Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Mac 2015

Aku dan Semalam Di Seoul ( Garden )


Hari Jumaat.
Sebelum check out,
aku jalan2 sekitar The e-Curve dahulu.
Macam2 boleh ditengok.
Tengok orang.
Tengok pemandangan.
Tengok kedai.
Tengok barang2.
Tengok sahaja tapi.


Kedai2 di bandaraya memang cantik2.
Terutama restoran2nya.
Dekorasinya dah cukup untuk menarik pelanggan.
Itu belum lagi rasa masakannya.
Kebersihan memang sangat diutamakan.
Langsung tiada sampah kelihatan.
Landskap pun dijaga rapi.
Bilalah kampung aku nak jadi seperti ini?


Hari ini hari terakhir perjalananku.
Sebelum sampai ke rumah,
Ada satu lagi tempat kena singgah.
Dah beberapa kali nak pergi.
Tapi bangun pagi tadi baru dapat ilham nak ke mari.


Seoul Garden ada banyak cawangan diseluruh negara.
Kebanyakannya dah dapat status halal.
Kat JB ada didua lokasi.
KSL City Mall dan City Square.
Yang itu kemudian boleh cuba.
Tapi aku nak ke cawangannya yang ada di Mahkota Parade dahulu.


Aku pernah ke Restoran Meletop di Pulai Perdana.
Dan Seoul Garden adalah upgrade version kepada Meletop.
Sebelum datang ke sini,
Aku dan famili tak ambil breakfast yang berat.
Aku cadang nak sarapan, lunch dan dinner sekali di sini.
Masa aku sampai,
Pelanggan tengah ramai.
Semuanya orang Melayu.
Sebelum masuk kena bayar dulu dikaunter.
Makan dan minum ala buffet.
Makan harga pakej lain.
Minum pun harga pakej lain.
Kalau ambil pakej minuman tambah 4 ringgit seorang.
Pelayan akan beri gelas plastik dan straw.
Minumlah berapa gelas nak tambah takda siapa halang.
Ada air bergas 4 perisa, ada aiskrim juga ABC.
Kalau nak minum air panas daripada mesin,
kena tukar dahulu gelas kepada cawan dikaunter tanpa charge tambahan.


Bila dah bayar,
duduklah dimana2 meja yang kosong.
Atas setiap meja ada dapur elektrik.
Ada ruang untuk meletak sup,
ada juga ruang untuk menggril.
Apinya/suhunya boleh laras.
Dapur menggril pun bukannya aluminium seperti diMeletop.
Jadi makanan mudah dimasak secara sekata.
Kuah sup ada 4 pilihan.
Aku pilih Kimchi Soup yang pedas sedikit.
Yang lain aku tak ingat namanya.

Pilihan makanan memang unlimited.
Siapa suka steamboat,
Siapa suka mengril,
siapa suka sayur2an,
siapa suka daging,
siapa suka seafood bercangkerang,
siapa suka mee,
pilihan adalah ditangan anda.
Pilihan sos pencicahnya pun ada 7 jenis.
Ikut tekak dan selera masing2.
Nasi putih juga nasi goreng ada disediakan.
Filet ikan dan sosej goreng pun ada.


Aku duduk dan makan di sini hampir 2 jam.
Sarapan pagi,
makan tengahari,
makan malam,
semuanya sekaligus.
Alhamdulilah.
Memang terbaik restoran ini.
Tetapi tak boleh datang selalu.
Harga seorang menyamai dengan 2 kali ke restoran steamboat yang lain.
Lain kali kalau datang ke sini,
tak perlu ambil pakej air bergas.
Ambil air mineral sahaja dah cukup.
Jimat RM2.00++ seorang. 


Pukul 6 petang.
Aku bergerak balik ke Johor.
Perjalanan sepanjang jalan adalah lancar.
Cuaca pun baik.
Alhamdulilah.
Ada satu kemalangan maut di kawasan Sedenak menghala ke Utara.
Ada mayat terbaring ditengah jalan masa aku lalu.
Jadi jem teruk dijalan arah bertentangan.


Pukul 9.00 malam.
Aku selamat tiba di rumah.
Bila dah sampai didalam rumah baru aku perasan.
Anakku dah tinggal 2 orang.
Dah sunyi sedikit rumah aku.

Tamat.

5 ulasan:

  1. Lain kali sampai The Curve boleh cuba makan di Marche boss.. Setting cantik, makan sedap..
    http://misspenaunggu.blogspot.com/2014/08/marche-curve.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. Terima kasih.
      Kalau sesat di IKEA,
      saya cari tempat ini.

      Padam
  2. ayat2 akhir
    kalaulah org tak tau
    ingat anak tercicir tadi
    hahahahhaa

    saya byk baca dan tgk org pi sini
    lom ada kederat nak cuba
    mungkin akan cuba satu hari nanti
    sebab review tak de ckp tak best

    BalasPadam
  3. Saya dah bukan org KL, tapi saya tak menyesal. Seoul Garden memang best kan....tp depend pada.outlet mana juga, Doc.

    BalasPadam
  4. kalau nak save, mkn hari biasa lepas tu suh anak2 sarung baju sek... hehehehe

    BalasPadam