Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Aku dan Wordless Wednesday

Aku Pun Boleh Kena Darah Tinggi

Ikut pepatah orang dulu-dulu, Kena ikut dan dengar nasihat orang tua-tua.
Kerana orang tua lebih dulu makan garam.
Kerana orang tua lebih banyak makan garam.
Tetapi pepatah ini nampaknya dah tak boleh pakai.
Dah tak lagi relevan dari segi kesihatan.
Jangan makan garam banyak-banyak.
Nanti cepat kena darah tinggi.
Lagipun.
Zaman sekarang.
Orang muda-muda pun dah ramai yang kena darah tinggi.
Umur baru masuk 30 tahun.
Tekanan darahnya dah macam umur 60 tahun.

Ikut buku teks CLINICAL MEDICINE Kumar&Clark masa aku belajar dahulu.
Tekanan darah tinggi ada 2 jenis.
Primary dan secondary.
90% tekanan darah tinggi adalah jenis primary.
Iaitu susah nak cari sebab khusus.
Faktor genetik keturunan dikatakan jadi sebab.
Kalau emak bapak dan adik-beradik semua ada darah tinggi,
memang mudahlah nak kena darah tinggi.
Faktor2 persekitaran juga dikatakan jadi sebab.
Stress dan tekanan perasaan.
Stress dengan kehidupan.
Stress dengan bebanan kerja.
Stress dengan karenah anak-anak.
Stress dengan pe…

Aku Stress Tahap Gaban

Aku stress.
Dengan ragam pesakit yang pelbagai.
Dengan simptom yang pelik-pelik.
Dengan diagnosis yang tak wujud.
Dengan permintaan yang bukan-bukan.
Dengan kebodohan tahap melampau.

Aku stress.
Dengan warga asing yang langsung tak tahu berbahasa melayu.
Apatahlagi berbahasa inggeris.
Jumpa doktor berharap doktor jadi bomoh.
Tak perlu tanya dan periksa apa2.
Boleh scan satu badan dan harap jumpa penyakitnya.

Aku stress.
Dengan warga asing yang sakit secara berjemaah.
Seorang betul2 sakit,
5-6 orang pun ikut sakit juga.
Bila seorang demam yang lain2 datang menempel.
Seorang sekadar sakit tekak.
Seorang 'body no power'.
Seorang kurap di celah kaki.
Seorang baru batuk 2-3 kali.
Seorang lagi kata " gastric pain ".
Semuanya beratur nak jumpa doktor.
Maklumlah nak ubat percuma.

Aku stress.
Dengan warga tempatan yang kononnya kawan.
Pagi2 dah berderet depan klinik.
Meminta belas ihsan kawan.
Minta pengecualian untuk masuk kilang.
Sakit badan dan sakit belakang.

Aku stress.

Aku dan Wordless Wednesday

Sumber: FB

Aku dan Datuk Ahmad Maslan

Sebagai orang Johor, Aku malu dengan datuk seorang ni. Sebagai orang Jawa, Aku malu dengan datuk seorang ni. Sebagai bekas pelajar Sek Men Sains Johor, Aku juga malu dengan datuk seorang ni. Sebagai orang Malaysia, Aku malu punya menteri sepertinya. Nasib baik bukan aku yang memangkah kertas undinya.

Dulu teruk Hasan Malek kena troll. Sekarang giliran dia pulak. Kementerian Maharaja Lawak Mega dah ada menteri baru. Macam2 cerita lawak keluar setiap hari. Suratkhabar, tv dan semestinya internet. Ibarat pesta lawak hari2.


Setiap hari ada sahaja isu sensasi ditimbulkannya. Setiap kali dia buka mulut, ada sahaja yang tak kena. Aku cuba bersangka baik. Yang dah lepas dahlah. Tetapi disebabkan GST ni dia yang jaga, makin pening rakyat dibuatnya.

GST memang bagus untuk kesejahteraan rakyat. Tetapi masanya tak kena. Perlaksanaannya juga banyak yang tak kena. Langsung tak selaras. Pemborong, penjual, pembeli, penguatkuasa, semuanya keliru. Dan dia sebagai menteri yang paling bertanggungjawab, …

Aku dan Wordless Sunday

sumber: FB


Nota kaki:
Susahnya menjadi pemimpin.
Nak pakai jam mahal2 pun rakyat perhati.



Aku ke Johor MATTA FAIR 2015

Balik daripada Pasar Tani Larkin aku singgah di sini sekejap. Dah beberapa kali nak pergi, tetapi asyik silap tarikh sahaja. Kali ini confirmed tak silap tarikh lagi. Lokasinya tetap sama. Danga City Mall. Danga City Mall yang lengang. Aku pun tak faham kenapa tempat ini susah betul nak naik. Padahal serba-serbinya lengkap. Lokasi dah cantik. Parking senang. Tetapi entahlah. Kedai yang dibuka boleh dibilang dengan jari. Kedai yang tinggal kosong pula tak cukup jari nak membilang.

Nak masuk ke tempat pameran, kena beli tiket. Kena bayar 3 ringgit seorang. Nanti dapat gelang macam masuk kat theme park. Kalau rajin mengisi borang, Kalau rasa diri bertuah, masuklah cabutan bertuah. Hadiah utama sebuah kereta Proton Saga BLM. Masuk sahaja, aku terus disambut oleh ramai jurujual/promoter. Tak menang tangan nak pegang pamplet yang dihulur. Tak menang mulut nak bertanya soalan. Lalu sahaja 3-4 orang datang berkerumun. Masing2 cuba mempromosi booth masing2.

Rasanya banyak betul syarikat yang

Aku ke Pasar Tani Mega Larkin

Pagi Sabtu yang senggang. Aku tergerak nak bawa wife jalan2. Pasar Pagi di Kota Tinggi dah pergi. Pasar Pagi di Pekan Nanas dah pergi. Pasar Tani Temenggung kat Kulai pun dah pergi. Jadi kali ini ke lokasi lain. Ada kawan kata yang ni memang mega. Ramai orang yang berjualan. Seawal 6.30 pagi katanya.

Tempat2 sebegini memang kesukaan wife. Tak payah bawa duit banyak2. Santai memilih. Senang tawar-menawar. Harga barang memang murah. Takda risau pasal GST. Sebab yang berniaga kebanyakannya peniaga2 kecil. Sebangsa dan seagama. Kalau bukan kita yang membantu mereka, Nak harap siapa lagi?

Pukul 8:30 pagi aku dah sampai. Lokasinya sebelah Stadium Larkin. Tempat parking Stadium Larkin untuk lebih tepat. Dan bila dah ramai yang berniaga, Melimpah peniaganya hingga tepi jalan. Nak parking kereta pun tak susah. Letak sahaja ditepi2 jalan. Tiada polis yang kacau. Tetapi janganlah sampai double parking. Kesian kereta lain nak lalu-lalang.

Ada 4 lorong gerai untuk dijelajahi. 5 baris gerai menjual p…