Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mac 2015

Aku dan Riang Ria Bulan Madu 2015

Bila bersendirian tanpa anak2,
ini hobi aku.
Mengambil gambar disekelilingku.
Walaupun tanpa DSLR,
iPhone pun jadi.
Sekarang dah ada Camera360.
Boleh edit macam2.
Boleh ambil gambar2 HDR lagi.
Tak payah modal apa2.


Ini gambar jeti depan hotel.
Selat Melaka dah makin sempit.
Selat dah ditambak dengan pasir.
Sekejap lagi akan naik bangunan.


Waktu senja di Selat Melaka.


Waktu malam di Pahlawan Uptown.
Orang masih belum ramai masa ini.
Peniaga pun masih berkemas nak buka gerai.


Makan tengahari Buffet Lunch di E.sence Tingkat 2 hotel.
Sedap sataynya walaupun liat.


Makan tengahari di Restoran Kak Pah.
Lauk-pauk dah siap dalam pinggan.
Tinggal ambil sahaja.
RM 14.00 untuk semua lauk di atas.


Zaman makin moden.
Daun pisang dah susah nak cari.
Tapai dibungkus dengan kertas warna.


Sangkut dalam jem menuju Jambatan Muar.
Jalan 3 lorong jadi satu lorong bila naik jambatan.
Entah bila jambatan nak dilebarkan aku tak pasti.


Gambar tepi Sg Muar selepas hujan.
Sampah bertaburan.
Sungai berkeladak.
Mentaliti rakyat masih tak berubah.


Pinggan dan mangkuk pelbagai saiz dan warna di Claytan Parit Raja.
Ada banyak pilihan.
Ada diskaun 20 peratus untuk semua barangan.


Ada set pinggan Jepun.
Menarik.
Dan semuanya disahkan halal oleh Majlis Agama Johor.



Sekian.
Entri berantai tamat.
Semuanya kena keluar sekaligus.
Kena selesaikan sebelum 1 April.
Takut kena GST.



3 ulasan:

  1. Boleh kenakan GST tak kepada orang yang datang baca blog kita? hahaha

    BalasPadam
  2. Yg pinggan mangkuk tu saya berkenan, Doc

    BalasPadam
  3. Saya ke Muar tengah bulan 3 hari tu..sempat lai naik cruise Sg Muar tu dengan mak ayah saya...hihih
    Cuma tak sampai pula ke kawasan jeti tu..

    Selat Melaka tu, entahla..tambak..tambak dan ditambak..
    Macam tu jugak lah dgn Danga Bay tu...saya balik JB hari tu, dah entah rupa apa..
    Last last, mmg boleh bercantum dgn Spore

    BalasPadam