Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mac 2015

Aku di purPOSE Workshop 2015

Hujung minggu lepas aku terima jemputan ke bengkel ini.
Sambungan daripada workshop SHIELD tahun lepas.
Drug rep yang sama.
Syarikat ubat yang sama.
Cuma lokasi kali ini jauh sedikit.
Holiday Inn Melaka.
Semuanya ditanggung.
Jadi apa lagi?
Ke Melakalah kita.


Kalau sebelum ini,
Bengkel diadakan separuh hari.
Kali ini ianya satu hari penuh.
Hari Sabtu.
9 pagi hingga 5 petang.
Ada 8 topik kesemuanya.
Topik yang simple.
Tapi penceramahnya hebat2.


Sessi pagi ada 4 topik.
Cerita pasal Kolesterol.
Cerita pasal darah tinggi.
Cerita pasal tekanan jiwa.
Dan paling hangat,
Cerita pasal Erectile dysfunction.
Banyak juga ilmu2 baru aku terima.
Bolehlah aku guna untuk merawat pesakit2 aku.


Bengkel ini anjuran Pfizer Melaka.
Dan untuk meramaikan kourum,
Doktor2 daripada Johor dijemput sama.
Tetapi kedatangan tak seramai mana.
Anggaran 40-50 doktor sahaja.
Itupun masih banyak lagi kerusi yang kosong.
Doktor daripada Johor pun tak ramai.
Hanya ada 5-6 orang yang aku kenal dan selalu jumpa.
Yang lain2 doktor2 tempatan yang aku tak kenal.

Sessi petang ada 5 lagi topik.
Sakit kelamin.
Dua ceramah berkenaan sakit pinggang.
Sakit saraf akibat kencing manis.
Pil perancang untuk ibu yang menyusukan anak.
Bagus juga topiknya tetapi semuanya aku 'tuang'.

Walaupun bengkel berakhir jam 5 petang,
Aku tak dapat nak extend waktu check out daripada bilik hotel.
Pukul 1 tengahari mesti keluar.
Weekend kata mereka.
Bilik ada guest lain nak masuk.
Jadi lepas lunch,
Aku checked out.
Aku bukan setakat keluar bilik,
Aku terus keluar hotel.
Aku terpaksa 'tuang' sessi petang.
Kasihan wife takda tempat nak melepak.
Lagipun aku ada agenda lain.


Aku dah dapat semua yang aku hendak.
Bilik yang selesa.
Makan yang sedap.
Sedikit ilmu untuk dibawa balik.
Juga macam2 cenderamata daripada penganjur.
Cukuplah.
Harap2 tahun depan mereka tak serik nak menjemput aku.
Harap2 tahun depan dibuat lebih jauh.
Penang ke.
Langkawi ke.
Boleh aku berbulan madu lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan