Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Mac 2015

Aku ke Meletop Steamboat & Grill


Ramai kawan dan saudara-mara yang rekomen tempat ini kat aku.
Makan steamboat ala buffet.
Bayar RM19.90 seorang.
Dan makan sampai perut meletup.
Aku dah recce tempat ini kat FB.
Memang banyak beri komen2 positif.
Kena pergi cuba ni.
Kali pertama aku pergi ialah malam minggu yang lalu.
Aku tak dapat tempat duduk.
Fully occupied.
Jadi aku try kali kedua semalam.
Sempena meraikan kejayaan anakku dalam SPM nya.


Lokasinya di Taman Sri Pulai 2.
Kira2 setengah jam perjalanan daripada rumahku.
Sebelum pergi aku telefon dulu.
Booking meja.
Jadi bila aku sampai,
Meja aku dah sedia.
Lokasinya ditepi jalan besar menuju Pontian.
Banyak ruang parking ditepi jalan.
Jangan risau.
Tiada siapa nak saman.
Walaupun aku datang bukan pada hujung minggu,
Orang tetap juga ramai.
Hampir semua meja ada yang punya.
Jadi lain kali mesti booking dulu.
Khabarnya guna SMS pun boleh.


Kebanyakan meja diletak diluar kedai.
Ada 4 baris semuanya.
Ada juga kemudahan makan diruang tingkat atas kedai.
Siap ada aircond lagi.
Tetapi yang itu untuk event tertutup.
Belum fully functional kata pakcik kat kaunter.


Setiap meja ada dapur.
Ada mangkuk untuk memanaskan kuah.
Ada juga ruang beraluminium untuk menggril.
Kuah boleh pilih.
Kuah tomyam atau sup.
Bila dapur dah dipasang,
Bolehlah mula memilih bahan2 untuk dimasak.


Dikatakan ada lebih 100 bahan untuk dipilih.
Makanan laut dan bercengkerang.
Daging lembu, ayam juga kambing yang siap diperap pun ada.
Ada aneka sayuran.
Ada aneka tauhu untuk Yong Tau Fu.
Ada aneka mee dan nasi.
Ada aneka sos pencicah.
Ada juga nasi briyani disediakan.
Untuk kanak2,
Aiskrim boleh diambil sendiri.
ABC juga boleh buat sendiri.
Jus dan air panas pun ada.
Pendek kata pilihan memang pelbagai.


Ini bukan kali pertama aku makan steamboat.
Kat Johnny's dah banyak kali.
Kat rumah pun dah banyak kali.
Jadi tak kekok sangat.
Pekerja kedai hanya sediakan dapur dan kuah.
Yang lain2 kena buat sendiri.
Jadi kena ulang-alik banyak kali ke dalam kedai.
Cari dan pilih pinggan.
Cari dan pilih senduk dan penyepit.
Cari tisu.
Jangan risau.
Walaupun orang ramai,
Tak perlu berebut2.
Bahan2 makanan sentiasa ditambah.
Ligat aje pekerja2nya keluar masuk dapur.


Selepas sejam berulang-alik keluar masuk kedai.
Pinggan pun dah penuh meja,
Perut pun dah nak meletop,
Barulah kami balik.
Masing2 kekenyangan.
Alhamdulilah.


+
Layanan staf yang rajin dan peramah.
Kita minta apa semua dilayan.
Tak nampak yang merungut bila disuruh itu ini.
Walaupun staf kurang masa aku datang,
Mereka masih memberi perkhidmatan sebaik mungkin.

+
Pilihan makanan yang pelbagai.
Rambang mata nak memilih.
Dan cukup kenyang bila balik.

+
Suasana yang cukup meriah.
Terasa macam ke majlis kenduri kahwin.
Sana-sini penuh dengan manusia.

-
Tempat pembakar yang kurang cun.
Membakar diatas aluminium foil adalah kurang nikmat banding atas kuali tembaga.
Mangkuk untuk masak/rebus agak kecil.
Api juga sukar dilaras dan angin agak kuat.
Jadi pembakaran kurang sekata.

