang cantik.
Luar dan dalam.
Segala2nya sempurna.
Aku takda nak komen apa2.
Malam itu ada disediakan buffet dinner untuk aku seorang.
Tapi aku memang dah cadang nak makan kat luar.
Voucher yang aku dapat aku beri kat kawan aku.
Bolehlah dia makan free berdua dengan isterinya.


Lepas maghrib aku keluar bilik.
Jalan kaki sahaja menuju Dataran Pahlawan.
Sebelum itu aku kena lalu di Pahlawan Walk dulu.
Orang Kay Ell sebut Uptown.
Orang Jay Bee sebut Bazar Karat.
Setiap hujung minggu ada ramai peniaga berniaga di sini.
Ini memang tempat kesukaan wife.
Ada jual macam2 tudung.
Ada jual macam2 blaus.
Ada jual macam2 perhiasan wanita.
Pendek kata 2 jam berjalan pun tak terasa penatnya.


Lepas jalan2 ditempat panas,
aku sambung berjalan2 dalam tempat sejuk pulak.
Window shopping sahaja.
Satu terapi percuma untuk fikiran yang berserabut.
Dan terapi percuma untuk poket yang kosong.
Bila kaki dah lenguh,
barulah bersedia mencari tempat makan.
Nak balik bilik pun awal lagi.


Nota kaki:
Ini ubat untuk nikmat bulan madu.
Ada siapa berminat boleh PM saya.

Bersambung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan