Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Mac 2015

Aku dan Projek Kelas Abad Ke 21


Rentetan daripada mesyuarat bersama guru kelas tempohari.
Group Whatsapp pun diwujudkan.
Aku sebagai admin nak kena tunjuk,
bahawa aku bukan sekadar cakap2 kosong.
Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat ringkas tempohari,
mengecat kelas menjadi satu keutamaan.
Selepas beberapa hari bersembang,
maka persetujuan pun dicapai.
Mari kita mulakan dengan mengecat kelas dahulu.
Selepas itu baru fikir perkara2 yang lain.
Kalau ikut jawapan dalam group,
memang hanya seorang dua yang sanggup datang mengecat.
Yang lain2 senyap ataupun ada hal lain.
Tapi aku nekad.
Nak tunggu kehadiran yang ramai,
tahun depan pun belum tentu.
Jadi aku buat kata putus.
Tarikh dan masanya aku tetapkan.
Siapa boleh datang dipersilakan.
Siapa tak boleh datang aku takda masalah.


Selepas sembahyang Jumaat petang tadi.
Aku terus ke sekolah.
Masa aku mula2 sampai memang tiada siapa2.
Sebab dalam Whatsapp pun ramai kata tak dapat datang.
Jadi nampak gayanya akulah kena cat sorang2.
Tapi tak lama kemudian,
kawan2 anak mula datang.
Ada hampir 15 orang rakan sekelas anak datang.
Guru kelas pun datang.
Guru kelas kedua pun ada datang.
Ibubapa pun ada 4 orang yang datang.
Terkejut jugak aku.
Alhamdulilah.
Senang kerja aku.


Cat dan peralatan mengecat aku sediakan.
Masing2 cuma bawa diri dan sumbang tenaga sahaja.
Wife ada bawa sedikit makanan dan minuman.
Guru kelas pun ada bawa makanan dan minuman.
Budak2 kebanyakannya tak pernah mengecat.
Masing2 seronok bila dapat pegang berus cat.
Guru kelas pun sama teruja.
Beliau tak sangka sambutan luar dugaan daripada semua.


Warna cat anak dan kawan2nya yang pilih.
Asalnya aku nak ambil warna JDT.
Merah dan biru.
Tetapi tak ramai yang setuju.
Warnanya terang sangat.
Dan tak semua pelajar menyokong JDT nampaknya.
Jadi warna2 ini yang dipilih oleh mereka.
Mengecat beramai2 memang seronok.
2 jam setengah dah siap.
Lepas mengecat,
masing2 duduk2 makan2 dan sembang2.
Masing2 puashati dengan hasil kerja.


Selepas projek mengecat ini,
ada lagi beberapa projek berikutnya.
Tapi aku nak beri ibubapa lain yang handle.
Untuk projek permulaan ini,
aku mahu jadi perintis.
Aku mahu beri sokongan kepada guru kelas.
Aku harap projek ini membuka mata semua orang.
Kemajuan boleh dicapai.
Pembaharuan boleh dibuat.
Yang penting ada kerjasama.
Yang penting semua orang boleh bekerjasama.


Kepada sesiapa nak mengecat,
aku berani rekomen cat Dulux Pearl Glo ini.
Warnanya melekat.
Proses mengecat jadi tak susah.
Kurang berbau.
Kurang menitik.
Dan sekali sapu aje dah dapat hasil memuaskan.
Tak perlu nak cat 2 lapisan.
Mencucinya pun tak susah.
Lalukan air dan gosok sahaja dah tanggal cat daripada lengan.
Harganya memang agak mahal.
Tetapi berbaloi.
Budak2 yang tak pernah mengecat pun boleh buat.
Aku pernah beli cat yang murah jenama tempatan.
Harganya cuma sepertiga daripada cat ini.
Tapi penat kerjanya.
2-3 lapisan pun tak naik warnanya.
Lepas tu catnya meleleh2 dan comot.
Taubat aku tak beli lagi cat brand tempatan. 



Nota kaki:
Minggu depan ada mesyuarat PIBG.
Khabarnya jawatan YDP akan dipertandingkan.
Apa kata aku masuk calon?

Salam hujung minggu kawan2!



4 ulasan:

  1. tahniah cik Zoul.Saya percaya dgn kerjasama yg ibubapa tunjukkan ,anak anak akan lebih bersemangat lagi utk belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demi anak2.
      Ibubapa kena berkorban.
      Masa dan tenaga.

      Padam
  2. Suka baca nota ni...harap2 saya ada semangat seperti tuan demi anak2....👍👍👍..syabasss

    BalasPadam