Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Mac 2015

Aku dan Kelas D Manual


Lebih 25 tahun dahulu.
Aku belum ada lesen memandu.
Kereta dan motosikal pun takda lagi masa itu.
Jadi sebelum ada kenderaan sendiri,
kena ada lesen dahulu.
Masa itu.
Semuanya kena buat sendiri.
Semuanya secara manual.

Mula2 aku nak dapatkan lesen motosikal dahulu.
Untuk dapatkan lesen motosikal B2,
aku ke JPJ Johor Bahru.
Aku redah sahaja.
2-3 kali tukar bas sangkut2.
Disana ada satu mamat 'tonto tolong' aku.
Mula2 aku ingat memang dia sukarela nak tolong aku.
Maklumlah ini kali pertama aku sampai di kaunter JPJ.
Dia tanya aku nak buat apa kat JPJ.
Dia tolong aku isikan borang.
Dia juga rekomen aku jumpa seorang pegawai atasan.
Boleh mintak ambik ujian cepat.
Maklumlah masa tu aku cuti semester 2 minggu sahaja.
Betul.
Atas bantuan pegawai tersebut,
aku dipanggil untuk ujian bertulis minggu berikutnya.
Tak payah tunggu sebulan seperti orang lain.
Mamat yang tolong aku lepas tu 'pau' aku.
Kena upah dia 10 ringgit atas khidmatnya.
Tonto= tolong orang tipu orang.
Rupanya tak payah isi borang pun.
Tunjuk IC aje kat kaunter.
Masa tu 10 ringgit aku besar nilainya.
Hilang duit makan tengahari aku.

Minggu berikutnya aku datang semula untuk ujian bertulis.
Sebelum masuk bilik peperiksaan kena test mata dulu.
Siapa2 yang rabun kena balik buat cermin mata.
Ujiannya pun senang sahaja.
40 soalan kesemuanya.
Tak boleh salah lebih daripada 5 soalan.
Kalau kurang 35 markah kena ulang balik ujian.
Dan kalau lulus,
kena beratur balik kat kaunter.
Bayar 20 ringgit dan dapat lesen 'L'.
Bila dah ada lesen "L" barulah boleh belajar.

Cuti semester berikutnya,
aku ambik lesen motosikal B2.
Senang betul nak lulus.
Takda litar2 macam sekarang.
Ujian pertama ujian brek.
Bawa motosikal dalam 60 km/jam.
Lalu depan tester.
Bila tester turun tangan kena tekan brek.
Tekan brek sekuat hati dan berhenti depan tester.
Kalau tak jatuh kira lulus dah ujian yang pertama.
Lepas tu buat ujian jalanraya.
Lagi senang.
Bawa atas jalanraya.
Pusing2 keliling pejabat JPJ.
Ada satu tempat tu kena turun dan tolak motosikal pusing ke seberang jalan.
Kalau enjin tak mati kira lulus dah.
Tester sepatutnya ikut belakang masa ujian.
Tapi memandangkan ramai yang diuji sekaligus,
tester tengok dari ofis sahaja.
Aku lulus lesen B2 dengan tutup sebelah mata sahaja.


Beberapa tahun berikutnya,
aku ambil lesen D di Kluang.
Yang ini aku kena ikut kelas memandu.
Masa belajar dengan seorang pakcik tu direct aje dia sound aku.
"Orang pegang pisau toreh pun pandai pegang stereng,
kau yang pegang pen hari2 takkan tak pandai?"
Itu ayat power dia yang aku ingat sampai sekarang.
Dan sampai sekarang aku pun tak faham.
Apa kaitan pisau toreh dengan stereng?
Memandangkan aku memang tak pernah pegang stereng kereta,
setiap kali aku pegang stereng,
memang rasa macam nak ambik final exam MBBS.
Takut, gemuruh, panik dan seram sejuk satu badan.
Bahagian dalam litar memang aku expert.
Parking bukit, parking sisi, parking undur semuanya senang bagi aku.
Tapi bahagian atas jalanraya aku memang rasa susah sikit.
Ada phobia sikit.
Aku takut tengok kereta kat depan dan kat belakang aku.
Takut kena langgar dan melanggar.


Selepas 2 bulan belajar,
aku pun ambil ujian sebenar.
Ujian dalam litar aku lulus dengan cemerlang.
Tetapi ujian atas jalan raya,
aku gagal masa pertama kali.
Sebabnya?
Aku tak pernah bawa kereta ada aircond.
Masa belajar pun guna kereta buruk sahaja.
Bila ujian aku dapat kereta yang ada aircond.
Dua kali kereta mati kat traffic light.
Bila tester suruh aku pindah duduk sebelah,
aku tahu aku gagal.
Malu betul bila sampai kat tempat ujian,
tester yang bawa kereta dan bukan sebaliknya.
Tetapi,
2 minggu kemudian aku datang balik.
Kali ini aku lulus dengan cemerlang.
Aku dapat 28/30.
Aku tak berhenti dibulatan dan aku tak guna gear yang sesuai.
Itu kesalahan yang dicatat pada kertas ujian aku.
Tetapi yang penting aku dah ada lesen.
Lepas 5 tahun ada lesen,
barulah aku mampu ada kereta sendiri.
Baca ini untuk sejarah kereta2 milikku.


Cuti sekolah yang lepas.
Giliran anak sulung aku pula ambil lesen kereta.
Zaman sekarang tak susah macam zaman aku dulu.
Sekolah memandu pun ada didalam taman perumahanku.
Nak ambil lesen 'L' hanya perlu hadir kelas sehari.
Dengar ceramah.
Lepas tu ambil ujian atas talian.
Lepas 2 minggu dah boleh belajar memandu.
Nak pergi belajar pun tak susah.
Ada pakej siap jemput/hantar dari rumah ke tempat belajar.
Belajar memandu pun lebih kurang macam zaman aku dulu.
Cuma sekarang kenderaannya standard.
Kereta kompak Kancil atau Viva.
Kos sebenar nak dapat lesen B Manual lebih 1500 ringgit sekarang.
3X ganda banding zaman aku dulu.
Lepas tu guna kereta Viva harga lain.
Jemput datang ke rumah harga lain.

Khamis lepas.
Anak sulungku lulus Kelas D Manual.
Itupun ambil dua kali.
Dia langgar tiang masa ujian dalam litar.
Emaknya bising2 kata kurang fokus.
Tapi pada aku itu biasa.

Akhirnya.
Aku dah ada 3rd driver dalam famili.
Senang nak hantar adik2nya kemana2.
Kelas tambahan, kelas renang, kelas muzik, kelas karate,
pergi Aeon, pergi IOI Mall, pergi McD,
anak sulung aku boleh tolong hantarkan.
Tapi impian itu tak jadi kenyataan lagi.
Minggu depan dia dah nak pergi sambung belajar.
Dia pun dah berkira2 nak ada kereta sendiri.
Aku suruh dia ambik lesen B2.
Bawak motosikal lagi senang.
Tapi wife tak beri.
Risikonya tinggi kata wife.



6 ulasan:

  1. Salam bro..z250 dh boleh diwariskan.setakat ronda dlm kampus & daerah sekitar, insha allah selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh.
      Motor kapcai sahaja yg boleh.

      Padam
  2. dulu lain sekarang lain..saya pun dua kali amik test parking...hehehe

    BalasPadam
  3. Kasih emak tu mahal harganya.... Tak apalah, ikutkan saja. Tapi kalau naik z250 tu, macho sikit anak teruna tu...hehehe.

    BalasPadam
  4. saya pegi keja sekarang pon dah merempit je... skuter la tapi nye... hehehehe...

    saya pon amek test jalan raya 2x ..enchek JPJ tu mmg fail kan sbb dah tengahari... dia lapo...

    kesalahan saya satu je...

    saya di ajar bila lampu oren perlu bersedia untuk berhenti....

    tapi dia suruh jalan.. (masa tu lampu dah pon nak tukar kaler merah..)

    saya tak ikot ckp JPJ tu.. jadi saya pon fail... (tapi dia suh jugak bawak sampai habis.. )

    ambek lagi sekali... minggu depan nye.... (doa semoga tak dapat JPJ tak best tu..)

    Alhamdulillah... lulus dengan cemerlang....

    BalasPadam