Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Mac 2015

Aku dan Keputusan SPM 2014

Awal pagi Selasa 3 Mac.
Aku dan famili dah masuk highway.
Pukul 10 pagi nak kena sampai Muar.
Tapi apa2pun kita sarapan dulu.
Nasib baik Kari Kambing 40 Hari bukak pagi ini.
Boleh makan Roti Canai dengan kari kambing.
Restoran ini dah makin selesa nampaknya.
Gerai dah makin luas.
Kerusi meja dah makin banyak.
Jadi tak payah nak tunggu giliran lama2.


Pukul 9 pagi aku meneruskan perjalanan ke Muar.
Sepanjang perjalanan macam2 Whatsapp aku dan wife terima.
Keputusan keseluruhan agak merosot tahun ini.
Pelajar2 yang dapat straight As pun berkurangan.
Semakin banyak berita2 yang masuk,
Semakin sesak nafasku.
Perjalanan ke Muar terasa semakin jauh.
Kenapa lambat sangat nak sampai ni?
Masa di lampu isyarat simpang Bukit Pasir,
Macam2 carta aku mula terima.
Ranking pencapaian sekolah2 terbaik dah keluar.
Sekolah anak aku masih masuk dalam carta.
SMS Muar ketiga terbaik antara sekolah2 berasrama penuh di Johor.
SMS Muar kelima terbaik seluruh Johor.
Tetapi pelajar yang dapat straight As merosot daripada 70 ke 40 orang sahaja.
4 orang pelajar memperolehi straight A Plus.
Mendapat markah lebih 90% untuk semua subjek.
Tetapi kesemuanya perempuan.


Untuk menghilangan keresahan aku singgah ke sana sini dulu.
Pukul 11 pagi aku tiba di dewan besar sekolah.
Kereta dah penuh di sepanjang jalan.
Pelajar dan ibubapa memenuhi setiap ruang.
Didalam dan diluar dewan.
Bila kawan2 nampak anak aku,
Masing2 dah ucap tahniah kat dia.
Tetapi selagi slip keputusan belum sampai ditangan,
Aku tak nak confirmed apa2.


Ketika anak duduk menunggu giliran depan guru kelas,
Aku dan wife memang tak senang duduk.
Nak senyum pun takut.
Apatahlagi nak bercakap2.
Masing2 sibuk melayan perasaan masing2.
Saudara-mara tak putus2 bertanya di Whatsapp.


Ketika anak dah sampai giliran depan guru kelasnya,
Namanya tiba2 dipanggil untuk naik ke pentas.
Dia diminta ambil cenderamata.
Dia salah seorang daripada 40 pelajar yang dapat straight As.
Dan bila slip keputusan dah berada ditangan,
barulah terasa ringan bahu ini.
Barulah ringan mulut untuk bercakap2.
Dia memenuhi jangkaan.
Dia meneruskan kecemerlangannya.
UPSR, PMR dan kini SPM.
Syukur Alhamdulilah.


Ketika keluar dewan,
baru terasa panasnya cuaca.
Sementara menunggu anak berjumpa dengan kawan2 lamanya,
aku melepak kat tepi padang.
Orang pertama yang aku beritahu ialah emakku.
Emakku pun menunggu2 panggilanku.
Aku hilang kata2 bila aku dengar emakku menangis.
Dia kata dia teringatkan kesusahan aku dulu.

1989.
Bila keputusan SPM aku diumumkan,
Aku tak terus ke sekolah.
Lepas 3 hari baru aku ambil keputusanku.
Aku pergi dengan abahku.
Naik motosikal kapcai abahku untuk ke Kluang.
Sekolah sunyi sepi masa aku sampai.
Tiada siapapun yang menyambutku.
Walaupun aku dapat pangkat Satu,
Aku tak rasa excited sangat.
Pencapaiannya sama dengan keputusan trial SPMku.
Masa balik aku sangkut dalam hujan lebat.
Masa tu memang tak sabar nak sampai rumah.
Nak tunjuk keputusan kat emak.
Walaupun tiada apa2 hadiah istimewa untukku,
Riak wajah emak sudah cukup untukku.
Kejayaan aku memang untuk emakku.
Menjadi upah penat lelahnya bekerja diladang.

Pukul 12:30 tengahari.
Aku bertolak balik ke Kulai.
Dilemma baru pun bermula.
Nak sambung belajar di mana?
Bidang apa yang sesuai?
Mampukah dia 'membawanya'?
Apa peluang kerjayanya?

Kalau susah2,
Kerja panjat pokok kelapa pun bergaji lumayan.


10 ulasan:

  1. Masih jauh perjalanan anak2 kita...

    BalasPadam
  2. Tahniah...tahniah... Sob..sob...saya terharu. Kalau saya, mesti dah meleleh nangis. SMS Muar mmg sekolah yg bagus. Hubby saya dr sana juga. Ikutlah apa yg dia minat, Doc.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.... sujud syukur ye anak dpt keputusan cemerlang
    Auntie macam abah awak dulu nak ambil keputusan pun payah sebab kami org miskin

    Buat airmata kakak luruh terkenang zaman dulu payahnya.. syukur anak-anak kita tak merasa perit seperti kita.
    Nak beli buku apa pun kita mampu belikan..

    Moga terus cemerlang dunia & akhirat.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah tahniah
    terharu saya baca bait2 call mak tu

    teringat benda yang sama
    moga lebih cemerlang dunia akhirat

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah, dh layak utk dpt bursary. smg menjadi dorongan kpd blog readers yg lain bg memastikan anak-anak akan mendpt kejayaan dunia & akhirat.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah & tahniah! Perjalanan sebenar baru bermula. Semoga dia sentiasa sukses.

    BalasPadam
  7. Alhamdullilah.

    Tahniah buat anak..
    Moga terus sukses..terus berjaya..

    BalasPadam
  8. Salam bro..pekerja memanjat pokok kelapa, gaji rm6500.peh, gaji gred 48 gomen tu.

    BalasPadam