Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mac 2015

Aku di Mee Racun Batu Pahat


Hari Sabtu.
Pukul 4.30 petang.
Aku akhirnya tiba di Batu Pahat.
Dah berkali2 nak mencari tempat makan ini,
akhirnya sampai juga ke sini.
Sebenarnya ada beberapa tempat menjual Mee Racun di Batu Pahat.
Kalau ikut Waze dan Foursquare,
ini satu daripadanya.
Mee Racun Taman Sri Jaya.
Mee Racun Hussein.
Lokasinya agak terceruk.
Jauh daripada mercutanda Batu Pahat yang biasa.
Tapi kalau ada nampak Hospital Pantai Batu Pahat.
Kira dah dekat dah tu.
Kalau tv3 boleh sampai sini,
suratkhabar NST boleh sampai,
Berita Harian pun boleh sampai,
takkanlah kita tak boleh sampai kan?


Kalau daripada luar,
kedainya sangat biasa.
Tipikal kedai melayu.
Tiada papan tanda besar.
Cuma ada banner sahaja.
Depan kedai ada deretan rumah taman.
Sebelahnya ada surau.
Tapi jalan depan kedai memang sesak.
Penuh dengan kereta yang berhenti.
Jadi sekali pandang memang ingat dah sesat jalan dah.


Dalam kedai suasananya suram tetapi meriah.
Semua meja penuh dengan pelanggan.
Kat dapur riuh rendah.
Dikeliling kedai ada gerai2 menjual satay, cendawan goreng dan otak2.
Tapi aku tak nak yang lain2.
Aku order Mee Racun Special.
Special= ada tulang kambing dengan straw untuk sedut gearbox.
Wife pula order yang biasa sahaja.


Selepas 15 minit menunggu,
mee aku pun sampai.
Sekali tengok dah nampak kesedapannya.
Kuahnya likat,
'sampah'nya banyak.
Ada sedikit daging, ada kentang juga ada hirisan tauhu.
Meenya agak banyak.
Sepuluh minit kemudian,
segalanya selesai.
Berpeluh2 dahi sebab tiada kipas didalam kedai.
Tetapi jika dibanding Mee Rebus dan Mee Bandung,
Mee Racun paling aku suka.
Markah penuh 10/10.


Selepas sejam,
aku masih hidup lagi.
Tiada cirit-birit ataupun sesak nafas.
Rasa kambing masih lekat ditekak.
Mee Racun memang telah meracun jiwaku.
Nak kena ulang balik.
Nak try yang dekat Jln Sultanah pulak.



2 ulasan:

  1. Doctor yang meracun diri sendiri. Great news...hihihi

    BalasPadam
  2. OK!
    Noted!

    Next trip balik Johor saya kena buat!
    HAhaha

    BalasPadam