Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Mac 2015

Aku dan Dirgahayu Tuanku

"Signboard besar depan klinik"
















Aku cuti hari ini.
Sempena Pertabalan Sultan Johor Yang ke-5.
Anak bungsuku pergi menghadiri majlis.
Ada buat persembahan silat ditepi jalan.
Tetapi aku tak larat nak pergi usung kamera.
Duduk depan tv lagi bagus.

Majlis Pertabalan Sultan Johor yang baru.
Lebih 55 tahun tiada majlis seumpamanya.
Satu majlis yang sangat gilang-gemilang.
Dengan warna biru sebagai warna diraja.
Dengan satu2nya sultan di Malaysia yang ada mahkota sendiri.
Hebat.
Bangga jadi warga Johor.
Berdiri bulu roma bila dengar Lagu Bangsa Johor dinyanyikan.

Sambil tengok tv,
aku curi2 mengecat bilik aku.
Cat masa mengecat kelas tempohari ada berbaki.
Jadi tak payah keluar modal apa2.
Keluar peluh dan tenaga sahaja.

Gambar curi masa proses mengecat
Ini hasilnya.
Bilikku sudah berwajah baru.
Lepas ni boleh ke IKEA semula.
Beli barang2 perhiasan DIY.

Pukul 9 malam.
Tengok rancangan Majalah 3 di TV3.
Kisah perjalanan hidup sultanku.
Lepas tu ada satu lagi rancangan Dirgahayu Tuanku di TV1.
Kisah perjalanan hidup sultanku juga.
Sultan juga manusia biasa.
Ada emosi.
Ada tragedi.
Ada hobi.
Sebelum ini aku hanya diberi berita2 negatif berkenaan sultanku.
Tetapi malam ini semuanya berubah.
Aku makin mengenali siapa sultanku.


Baca wawancara bersama tuanku semasa mula2 menjadi sultan di sini.












































Nota kaki:
Gambar2 majlis pertabalan diambil daripada FB JOHOR Southern Tigers.
Kredit untuk FB Johor Southern Tigers.



1 ulasan: