Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Mac 2015

Aku dan Pendaftaran Masuk UTP

Sudah lebih 2 minggu keputusan SPM diumumkan.
Ketika orang lain pening nak fikir untuk sambung belajar di mana.
Ketika orang lain sibuk mengisi borang itu dan ini.
Borang online juga offline.
Ketika orang lain sibuk fotostat sijil2 dan dokumen2.
Ketika orang lain sibuk cari pegawai untuk sahkan dokumen.
Ketika orang lain sibuk dengan kemasukan ke UPU.
Ketika orang lain sibuk memohon nak ke luar negara.
Ketika orang lain sibuk dengan permohonan tajaan/ biasiswa.
Dan seterusnya menunggu keputusan dengan penuh debaran.
Anakku pula dah bersiap sedia.
Nak mendaftar masuk ke UTP.

Sebelum keputusan SPM diumumkan.
Anakku dah pun dapat tawaran.
Ke program Foundation yang dia inginkan.
Jadi bila keputusan keluar,
Dah tak payah pening kepala.
Redha aje dengan ketentuan Ilahi.

Setiap hari pasti ada surat di mailbox.
Macam2 tawaran diterima.
Macam2 kolej yang tak pernah dengar hantar surat tawaran.
Macam2 program dan course ditawarkan.
Semuanya seolah2 percuma.
Tak payah bayar apa2 dahulu.
Semuanya diuruskan oleh kolej.
Semuanya boleh hutang dahulu.
Tapi hakikatnya?
Pendidikan kini menjadi satu perniagaan.
Pendidikan untuk keuntungan.


Petang Selasa aku bertolak daripada Kulaijaya.
Selepas tengahmalam baru aku tiba di Seri Iskandar Perak.
Memandangkan ini kali ke2 aku tiba di sini.
Jadi jalan dah mahir.
Tak takut sesat walaupun dah tengahmalam.
Hotel pun main redah aje.
Tak payah booking.
Takda bilik hotel tidur kat stesen minyak ataupun tempat parking sebelah McD.


Pukul 8:30 pagi hari Rabu.
Aku tiba di Dewan Canselor UTP.
Hari ini hari ke2 pendaftaran.
Semalam dah separuh pelajar mendaftar.
Jadi suasana tak sibuk sangat.
Prosedur pendaftaran pun sistematik.
Hanya anak yang perlu pergi dari satu kaunter ke satu kaunter.
Emak bapak tunggu dan tengok sahaja.
Tak sampai sejam anak call.
Dah siap mendaftar.
Dah boleh angkat barang2 ke bilik hostel.


Anak ditempatkan di Village 2.
Sebilik dua orang.
Walaupun dari luar hostelnya nampak macam tak siap,
Di dalam segalanya kemas dan teratur.
Biliknya bersih dan selesa.
Tiada cermin yang pecah.
Tiada pintu almari yang patah.
Tiada suis yang tidak berfungsi.
Roomate nya budak Selangor.
Ambil course yang sama.


Lepas menolong mengemas lebih kurang,
Aku kembali semula ke dewan.
Ada sedikit taklimat pasal pembayaran yuran.
Bila yuran perlu dibayar.
Bagaimana yuran boleh dibayar.
Apa berlaku jika yuran tidak dibayar.


Lepas taklimat aku singgah makan tengahari di Kafetaria hostel.
Aku nak jadi juri sekejap.
Sedap ke tidak makanan di sini.
Juri utama kata lulus.
Pilihan lauknya pelbagai.
Rasa masakan boleh tahan.
Cuma sejuk sebab dah lama terhidang.
Harganya sangat berpatutan.
Teh Ais masih lagi RM 1.10.
Nasi, ayam dan sayur masih RM 4.00.
Ada satu masalah negara.
Lalat sangat banyak di sini.
Katanya datang daripada ladang ayam dibelakang universiti.
Katanya ini bukan selalu terjadi.
Hanya berlaku bila ayam sedang dalam proses untuk dijual.

Pukul 2 petang.
Aku balik ke bilik hotel.
Berehat sekejap sampai pukul 4.00 petang.
Sebelum balik aku singgah lagi ke asrama untuk kali terakhir.
Hantar barang keperluan yang tercicir.
Juga memberi amanat terakhir sebelum berpisah.

Pukul 5.30 petang.
Aku meninggalkan UTP.
Malam ini tidur di Ipoh sebelum bertolak balik esok.


Bersambung.






5 ulasan:

  1. Salam bro..insha allah, dh graduate, byk peluang menanti kt pengerang, tanjung langsat,kukup.dh x perlu merantau jauh.proud to be johorean!

    BalasPadam
  2. tahniah untuk anaknda tuan...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...Tahniah..tahniah. Hanya calon2 terpilih jer yang dapat tawaran awal tu. Insya Allah, cerah masa depan.

    BalasPadam
  4. tahniah!
    bermula kehidupan baru

    BalasPadam