Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 April 2015

Aku dan Hari Sengugut Sedunia


Sengugut.
Sakit perut disebabkan datang bulan.
Bukan sakit biasa2.
Sakit yang amat sangat dibahagian bawah perut.
Berpunca daripada penghasilan hormon prostaglandin.
Oleh tisu-tisu daripada darah period.
Menyebabkan pengecutan otot rahim.
Dan menghasilkan sakit perut.
Apa yang aku faham selama ini.
Sengugut hanya untuk anak dara.
Sengugut hanya untuk perempuan yang belum berkahwin.
Sengugut hanya untuk perempuan yang tak pernah mengandung.
Sengugut jarang datang pada usia lebih 40 tahun.
Sengugut jarang datang pada perempuan yang punya anak berderet2.
Sengugut tidak datang sekali seumur hidup.
Sengugut juga bukan sengugut jika tidak datang bulan.

Aku ada wife.
Aku juga ada anak dara.
Mereka pernah kena sakit sengugut.
Tetapi tidak sampai kena jumpa doktor.
Tidak sampai perlukan MC setiap bulan.
Kadang2 cukup rehat dan tidur dah hilang sakitnya.
Tidak perlu makan ubat penahan sakit.
Tidak perlu suntikan.
Dan paling utama tak perlukan MC.

Ada sengugut sekondari.
Sengugut disebabkan penyakit pada sistem peranakan.
Endometriosis namanya.
Berlaku pendarahan luar rahim ketika datang bulan.
Menyebabkan sakit perut yang amat sangat.
Sakit yang ini memang perlukan rawatan.
Ubatan penahan sakit.
Ubatan hormon menghalang kedatangan period.
Suntikan penahan sakit jika perlu.
Biasanya penghidap penyakit ini memang serba tak kena bila datang period.
Datang klinik pun memang sah nampak sakitnya.
Muka pucat,
Pakaian berserabut,
Tudung pun ala kadar sahaja.
Make up, gincu dan bedak jauh sekalilah.
Ini memang sah sengugut.
Ini memang layak dapat MC.

Aku ada dua pesakit sebegini.
Merekalah benchmark untuk pesakit sengugut boleh dapat MC.
Kalau riak muka tak sampai tahap mereka,
memang sah kena halau balik dengan aku.
Seorang wanita lewat 30-an.
Punya seorang anak berusia 12 tahun.
Selepas melahirkan anak pertama,
periodnya jadi tak betul.
Datang tak tentu masa.
Datang sangat banyak.
Macam air mengalir katanya.
Dan sakitnya hanya Allah yang tahu.
Orang biasa punya paras Hemoglobin mesti lebih 11.0.
Tetapi dia tak pernah lebih 5.0.
Masuk darah dah selalu.
Masuk wad dah selalu.
Pengsan kat tempat kerja dah selalu.
Makan ubat naik jemu.
Doktor pernah operate dia beberapa kali tetapi uterusnya sangat normal.
Doktor kata nak buang pun sayang.
Seorang lagi wanita pertengahan 30-an.
Kahwin dah lebih 10 tahun tetapi tiada anak.
Dai memang ada penyakit Endometriosis.
Beberapa kali operate tetapi belum nampak hasilnya.
Sengugutnya memang teruk.
Guling2 sakitnya.

Semalam adalah Hari Sengugut Sedunia.
Hampir 10 pesakit datang klinik atas sakit yang sama.
Bosan.
Sakit adalah satu benda yang tak nampak.
Sakit tidak boleh diukur.
Sakit adalah satu benda subjektif.
Sakit sengugut juga susah nak cari buktinya.
Check perut pun tak jumpa apa2.
Kalau diklinik kerajaan,
ada doktor buat urine test nak tengok betul ke period.
Nak sadis lagi suruh tunjuk pad yang dipakai.
Dan aku belum cukup sadis nak tengok semua itu.

Sengugut.
Pada aku memang tak layak dapat MC.
Nak beri surat akuan pun tak layak.
Sengugut sepatutnya boleh dicegah.
Dah tahu nak period carilah ubat dahulu.
Sengugut bukannya datang sekali seumur hidup.
Tetapi aku hairan jugak.
Kata sakit sengugut,
pagi2 tak boleh nak bangun.
Rasa pening nak muntah.
Badan semua sakit2.
Tetapi datang klinik siap boleh berdandan.
Boleh lagi pakai seluar ketat2.
Boleh lagi cari tudung nak match dengan warna baju.
Itu yang aku hairan tu.
Lagipun,
dah tua bangka pun sengugut jugak?
Seumur hidup tak pernah sengugut umur dah masuk 40 tahun baru nak sengugut?
Period dah 3 hari baru nak sengugut?
Bagaimana boleh sengugut kalau darah period masih macam biasa?
Bagaimana boleh sengugut kalau timingnya betul?
Aku tak kata pesakit aku tipu aku,
tetapi aku rasa macam orang bodoh.
Aku rasa diperbodohkan.
Belajar susah2 7 tahun dan pengalaman 20 tahun jadi doktor,
ada pesakit berani nak bodohkan.