-
Nasi goreng juga makanan yang dihidang sudah sejuk dan kering kerana lama terdedah.

Kat area Kulaijaya dah ada dua restoran makanan steamboat.
Dua-dua aku belum try.
Juga ada yang kata.
Kalau nak steamboat yang sedap,
Cuba di Seoul Garden.
Ada banyak outlet seluruh Malaysia.
Semuanya aku nak cuba.
Jalan jalan cari makan akan bersambung.


11 ulasan:

  1. Lebih kurang aje doc stylenya dgn yg di Kulaijaya deret Secret Recipe susur ke IOI tu.
    Cuma di Bandar Putra tu RM17/- juga makan sampai meletop.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada satu lagi dibelakang Aeon Kulaijaya.
      Putrasmoke.
      Itu pun kena try jugak.

      Padam
  2. Buat ABC sendiri yang best tu. Boleh tambah macam-macam

    BalasPadam
  3. Salam doc.. sy pernah menulis tentang Steamboat Meletop ni.. sampai ada yg call sy nak booking.. hahaha. Makan di sini mmg berbaloi.. cuma orang terlalu ramai dan sy agak fobia dengan ciri2 dapur yg digunakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah baca entri tu.
      Terima kasih sharing.

      Padam
  4. Johnys dgn Seoul Garden.dh.pakai dapur letrik. Nyaman lagi....tapi Seoul Garden menunya x sebanyak ini

    BalasPadam
  5. Kat Maep Serdang ada Steamboat, dapur lagi besar, bahan lagi byk drp ni. Cuma tak de grill jer. Makanan yg lain2 memei sedap, harga RM19.90 gak.

    BalasPadam
  6. dah dekat dgn rumah parents saya di Taman U ni..
    balik johor nanti, Insya Allah nak try...

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas review +ve anda. Kami amat menghargainya. Next time ade rezeki lagi boleh bawak ramai2 serbu MELETOP lagi...
    Update: Kini ruang makan tertutup ( beraircond & dapur elektrik ) dibuka!!! Jom MELETOP !!!

    BalasPadam
  8. Saya orang kulai memang ada 2 steamboat di buka tapi saya rekomen Malay Steamboat kauh sup yg sedap dan service dan layanan alhamdulilah ok... pilihan nak kata banyak boleh di katakan ok saje... tapi saya memang tak rekomen langsung yang di Indahpura namanya Putra Smoke kerana layanan staf dan tauke kedai yang sangat sombong dan kurang ajar di mana insiden dia telah berikan kerusi yang rosak sehingga kan akak ipar saya jatuh hampir tersiram sup panas dan dan dapur.. masa kejadian berlaku semua orang ketawakan termasuk staff dan t auke kedai... tak ada datang ketempat kami dan mohon maaf malah dia masih ketawa kan... bagi saya ini bukan perkara lucu... saya dah 2x g kedai tu memang saya tak rekomen walaupun orang ramai... kata pemilik kedai kalau saya tak datang ramai lagi nak datang jadi dia tak heran.. so kat situ kita boleh menilai macam mana dia berniaga.... sekian

    BalasPadam
  9. Saya orang kulai memang ada 2 steamboat di buka tapi saya rekomen Malay Steamboat kauh sup yg sedap dan service dan layanan alhamdulilah ok... pilihan nak kata banyak boleh di katakan ok saje... tapi saya memang tak rekomen langsung yang di Indahpura namanya Putra Smoke kerana layanan staf dan tauke kedai yang sangat sombong dan kurang ajar di mana insiden dia telah berikan kerusi yang rosak sehingga kan akak ipar saya jatuh hampir tersiram sup panas dan dan dapur.. masa kejadian berlaku semua orang ketawakan termasuk staff dan t auke kedai... tak ada datang ketempat kami dan mohon maaf malah dia masih ketawa kan... bagi saya ini bukan perkara lucu... saya dah 2x g kedai tu memang saya tak rekomen walaupun orang ramai... kata pemilik kedai kalau saya tak datang ramai lagi nak datang jadi dia tak heran.. so kat situ kita boleh menilai macam mana dia berniaga.... sekian

    BalasPadam