Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Mac 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini


Awal pagi hari Sabtu.
Aku temankan anakku ke sekolah.
Ada program Akurjanji sempena PT3 dan SPM 2015.
Aku sampai agak lewat.
Jadi dewan dan penuh.
Tetapi banyak lagi ruang kosong.
Cuma kerusi sahaja yang tak cukup.
Tunggu sekejap.
Pengawas sekolah sedang mengusahakan.
Menambah kerusi ke dalam dewan.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil pengetua.
Bercerita pasal pencapaian sekolah.
Bercerita pasal sasaran untuk tahun ini.
Beliau juga memberi taklimat pasal keadaan kelas abad ke 21.
Ada dua layar projektor dikiri kanan dewan.
Tapi memandangkan aku duduk jauh dibelakang,
layar nampak kabur.
Suara wakil pengetua pun tenggelam timbul.
Jadi banyak yang aku tak faham.
Tapi tak mengapa.
Google ada.
Banyak maklumat boleh digoogle sementara menunggu ucapan habis.

Selepas wakil pengetua,
ada ucapan oleh YDP PIBG sekolah.
Cerita yang sama.
Mengulangi keazaman yang sama.
Masing2 cukup bersemangat.
Inilah yang kita mahukan.
Kejayaan anak2 adalah kejayaan bersama.


Lepas tu ada majlis ringkas.
Akurjanji.
Membaca ikrar.
Dimulai dengan semua pelajar.
Diikuti dengan semua ibubapa.
Dan akhir sekali oleh semua guru sekolah.
Masing2 dan berjanji setia.
Akan mencuba sedaya upaya.
Menuju kecemerlangan.
Anak aku pun dah janji.
Nak dapatkan semua A.
Nak masuk asrama tahun depan.
Juga nak handphone baru.


Selepas majlis,
semua pelajar diarah ke kelas masing2.
Ibubapa pun sama.
Aku ikut anak aku ke kelasnya ditingkat 3.
Terasa jauhnya sebab pagi belum sarapan lagi.
Terasa penat sebab kena panjat tangga 3 tingkat.
Guru kelasnya sudah pun menunggu dalam kelas.
Kelasnya ada 25 orang pelajar.
Tetapi yang hadir tak sampai 10 orang.
Mana yang lain aku kurang pasti.
Kaum ibu ada dalam 10 orang.
Kaum bapa hanya aku seorang sahaja.

Mula2 guru kelas menyambung cerita pasal kelas abad ke 21.
Apa keperluan yang patut ada.
Apa keperluan yang tiada.
Dan bila aku tengok keadaan sekeliling,
memang jauh berbeza dengan apa yang aku Google.
Rasanya sama aje kelasnya macam masa aku bersekolah menengah dulu.
Langsung tiada perbezaan.
Dindingnya kusam.
Warnanya kelabu.
Langsirnya dah pudar.
Almari tak berpintu.
Kipas tak berfungsi.
Cermin tingkap berhabuk.


Aku tak salahkan guru kelas.
Aku juga tak salahkan para pelajar.
Aku bukannya mencari salah siapa2.
Tapi pada akhir perbincangan,
kami semua dah sepakat.
Kita akan ubah keadaan ini.
Ada yang nak sponsor beli cat.
Ada yang nak sponsor beli langsir.
Ada yang nak sponsor beli kipas.
Lepas ni nak buat group Whasapp pulak.
Senang sikit nak jalankan aktiviti.
Senang sikit nak bergossip.

Lepas habis mesyuarat,
aku singgah ke Dewan Raya Bandar Putra.
Ada jemputan ke majlis perkahwinan anak kawan wife.
Aku adalah antara tetamu paling awal.
Makanan baru siap dihidang.
Aku makan tengahari plus sarapan sekali.
Nasi Briyani Daging dan Gearbox Kambing.


Minggu depan minggu terakhir persekolahan.
Ada cuti semester selama seminggu.
Ada apa2 perancangan?

Salam hujung minggu kawan2.



4 ulasan:

  1. zaman saya sekolah pun, takde di panggil ibu bapa dtg sekolah macam ni...hihihih..

    saya sampai sekarang tak faham dgn penjenamaan sekolah ni..
    macam sekolah kluster tu..apa maknanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut pemahaman saya,
      kluster tu maksudnya pelajar2 yg terbaik dikumpul dalam satu sekolah.
      mereka diberi perhatian lebih.
      target kpd mereka tinggi.
      sebab pencapaian daerah ditentukan oleh pencapaian pelajar2 ini.
      tapi mulai tahun ini,
      sekolah ini dah tak jadi kluster lagi.
      siapa2 yg anaknya ada disekitar sekolah boleh belajar di sini.
      tak perlu keputusan 5A.
      sebab ibubapa kawasan ini komplen kat PPD.
      susah nak hantar anak sekolah jauh2.
      jadi mulai tahun ini,
      sekolah ini dah jadi sekolah biasa.

      itulah ceritanya...

      Padam
  2. zaman saya pun tak de la macam ni, tapi zaman anak2 saya semua pendekatan sebegini
    saya rasa dekat ngan sekolah, guru2 dll
    saya rasa semakin dekat dengan anak2
    saya rasa hubungan ngan anak2 lebih baik, saya jadi ibu yang memahami anak2
    tapi
    tapi
    tapi
    saya rasa anak2 byk lak pergantungan kat ibu bapa
    asyik nak kita sentiasa ada bersama mereka di sekolah jika ada peluang
    byk juga masa saya habis disekolah
    tapi saya seronok
    cuma isunya
    bagaimana jika saya tiada?

    group whatsapp utk kelas ye
    saya suka
    tapi kadang2 kesian lak kat cikgu tu bila mak pak yang tak reti bahasa
    jam 2/3 pagi pun diwhatsapp guru2 tu
    moga kemudahan yang ada kita manafaatkan dengan betul
    gunakan whatsapp sebagai modus komunikasi yang memberi kesan dan manafaat utk semua

    BalasPadam