Sebagai doktor.
Sengugut susah nak buat duit.
Sengugut tak boleh nak untung banyak.
Sebab tak banyak ubat boleh beri.
Sama ada Panadol ataupun Ponstan.
Nak lebih kuat beri Synflex.
Takda pasal nak beri hormon atau pil perancang.
Takda pasal nak beri vitamin Primerose.
Jadi aku tak suka orang sengugut datang klinik.
Takda banyak soalan nak tanya.
Takda apa nak periksa.
Takda ubat pelik2 nak beri.

Dan Hari Sengugut Sedunia semalam berakhir jam 8 malam.
Seorang wanita berusia 30 tahun.
Belum berkahwin.
Datang senyum simpul ke klinik.
Katanya dah 3 bulan asyik sengugut sahaja.
Katanya dah 2 kali buat scan kat klinik lain,
doktor dah cakap takda apa2.
Tetapi ada kawannya beri cadangan.
Memandangkan company ada beri medical card,
kenapa tak minta doktor panel rujuk ke doktor pakar.
Manalah tahu ada penyakit berbahaya.
Manalah tahu ada kanser atau ketumbuhan.
Manalah tahu ada Alien sedang membesar dalam perut.
Manalah tahu kan.
Aku rasa nak hantuk kepala aku kat dinding sahaja.
Sakit kepala dah datang.
Sengugut aku pun dah nak datang.
Semacam aje rasa perut aku.

Kepada perempuan diluar sana.
Redhalah.
Terimalah hakikat bahawa anda semua perempuan.
Sengugut bukan penyakit.
Itu tandanya anda masih sihat.
Itu tandanya anda masih belum menopaus.
Dan tolonglah.
Jangan jadikan sengugut sebagai alasan paling mudah untuk dapatkan MC.

Aku tabik hormat kat wife.
Waktu datang period dia jadi lebih aktif.
Buat kerja lebih banyak daripada biasa.
Sebabnya.
Dia tak perlu bersembahyang.
Dia juga tak perlu melayan suaminya.

Selamat Hari Sengugut Sedunia!


 

15 ulasan:

  1. Yan kalau sengugut makan panadol merah je..alhamdulilah ok :-))

    BalasPadam
  2. teringat pulak masa tinggal di asrama...ramai student yang buat alasan 'senggugut' utk pontek prep...hiks. Tp betul ada yg mmg kena teruk...tulah nak detect susah:-)

    BalasPadam
  3. mmg alasan mudah nak MC bg pompuan2 cam sy ni..hihi..pernah jugak buat perkara hina camni..
    tp sy pernah kena senggugut teruk masa sekolah dulu.. memang sakit smapai guling2..muntah2..cam nak pengsan.. sekali tu jek la.. pastu sakit2 biasa je...

    BalasPadam
  4. saya senggugut makin teruk walau dah beranak 3
    kadang2 makan ubat, kadang2 wat derk je
    kadang2 tuam je le perut tu pakai kain panas etc
    kalau teruk sangat makan je le ubat
    tido utk beberapa jam, kasi rehat
    pastu oklah
    biasanya kejap je

    BalasPadam
  5. sebab ginilah sy bermasalah bila senggugut. Sesekali kena, kadang2 sihat walafiat saja. kadang tu time kena attack, mmg berguling2, lepas stgh jam, hilang la.

    dan hari pertama mmg ok, hari kedua cramp sket2, hari ketiga, cam nk nanges guling2, hari keempat dah tinggal sket, hari kelima dah abes.

    Nak g doktor, mesti sama ja fikirnya, kalau x pergi mohon mc, cemana nk drive ke opis kalau time kena attack? kalau dah kat opis, cemann nak guling2 dalam menyuarat? fokus semestinya ke laut time sakit, lepas tu ok dah.

    dilema wanita.

    BalasPadam
  6. hahahah ,.... nasib baik tak penah guna alasan senggugut nk amik mc ... keh keh keh

    BalasPadam
  7. sy setuju perenggan yang terakhir tu doc.. waktu nilah yg kita paling byk masa lapang.. dan seumur hidup sy anggaran dh 30 thn period tak pernah lagi sy pergi minta mc kat mana2 klinik

    BalasPadam
    Balasan
    1. tambahan.. maksud sy.. kalu senggugut teruk tu makan jer panadol merah tu

      Padam
  8. Hm.mmg betul la.mmg xsemua phm perempuan yg mengalami sennggugut yg teruk.kami pun bukan suka sgt mintak mc.kami mntk mc kerana perlukan rehat sbb lepas mkn ubat bila buat kerja sikit sakit akan dtg semula.dan xsemua ubat bg kesan wlupun dah try bnyk ubat.xsemua perempuan mgalami senggugut yg sama.ade yg biase2 ade yg teruk smpai xboleh tidur semalaman,sakit smpai berhari2 smpai kena mkn ubt 3 Kali sehari.sakit sampai nk gerakkn kaki pun xboleh.sabo je la dgn doc yg mcm ni.mintak jauh.wlupun sakit tetap redha anggap sakit ni kifarah dosa..

    BalasPadam
  9. Sy skang br lps amik mc sbb senggugut. Ni pon dh lama x pg amik mc sbb reason ni kerana pernah rs berslh sbb senggugut ni bkn penyakit mcm doktor ckp tp kalau dh sakit nk pg kje pon x dpt mcm mn? Sy kje jauh, pg2 kne tggu train blum kne berdiri dlm train selama 45 min. Lps tu kne balik berkejar amik anak kt taska. Mmg kadang rs nk pengsan je klo kne buat sume tu time senggugut, tp Ade org x fhm kerana sakit setiap org x sama. Mcm sy setiap kali senggugut sy cirit2 mcm org kne food poisoning, so bdn jd lemah, xde selera mkn dan mmg perlukan mc utk rest. Klo X mc, mcm mn nk keje duk dlm airkon yg seram sejuk tu. Buat kje pon xleh focus. Tlglah fahami, X semua org yang amik mc sbb senggugut tu saje2 nk mc. Doktor pon kne la mainkan peranan nk tnye yang sepatutnya bile patient dtg sbb period. Bukan buat muke stress je bile org dtg ckp sakit senggugut lps tu nk buat gaya mcm kita x ptt Minta mc. Kepada wanita yg x sakit sbb senggugut tu tahniah la, anak bertuah tp X perlulah berbangga yang diri tu sihat sgt. Allah beri sakit pon ada hikmahnya dan sihat tu sendri suatu dugaan supaya kita lbh hargai bkn utk dibanggakan. Sekian

    BalasPadam
  10. Susah nk org phm kita ni time senggugugut . Dokte pk kita sengaja apa nak minta MC . Minta MC sbb kita bekerja . Tmpt keje yng minta . Sbb kita pun nk rehat time bekerja . Klau tmpt keje tk minta . Ta hingin juga jumpe dokte niy . Tk sume org buat alasan senggugut nk minta MC . Dokte pengalaman da ribu2 tahun tkkn tkbole main peranan muka pesakit yng series . Kadang pesakit muda cume nk cek knp bule sakit cmtu skli smpai hri firtsday cm sya susa nk brjln . Kje dlm aekon tkbole dudok lgi sakit . Tpi alhdumdulillah lh tk pnh lg senggugut gy jmpe dokte cmni . Sbb mmg susa nk grak n mmg sakit mls jmpe dokte ni . Tk pcye dokte beria huhu

    BalasPadam
  11. Ada plk doktor fkr mcm ni...mentang2 dktor lelaki..knp x bole fhm bkn smua perempuan xda msalah time period.kene ingt senggugut x bole dibiarkn brlarutan jgn anggap pnyakit biasa nnti kt sht mcm biasa.ia mlibatkn rahim.bkn suke2 nk mntk mc.sy pun klu senggugut jarang g klinik jarang mc sbb tau dktr x kn bg.alasan dia nnti hilang biasalh hormon tiap2 bln akhirnye sy g klinik swasta bt pemeriksaan rapi alhamdulillah xda ape2 msalh dlm rahim...jd kt x bole bdiam diri bila kene senggugut

    BalasPadam
  12. Saya sengugut hampir 18 hari tapi masih belum period. Ade juga check urine tapi negatif. Apa punca ye? Adakah tanda2 penyakit? Sangat2 risau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak period bukanlah senggugut namanya.
      Itu namanya PMS.
      Pre Menstrual Syndrome.
      Berkaitan dengan masalah hormon.
      Jumpalah doktor yg betul.
      Jangan main google dan dengar cakap orang sahaja.
      ✌🏼️

      Padam
  13. Sy ms ank dara mmg kene sengugut yg teruk.. sampai nk pitam dibuatnya. bila dh kahwin, hilang semua senggugut.. ni dh masuk usia 40.. senggugut datang blk.. siapa kt usia 40 xde senggugut?? isteri doc bernasib baik. X semua sama hormon doc oiiii..

    BalasPadam