Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Mac 2015

Aku dan Isu Minggu Ini


GST sudah datang.
Tapi belum pun GST datang,
Harga ubat dah naik dahulu.
Dulu Pak Menteri ada berkata,
" Perkhidmatan kesihatan tidak akan dikenakan GST "
" Perkhidmatan kesihatan tidak terjejas dengan kehadiran GST ".
Betul. Memang betul.
Perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan tidak terjejas.
Masih kena bayar seringgit sahaja.
Tetapi ini tidak berlaku diklinik dan hospital swasta.
Kos rawatan akan meningkat.
Overhead juga akan meningkat.
Kalau dulu aku keliru bila Pak Menteri kata begitu,
kini tidak lagi.
Kini sudah terang dan nyata.
GST akan menggegarkan klinik swasta sepertiku.

Siapa kata ubat tak kena GST?
Pak Menteri mana kata ubat tak payah bayar GST?
Betul. Memang betul.
Ada ubat yang tak kena GST.
Tetapi hanya 20% sahaja ubat yang tidak dikenakan GST.
Itupun ubat2 yang kebanyakannya hanya digunakan diklinik kerajaan.
Ubat2 generasi baru yang tiada dalam 'blue book' pasti kena GST.
Ubat darah tinggi 50mg tak kena GST.
Ubat darah tinggi 100mg kena GST.
Sekadar contoh.
Ubat kolesterol 20mg tak kena GST.
Ubat kolesterol 40mg kena GST.
Masih keliru?
Teruskan untuk keliru.
Kerana itulah matlamatnya.
IF CAN'T CONVINCE THEM, CONFUSE THEM!

Dua bulan lepas Kastam hantar surat amaran ke klinik.
Suruh klinik mendaftar untuk GST.
Ramai kawan2 dapat surat yang sama.
Siap dengan amaran.
Penalti dan denda jika tidak patuh.
Sebelum itu aku dah melihat 'surat hitam putih' daripada pengarah kastam.
Klinik yang sudah berdaftar dengan PFSA tak perlu daftar GST.
Period.
Tetapi ada juga klinik yang mendaftar.
Kata boleh dapat rebate daripada kastam nanti.
Boleh untung sedikit dikemudian hari.
Tetapi prosedurnya?
Proses dokumentasinya?
Ada kata tak balik modal.
3-6 bulan baru dapat balik duitnya.
Bila klinik tak mendaftar untuk GST,
klinik tak boleh charge GST kepada pesakit.
Klinik juga tak boleh memohon rebate daripada kerajaan.
Maka kos 6% disuruhnya serap oleh doktor.
Ini nasihat kerajaan kepada para doktor.
Kastam siap ajar doktor.
Charge sahaja dibawah 'management fee/processing fee/consultation fee'.
Tetapi tidak boleh charged sebagai GST.
Peninglah aku dengan arahan kastam ni.

Sana sini orang ramai risau dengan GST.
Ramai yang membeli barang2 keperluan banyak2.
Terutama yang ada anak2 kecil.
Diapers akan naik harga.
Susu tepung akan naik harga.
Jadi sebelum naik kena borong banyak2.
Tetapi ada yang sekadar tunggu dan lihat.
Harga barang akan turun.
Kereta akan turun harga.
Handphone akan turun harga.
TV pun akan turun harga.
Ini bukan aku yang cakap.
Pak menteri yang cakap.
Nak percaya atau tidak kita tengok bila pak menteri itu cakap.
Sebelum, semasa atau selepas pilihanraya?

Ada yang kata GST tu bagus.
Banyak syarikat2 yang selama ini lari dan tipu cukai,
sekarang mereka tak boleh nak lari lagi dah.
Lagipun cukai GST akan dikembalikan kepada rakyat.
Pendapatan negara akan bertambah.
Hidup rakyat akan semakin senang.
Negara akan semakin membangun.
6!&@#$%^!!
Kerana belum pun ada GST,
kerajaan dah seronok beli kapalterbang baharu.
Itu untuk keselamatan pemimpin negara kata penyokong mereka.
" Takkanlah pak menteri nak naik tongkang? "
Ini jawapan salah seorang daripada penyokong mereka.




Satu lagi isu.
Isu lama yang masih cuba dinafikan oleh kerajaan.
Lambakan graduan doktor.
Muka depan The Star semalam.
Kisah 1 dalam 5 houseman tidak menamatkan latihan klinikal mereka.
Berhenti separuh jalan.
Atau hilang tanpa dikesan.
Malaysia dah boleh memohon masuk dalam buku rekod dunia.
Punya kolej perubatan terbanyak di dunia.
Tetapi sistem yang ada sekarang hanya boleh menghasilkan doktor.
Tetapi tidak lagi dapat menampung atau memberi kerja kepada mereka.
Maka Malaysia menghasilkan doktor2 yang separuh masak.
Doktor2 baru yang tiada jiwa.
Doktor2 baru yang terperdaya dengan iklan2 di tv.
Minggu lepas aku ada satu pesakit.
Lelaki berusia 19 tahun warga Nepal.
Dijumpai pengsan dibilik air.
Dihantar ke hospital menaiki ambulans.
2 jam di unit kecemasan tiada apa2 dilakukan.
Dia dirujuk ke unit pesakit luar untuk Screening for Gonorrhoea.
Keesokan harinya supervisornya bawa jumpa aku.
Ini kali kedua dia pengsan di bilik air.
Dia kata sakit sangat bila nak kencing.
Aku tengok bladder nya penuh.
Aku suruh pergi kencing dia takut.
Dia baru sahaja lulus pemeriksaan Fomema.
Dia juga hanya duduk dibilik sahaja lepas kerja.
Mana boleh dapat Gonorrhoea?
Mesti ada sebab2 lain yang aku tak boleh nak diagnosed.
Masa dibengkel tempohari,
kawanku ada bercerita.
Anaknya sungguh2 nak jadi doktor seperti ayahnya.
Tetapi pencapaian pelajarannya kurang memberangsangkan.
Ada kawan lain menasihatkan.
Ada satu syarikat boleh tolong.
Kos tak sampai 200 ribu ringgit untuk buat Medik di Indonesia.
Diiktiraf oleh kerajaan lagi.
Kelulusan langsung tak cerita.
Yang penting duitnya sahaja.


Isu terakhir.
Kenapa orang kita takut benar dengan bangsa lain?
Kenapa perlu phobia dengan bangsa Cina ataupun India?
Kat mana2 sahaja mesti ada mesej rasis.
Tayang pengkebumian LKY di Astro pun jadi isu rasis.
Siap ugut nak potong langganan.
Bodoh dan sempitnya fikiran sesetengah orang kita.
Bilalah bangsa sendiri nak maju?
Hal2 kecil diperbesarkan.
Hal2 besar pulak tak nak ambil tahu.

Bangsa kita tak patut takut dengan bangsa lain.
Mereka pun manusia ciptaan Allah juga.
Punya 2 tangan, 2 kaki dan otak yang sama beratnya.
Nak maju kena usaha memajukan diri.
Bukannya takut bersaing dengan bangsa lain.
Bangsa kita mundur bukan kerana ditekan oleh bangsa lain.
Bangsa kita mundur kerana ditekan oleh bangsa sendiri.
Tengok geng2 MLM yang kena tipu.
Siapa yang menipu duit2 mereka kalau bukannya bangsa sendiri.
Aku marah bila ada kata bangsa aku pemalas.
Bangsa lain pun dua kali lima juga.
Yang datang klinik suka2 nak ambil MC pun sama sahaja.
Melayu ke, cina ke, india ke semuanya sama sahaja.
Tiada beza dari segi kaum.

Malaysia punya potensi untuk maju kehadapan.
Tengok negara jiran.
Apa yang mereka ada?
Tanah hanya sekangkang kera.
Sumber2 asli pun mereka takda.
Tetapi bagaimana mereka boleh lebih maju ke hadapan?
Wang mereka pun dah hampir 4 ringgit sekarang.
Bagaimana?
Usaha.
Yakin.
Mengambil peluang.

Kita pun sebenarnya boleh maju juga.
Tetapi apakan daya.
Bangsa kita terlalu banyak berpolitik.
Bangsa kita terlalu banyak berhibur.
Bangsa kita terlalu banyak bertelagah.
Hal2 kecil diperbesarkan.
Hal2 besar yang patut jadi keutamaan didiamkan.



  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan