Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 April 2015

Aku dan Datuk Ahmad Maslan


Sebagai orang Johor,
Aku malu dengan datuk seorang ni.
Sebagai orang Jawa,
Aku malu dengan datuk seorang ni.
Sebagai bekas pelajar Sek Men Sains Johor,
Aku juga malu dengan datuk seorang ni.
Sebagai orang Malaysia,
Aku malu punya menteri sepertinya.
Nasib baik bukan aku yang memangkah kertas undinya.


Dulu teruk Hasan Malek kena troll.
Sekarang giliran dia pulak.
Kementerian Maharaja Lawak Mega dah ada menteri baru.
Macam2 cerita lawak keluar setiap hari.
Suratkhabar, tv dan semestinya internet.
Ibarat pesta lawak hari2.



Setiap hari ada sahaja isu sensasi ditimbulkannya.
Setiap kali dia buka mulut,
ada sahaja yang tak kena.
Aku cuba bersangka baik.
Yang dah lepas dahlah.
Tetapi disebabkan GST ni dia yang jaga,
makin pening rakyat dibuatnya.


GST memang bagus untuk kesejahteraan rakyat.
Tetapi masanya tak kena.
Perlaksanaannya juga banyak yang tak kena.
Langsung tak selaras.
Pemborong, penjual, pembeli, penguatkuasa,
semuanya keliru.
Dan dia sebagai menteri yang paling bertanggungjawab,
dia pulak yang paling keliru.
Satu soalan kepadanya,
kalau 10 orang yang bertanya,
10 jawapan yang saling bercanggah keluar daripada kepala otaknya.
Itu belum jawapan daripada kementerian yang lain.


Rakyat sememangnya tengah marah.
Semua orang tengah marah.
Harga barang tiada yang turun seperti dijanjikannya.
Kereta memang ada turun harga.
Tapi tak semua.
Itupun ada yang cuma seringgit 60 sen sahaja.
Bukannya ribu2 seperti diharapkan.
Barang yang lain2?
Rakyat pastinya tak nak tahu pasal SST 10% ataupun GST 6%.
Rakyat cuma nak tahu bila barang akan turun harga?


Ketika rakyat diperah dengan GST,
pak pak menteri nampaknya langsung tidak prihatin.
Mereka masih menunjuk2 kemewahan mereka.
Mereka kelihatan banyak membazir.
Majlis kahwin contohnya.
Dan paling sadis.
Masing2 dapat kenaikan gaji secara mendadak.
Konon dah lama tak naik.
Habis rakyat jelata macamana?
Takkan nak tengok dan telan air liur sahaja?


Belum habis isu GST,
belum habis isu 1MDB.
KWSP dah berkira2 nak buat undang2 baru.
Duit KWSP hanya boleh dikeluarkan ketika usia 60 tahun.
Bukannya 55 tahun seperti sekarang.
Alasannya?
Duit yang dikeluarkan habis dibelanjakan dalam masa 3-5 tahun.
Dah namanya duit.
Memanglah nak dibelanjakan.
Lagipun duit itu bukannya duit kerajaan pun.
Kerajaan hanya tolong simpan sahaja.
Jadi sukahatilah nak buat apa dengan duit itu.
Nak melancong.
Nak buat rumah banglo.
Nak naik haji.
Nak beli motor besar.
Nak kahwin lagi.
Lantak dialah.
Satu lagi.
Kebanyakan pencarum KWSP adalah pekerja swasta.
Pekerja kerajaan semuanya makan duit pencen.
Hanya minoriti pekerja swasta akan bekerja hingga umur 60 tahun.
Majoriti masih akan pencen pada umur 55 tahun.
Jadi dimana rasionalisasinya?


Rakyat sebenarnya dah sangat marah.
Dah tiada tempat nak meluahkan perasaan.
Suratkhabar dikawal kerajaan.
Tv dikawal kerajaan.
Jalanraya juga dikawal kerajaan.
Jadi diFB dan Whatsapp tempat mereka melepaskan geram.
Macam2 ayat keluar.
Macam2 maki hamun keluar.
Macam2 gambar keluar.
Dan Datuk Ahamd Maslan adalah salah seorang mangsanya.
Pantang dia cakap silap sikit.
Habis satu dunia mentertawakannya.


Bilalah keadaan ini akan berubah?
Entahlah.
Tukar perdana menteri pun takda bezanya.
Pilihanraya umum pun belum menjanjikan apa2.
Ketika kerajaan goyah,
pembangkang pun turut goyah.
Masing2 bercakaran antara satu sama lain.
Sebagaimana isu GST menggoyang kerajaan,
isu hudud juga menggoyang pembangkang.
Dah lebih 25 tahun PAS memperjuangkannya,
tetapi sampai sekarang sekutunya masih tak memahaminya.
Hudud masih kelihatan undang2 zalim.
Hudud masih hanya sekitar potong tangan jika mencuri.
Bila bukan islam hanya faham itu sahaja,
bagaimana mereka nak bersetuju dengan hudud?


Aku ada satu cadangan.
Aku nak cadangkan kepada kerajaan.
Bekalkan Coklat Minda ke semua kementerian kerajaan.
Terutamanya pak pak menteri dan ketua2nya.
Mereka diwajibkan makan coklat minda setiap hari.
Supaya masing2 dapat mengeluarkan idea2 lebih bernas.
Kepada dealer Coklat Minda.
Sila PM saya.
Otak saya pun dah berkarat dah ni.



Semoga Malaysia jadi lebih aman.

10 ulasan:

  1. Boleh kata hampir 90%yg keluar dari mulut dia, samada menyakitkan hati, ataupun menipu.
    So, tak kan nak salahkan rakyat yg gunakan medium media sosial utk luahkan kemaharan, kekecewaan?
    Apabila bekas PM sendiri bersuara pun di tekan, bayangkan kita yg marhein?

    BalasPadam
  2. perasaan saya makin tertekan dengan kehidupan yang kian menekan

    BalasPadam
  3. Sakit jiwa dengo alasan2 dan ulasan2 cerdik dia tu. Adoiii...

    BalasPadam
  4. sian anak bini dia dapat ketua keluarga camni

    BalasPadam
  5. hahaha...glemer Maslan lately nih...

    BalasPadam
  6. Doc tu belum PA die cacaikan saya lagi.... boleh pi baca blog sy.....
    beria mempertahankan boss ... kah kah kah

    BalasPadam
  7. Nasib baik dia bukan Jawa.
    Dia orang Banjar.

    BalasPadam
  8. very good analysis
    should be read by all malaysians
    thanks

    BalasPadam