Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Mac 2015

Aku dan Semalam Di Ipoh


Pukul 6.00 petang.
Aku tiba di Bandaraya Ipoh.
Ramai kawan yang aku bertanya.
Tiada apa2 yang menarik di Ipoh.
Tapi alang2 dan sampai.
Redah ajelah dan lihat apa yang ada.


Weil Hotel.
Letaknya bersebelahan dengan Ipoh Parade.
Dikelilingnya ada gereja, sekolah cina dan sekolah convent.
Kawasan bersejarah.
Tapi rasanya tak lama akan bertahan.
Hotel ni pun aku main redah sahaja.
Nampak masih baru daripada luar.
Receptionist kata hotel ini baru 3 bulan beroperasi.
Masih bau kedai lagi didalamnya.


Bilik aku berada ditingkat 11.
Pemandangannya menghadap jalan besar.
Biliknya dan koridornya berbau harum.
Macam aku beritahu tadi; bau kedai.
Lifnya pantas.
Sehingga balik.
Aku takda komen negatif pasal hotel ini.
Berbaloilah dengan harganya.


Waktu malam di Ipoh.
Lepas penat window shopping di Ipoh Parade,
Aku jalan2 kat bandar pulak.
Pusing2 cari tempat makan malam.
Foursquare tak boleh diharap.
Waze pun sama.
Lalu aku terjumpa kawasan ini.
Kawasan yang kelihatan meriah dan ramai orang sedang makan. 
Medan Selera Datuk Tahwil Azar.
Ada Yong Tau Fu.
Ada nasi goreng.
Ada satay.
Sedap.
Walaupun gerainya agak kotor,
Orang tetap ramai.
Dan bila orang ramai,
Itu tanda makanannya sedap.
Lepas makan malam aku bakar kalori kat Gerbang Malam.
Satu lorong yang dipenuhi dengan orang menjual barang2.
Macam Pasar Karat di JB suasananya.
Makin malam makin ramai orang.
Barangan yang dijual pun murah2.
Rugi kalau tak beli.


Pukul 11.30 malam.
Aku baru balik ke bilik.
Lena sungguh tidur kami anak beranak.
Aircondnya senyap.
Tilam dan bantalnya lembut.
Awal pagi bersarapan di Tiffin Cafe disebelah lobi hotel.
Pilihan makanan agak terhad.
Rasa makanan pun biasa2 sahaja.
Anak2 kata tak boleh lawan Le Meredian Kuala Lumpur.


Dihotel ini,
WiFi adalah pantas.
Tak kira dilobi ataupun di tingkat 11.
Satu password untuk semua kawasan.
Memang terbaik.
Senang betul nak upload gambar dalam blog.


Di atas bumbung hotel,
Ada Infinity Pool.
Ada set kerusi untuk bersantai.
Warna JDT lagi.
Pemandangan memang cantik.
Angin pun kuat.
Memang sangat sesuai untuk berehat dan melapangkan fikiran.
Tapi aku dah tak minat nak masuk kolam.
Anak2 pun sama.
Nak duduk lama2 pun gayat.


Pukul 12 tengahari.
Aku meninggalkan Ipoh.
Menuju Kuala Lumpur.
Ini bukan kali terakhir aku di sini.
Ada 5 tahun lagi.
Banyak masa lagi untuk menjelajah.
Kena google tempat2 mana nak pergi selepas ini.


Bersambung.


3 ulasan:

  1. Salam Doc,

    Blh try tempat makan kt sini

    http://daripapantulis.blogspot.com/2015/01/5-restoran-yang-paling-rare-di-ipoh.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Akan datang.
      Punya projek.

      Padam
  2. wah
    simple dan cantik hotel ni

    ipoh banyak tempat bleh jjcm
    best!

    BalasPadam