Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Mac 2015

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pukul 10.30 malam
Pada satu pagi Isnin yang sibuk.
Daripada mula masuk klinik sampai waktu rehat tengahari,
kerja aku tak pernah putus.
Ramai sungguh pesakit hari ini.
Pesakit yang betul2 sakit.
Pesakit yang tak sakit.
Pesakit yang mencari penyakit.
Macam2 jenis pesakit aku jumpa.
Tapi semuanya standard biasa sahaja.
Tutup mata pun dah tahu nak beri ubat apa.
Langsung tiada cabaran.
20 tahun jadi doktor aku dah masuk level professional.
Bukan level beginner atau newbie lagi.

12.50 tengahari.
Aku sedang buat dressing pesakit terakhirku dibilik belakang.
Staf aku datang tanya aku.
Ada seorang Untie nak beli ubat.
Nak buat dressing untuk ayahnya.
Dia kata ayahnya dah kena stroke setahun.
Ada kudis dibelakangnya.
Dia kata Untie tu nak beli ubat sahaja.
Ayahnya ada ditinggal dalam kereta.
Susah nak keluar dan bawa masuk ke klinik.

Kalau ikutkan hati kecilku,
aku nak suruh aje dia bawa ke hospital.
Aku dah bayangkan luka kudis pressure sores yang besar.
Bau darah dan nanah.
Dan aku pun bukan boleh buat apa2pun.
Lagipun waktu rehat aku dah sampai.
Kepala dah buntu.
Perut dah lapar.
Wife dan anak2 dah tunggu nak makan sama2.
Tapi entah kenapa,
" Suruh dia tunggu sekejap."
" Nanti saya tengokkan."

Lepas siap dressing,
aku panggil Untie tu masuk.
Dia kata ayahnya ada dalam kereta.
Nak suruh aku tengokkan apa yang patut.
Lalu aku ambil glove dan face mask.
Aku dah bersedia.
Tak lalu makan tengahari pun takpa.
Keretanya parking betul2 depan klinik.
Ada maid Indon dan seorang lagi anak perempuannya dalam kereta.
Aku buka lukanya.
Aku belek2 lukanya.
Aku senyum sahaja.
Lalu aku ajak maid Indon tu masuk kedalam bilik aku.
Aku nak ajar dia cara menjaga lukanya.

Lukanya hanya sedikit sahaja sebenarnya.
Luka luaran sebesar duit 20 sen di tengah2 punggungnya.
Tiada langsung nanah ataupun sel2 mati.
Juga tiada bau yang kurang menyenangkan.
Aku panggil maidnya sebab dia yang menjaga pesakit tersebut.
Cakap kat anaknya tak guna.
Sebab bukan mereka yang menjaganya.
Mula2 aku puji maid Indon didepan majikannya.
Senyum lebar maid itu.
Aku cakap bagus dia menjaga majikannya.
Aku cakap pandai dia menjaga majikannya.
Lukanya hanya sedikit sahaja.
Tak macam luka2 lain yang pernah aku jumpa.
Lepas tu baru aku ajar maidnya bagaimana nak menjaga luka tersebut.
Anaknya pun ada mendengar sama.
Aku juga cakap kena naikkan gaji maidnya itu.

Sebelum mereka keluar daripada bilik aku,
anaknya berkata sesuatu yang sampai sekarang aku tak boleh lupa.
" Terima kasih banyak doktor. "
" Sebenarnya dah 3 klinik saya pergi. "
" Semua doktor tak mahu tengok. "
" Semua doktor tak nak keluar bilik. "
" Semua suruh saya bawa dia ke hospital. "
Aku terdiam sebentar.
Aku rasa bersalah.
Sebab dalam hati aku pun berkata sebegitu tadi.

Pukul 11.30 malam
Ini bukan pertama kali berlaku.
Dah banyak kali.
Waris membawa pesakit2 kronik ke klinik aku.
Ada juga yang meminta aku datang melawat ke rumah.
Dulu masa kurang sibuk,
aku rajin juga buat house call.
Tapi bila klinik dah makin sibuk,
dan tenaga aku dah makin kurang,
aku dah berhenti buat house call.
Dah pencen kiranya.

Pukul 1 .00 pagi

Ada seorang lagi pesakit.
Seorang lelaki berusia 23 tahun.
Aku kenal dia sejak dia bersekolah menengah lagi.
Walaupun usianya baru berusia 23 tahun,
dia sering kena serangan gout pada sendi2nya.
Bila penyakitnya makin kerap menyerang,
aku buat ujian darah keatasnya.
Uric acidnya sangat tinggi.
Begitu juga paras kolesterolnya.
Buah pinggangnya pun ada sedikit masalah.
Selidik punya selidik,
dia pernah dirawat di hospital kerana masalah buah pinggang.
Tetapi dia tak pergi buat rawatan susulan.
Aku pernah merujuk beliau ke klinik kerajaan.
Aku kepilkan sekali laporan ujian darahnya.
Nak tahu apa doktor klinik kerajaan buat?
Langsung tak dipandangnya laporan ujian darahnya.
Dia disuruh balik dengan Paracetamol dan Colchicine sahaja.

Bulan ini dah 3 kali dia datang ke klinik.
Masalah yang sama.
Jalan bertongkat.
Sendi bengkak.
Jadi selepas berbincang dengan majikannya,
aku rujuk ke hospital pakar di Johor Bahru.
Masuk hari ini dah 10 hari dia diwad.
Doktor pakar kata buah pinggangnya dah mengecut sebelah.
Puncanya masih belum diketahui.

Untuk kedua2 cerita diatas,
Doktor GP perlu mengubah sikap.
Ini bukannya isu DS-Dispensing Separation.
Ini isu attitude.
Ini isu jiwa kedoktoran.
" Doktor bukannya setakat menjual ubat sahaja. "
" Pesakit juga bukannya hidup dengan ubat sahaja. "
" Tak semua penyakit perlu dirawat dengan ubat. "
Kadang2 sedikit sentuhan memberi impak yang besar.
Ini peringatan untuk diri sendiri juga.
Yang kadang2 lalai dengan tanggungjawab yang Allah amanahkan.

Hasil kerjatanganku



7 ulasan:

  1. Assalammualaikum Doktor.

    Ditempat saya ada satu klinik swasta. Ada 4 doktor yang saya kenal dan sering mendpaatkan rawatan untuk keluraga saya. Dari keempat2 doktor ini ada tiga doktor yang betul2 merawat kita. Yang sorang lagi doktor ni tak pernah nak rawat pesakit sebetulnya. Dia main arah2 pembantu klinik je. Yang paling saya tak suka caranya sambil mengarah berpeluk tubuh. Rupanya ramai yang menyenangi doktor tersebut. Kalau nak pergi klinik tu call dulu. Kalau doktor berkenaan memang tak pergilah kecuali memang betul2 kecemasan.

    BalasPadam
  2. betul tu doktor.. sedikit senyuman, layanan ikhlas drpd seorang dah cukup buat pesakit lega. hilang terus rasa sakit :)

    BalasPadam
  3. Allah...memng betul lah. Susah sungguh nak cari doctor seperti Doc Zoul ni. Alhamdulillah. Semoga semakin bertambah barakah dalam kehidupan Doc sekeluarga. Rezeki yang Allah beri, bukan setakat monetary, tapi kebahagiaan dari segala segenap hidup juga rezeki yang melimpah ruah. Keluarga Doc, keluarga bahagia, anak2 bijak, kasih saying suami isteri yang kukuh...segalanya rahmat yang tak mungkin boleh dibeli. Alhamdulillah....

    Semoga lebih ramai doctors yang mencontohi Doc Zoul...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...kekalkan yang terbaik

    BalasPadam
  5. Dr Zoul,

    Alhamdulillah... Barakallah fikum

    BalasPadam
  6. Human touch greatly needed and appreciated ; people would not care how much a doctor know until they now how much he care... 👍.

    BalasPadam