Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Mac 2015

Aku dan Semalam di Damansara

Pukul 3 petang.
Aku tiba di Damansara Petaling Jaya.
Perjalanan sangat lancar.
Cuaca pun sangat baik.
Sejak hari selasa langsung tak jumpa hujan.
Jerebu sahaja yang kelihatan sepanjang perjalanan.

Lama betul aku tak lepak kat area Damansara.
Ini pun last minute punya perancangan.
Aku pilih lokasi ini sebab mudah nak cari jalannya.
Malas nak fikir pasal jem jika masuk tengah bandaraya.
Kat sini pun dah banyak shopping mall.
Cukup untuk wife dan anak2 beristirahat.


Lepas check in kat hotel Royale Chulan,
Aku bawa wife ke IKEA.
Dah lama dia teringin nak ke mari.
Kali terakhir 10 tahun yang lalu.
Aku ingat sebab masa itu anak masih kecil.
Aku tinggalkan kat tempat jaga budak2 di pintu masuk.
Lepas tu lenguh kaki berjalan satu bangunan.


Kali ini anak2 ikut jalan sekali.
Tapi ini sememangnya bukan kawasan mereka.
Nasib baik ada banyak kerusi.
Tilam dan katil pun ada.
Boleh duduk2 dan baring2.
IKEA masih luas macam dulu.
Manusia pun masih ramai macam dulu.
Aku memang takda niat nak beli apa2.
Tapi alang2 dah sampai,
Benda2 kecik2 yang boleh masuk beg memang kenalah beli.
Nanti apa kata pak guard kat luar.
Jalan penat2 satu apa pun tak beli.


Pukul 8 malam.
Aku buat appointment dengan kawan2 lama aku.
Seorang daripada Selayang.
Seorang lagi daripada Ampang.
Tetapi ini kawasan mereka.
Jadi tak susah untuk mereka datang cari aku.
Kami lepak kat Kluang Station di Ikano sahaja.
Duduk sembang2 memang tak terasa masa berjalan.
Hal politik, hal GST, hal anak2, hal hobi terbaru.
Tahu2 pekerja Bangla dah datang kemas meja.
Dah pukul 10.00 malam rupanya.


Hotel Royal Chulan terletak bersebelahan dengan The Curve.
Ada macam2 aktiviti boleh dibuat di sini.
Tetapi duduk bilik dan tak buat apa2 adalah paling menyeronokkan.
Biliknya standard.
Lantai, tilam, pemandangan, bilik air semuanya standard.
Tetapi saluran tv menyakitkan hati.
Walaupun duduk dibandaraya,
saluran tvnya langsung tak terang.
Nasib baik WiFinya pantas.
Bolehlah ganti tengok YouTube tanpa gangguan siaran.


Bersambung.


1 ulasan:

  1. gitu rupanya anak2 bila besar
    mana2 pun tetap gadjet ye
    saya skang tgh train anak2 with no gadget dlm keta in certain area kalau travel
    saya paksa tgk luar hayati pemandangan dan tgk apa ada disekitar
    supaya bila dia bleh express apa dia nampak bila ditanya
    tapi kadang2 hulur gadjet gak
    sebab gadooooooooooooo je dlm keta
    pening kepala kita nak drive
    sampai sesat2 kadang2 tu bila derang gasak gado

    BalasPadam