Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 April 2015

Aku dan 31.3.2015


"Dah lama memendam rasa
Kecewa dan hampir putus asa
Kadang2 boleh jadi gila
Mengenang karenah si dia

Mungkin lahirnya tidak sengaja
Yang kedua belum besar mana
Namun dihati penuh rela
Kurniaan Ilahi tetap diterima"


"Lahirnya paling sukar dan sengsara
Masuk ubat untuk dipaksa
Kepala tak pusing kata mak bidannya
Macam2 cara terpaksa diusaha

Kelahirannya sudah diduga
Anak lelaki pelengkap keluarga
Dah janji cukuplah tiga
Besarkan semuanya jadi orang berguna"


"Yang ketiga ini cukup berbeza
Entah gen sapa yang diikutnya
Ayah dan ibu takda sepertinya
Sungguh berlainan mungkin ikut atuk2nya

Masa kecilnya sangat dimanja
Mungkin salahku ikutkan sahaja
Kehendaknya dan mengada2nya
Menjadi seperti Sazali aku tak rela"


"Masa tadika dia dah mula
Hari2 pasti ada alasannya
Nak itu nak ini aku dipaksa
Kalau tidak sekolahnya entah kemana

Almari klinik penuh dengan mainannya
Kerana setiap minggu pasti itu permintaannya
Kalau dijaga tidak mengapa
Langsung tak endah selepas diguna

Dulu perangainya sangat mulia
Pelajaran bagus mengikut kata
Tapi kini lain cerita
Sudah pandai bermuka-muka"


"Kerja sekolah ikut suka
Cakap cikgu tak lekat dikepala
Suka bermain dan berkata2
Dimarah ada aje alasannya

Suka berkawan dan bergembira
Menjadi ketua walau dimana
Satu sekolah sudah mengenalinya
Naik ke pentas masuk semua acara

Kalau bermain cukup usahanya
Bolasepak itu kegemarannya
Tapi belajar lain cerita
Buku dan alat tulis entah kemana"


"Kalau dimarah ada aje jawabnya
Disuruh sembahyang sering lupa
Kalau mengaji senyap sahaja
Hafal sifir tiada kesudahannya

Aku sibuk dengan kerja
Juga terlalu percaya dengan dia
Mungkin betul kata emaknya
Aku terlalu memanjakannya

Aku kecewa dan salah sangka
Anak ini terlalu dimanja
Aku turut segala kehendaknya
Tapi ini pula balasannya"


"Ya Allah tolonglah hamba
Mendidik anak ini menjadi manusia
Yang patuh pada agama
Dan menjadi insan berguna

Sukarnya menjadi bapa
Bukan setakat membesarkan sahaja
Perlu ditengok sepanjang masa
Gelagat dan kelakuannya "

Tapi ini cerita lama
Cerita baru dah lain pula
Budak ini dah makin berbeza
Dari segi mental dan fizikalnya

Aku kini lebih memahaminya
Anak ini memang cukup berbeza
Buat sesuatu ikut suka dia
Tapi berhasil macam orang lain juga

Salam harilahir buat sahabat ayahanda
Anak bungsu kesayangan keluarga
Belajarlah rajin2 supaya jadi manusia berguna
Akhirat juga jangan dilupa




4 ulasan:

  1. Happy Belated Birthday adik... Doc, Insya Allah, dia pasti ada plan sendiri. Have faith, he will excel in his own way. Saya pasti dia berazam untuk membuatkan ibubapanya bangga dengan dia.

    BalasPadam
  2. Sanah helwah
    Barakallah fikum
    Selamat Hari Lahir Adik
    Semoga Umur meningkat membawa Rahmat
    Rezeki berganda membawa Berkat
    Iman naik semakin Kuat
    Bertambah juga Amal Ibadat
    Supaya Insya Allah Selamat Dunia Akhirat
    Kasih-sayang sekeluarga bertambah Erat
    Luar Dalam bertambah Sihat
    Tenaga belajar & berjasa semakin Hebat!
    Amin Ya Rabbal Alamin!
    :)

    BalasPadam