Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 April 2015

Aku dan Isu Hari Ini


Bangun pagi hari Jumaat dah sentap.
Banyak sangat baca cerita mengarut dimedia.
Suratkhabar juga internet.
Hal2 berkaitan kesihatan terutamanya.

Wartawan zaman sekarang yang pemalas.
Malas mengkaji fakta.
Malas bertanya.
Malas membaca.
Percaya bulat2 apa yang orang kata.
Tiru dan salin bulat2 apa yang ada di internet.
Langsung tidak buat kajian dan penyelidikan.
Suratkhabar harian pun sama.
Demi nak naikkan rating.
Demi nak untung wang ringgit,
hal2 kecil disensasikan.
Tajuk2 berita memang mengarut.
Dulu sibuk pasal cerita2 seks.
Sekarang sibuk dengan cerita2 pelik dan luar tabii.
MRI ada radiasi?
MRI boleh sebabkan kecacatan otak?
MRI boleh sebabkan penyakit Sindrom Edward?
Kalau dah malas sangat nak bertanya,
cuba google sekejap.
Ada banyak cerita sebenar pasal penyakit itu boleh dibaca.
Ini tulis ikut sedap rasa.
Mereka patutnya faham.
Menulis untuk memberi pengetahuan.
Kerana ramai orang membacanya.
Ramai orang kurang pengetahuan akan percaya bulat2.
Bukan setakat percaya,
mereka akan sebarkan.
Jangan setuju kalau doktor nak buat MRI.
Nanti anak boleh cacat kekal.


Ini satu lagi contoh.
Disuntik hidup-hidup?
Dicucuk hidup-hidup?
Takkanlah nak ambil darah kena tunggu dah mati.
Kalau dah mati itu post mortem namanya.
Takkanlah nak ambil darah kena bius dulu.
Anak raja pun tak minta bius bila nak ambil darah.

Kalau baca apa yang wartawan SH tulis memang menakutkan.
Susahnya nak pastikan penyakit demam denggi.
Kena cucuk sana-sini.
Kena ambil air tulang belakang.
Kena masukkan jus merah jambu.
Jus merah jambu?
Ini berita ke novel untuk adaptasi drama melayu?
Aku memang dah lama berhenti beli suratkhabar.
Aku juga dah lama berhenti baca berita2 suratkhabar.
Dah susah nak beza.
Antara cerita betul dan fiksyen.
Berita kematian pun dah susah nak percaya.
Apatahlagi berita dan cerita2 politik.

"Ramai juga yang share status FB aku"




























Negara dah tak aman.
Tentera IS akan menyerang ibukota.
Ramai dah kena tangkap.
Bersedia untuk menyerang kem tentera dan balai polis.
Tetapi rakyat masih aman dan tenang.
GST tidak menjejaskan ekonomi mereka.
GST masih menguntungkan rakyat.
Walaupun sana-sini barang naik harga,
rakyat redha dan pasrah.
Kerajaan masih mendapat sokongan padu rakyat.
Kepimpinan lama dah nyanyuk.
Kepimpinan lama tak payah nak sibuk2.
Sehari dua ini banyak pula NGO membuat sidang akhbar.
Menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan pak menteri.
Pak menteri pun rasa yakin.
Hanya segelintir kecil sahaja yang mempertikaikan kepimpinannya.
Majoriti rakyat yang diam masih menyokongnya.

Nak tahu realitinya.
Bacalah komen2 dan rintihan rakyat di FB.
Boleh nilai sendiri bagaimana keadaan rakyat sekarang.
Betul ke rakyat masih sokong kepimpinan sekarang?
Pak menteri suruh rakyat berjimat.
Pak menteri suruh rakyat hidup sederhana.
Tapi bagaimana nak hidup sederhana jika gaji pun tak cukup makan?
Gaji masih sama.
Pendapatan masih sama.
Tetapi harga barang mencanak naiknya.
Beli sardin kena GST.
Kenapalah makan sardin?
Makanlah ikan segar.
Ikan segar takda GST.
Itu alasan pak menteri.
Beli roti kena GST.
Kenapa tak beli tepung?
Buat roti sendiri.
Tepung tak kena GST.
Ini pun alasan pak menteri.
Kalau tak nak bayar GST,
Pergi duduk kat bulan sana.
Satu lagi cadangan menarik pak menteri.

Pak menteri kebanyakannya tak pernah hidup susah.
Ada yang lahir sebagai anak perdana menteri.
Hidupnya cukup segala2 nya.
Ketika rakyat mengeluh susah,
Pak menteri langsung tak rasa semua itu.
Malah masih berani nak tunjuk kekayaan.
Siap boleh beli kenderaan baru.
Bukan kereta tempatan yang katanya setanding BMW dan Audi.
Tetapi kapalterbang baru.
Siap boleh buat majlis kahwin besar2an dalam kebun bunga.
Cuba beritahu rakyat mana yang tak bising?
Semuanya bising.
Cuma masing2 pekakkan telinga dan butakan mata.
Hanya Tun Mahathir yang berani suarakan dikhalayak.
Itupun kena bambu kaw- kaw dengan kroni2 pak menteri.

Aku salah seorang daripada rakyat majoriti.
Yang dengar temubual bersama Pak menteri malam tadi.
Kesimpulannya?
Maaf cakap.
Aku masih meragui jawapan malah kepimpinannya.
Semua isu yang dibangkitkan Tun M macam bukan isu kepadanya.
Semuanya telah dan sedang diurus dengan jayanya.
Kehilangan wang 1MDB juga bukan satu isu besar.
Dah selesai pun kata Pak menteri.
Susahnya aku nak percaya.
Negara sedang ditadbir dengan jayanya.

Satu lagi persoalan utama.
Kenapa Sirul membunuh Altantunya?
Apa motifnya?
Siapa dalangnya?
Walaupun mahkamah dah putuskan,
tetapi mana kebenarannya?
Seumur hidup aku.
Yang gila tengok CSI saban malam.
Motif adalah wajib untuk sabit hukuman.
Tiada motif kes tak boleh sabit.
Mana ada orang suka2 bunuh orang.
Tetapi di Malaysia Tanahairku.
Hanya yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim boleh dibuktikan oleh mahkamah.
Yang lain2,
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Salam Hari Jumaat!




5 ulasan:

  1. Saya tak.mampu nak.follow berita. Terlalu menyemakkan. Drift out dari platform terus dah

    BalasPadam
  2. emmm...
    nak nanges kadang2 baca berita kat paper sekarang

    BalasPadam
  3. Kehidupan bagaikan semakin celaru disebabkan berita yang juga bercelaru.

    Baca / dengar / tonton berita, seolah-olah negara ini sedang dalam keadaan amat merbahaya. Tentera / ejen IS bagai berserakan di ibu kota sedangkan kita sebenarnya tidak merasa apa-apa. Agenda apa sedang direncana? Kisah apa yang sedang ditutup sebenarnya?

    BalasPadam
  4. Allah dah banyak beri "hint"...tidak sedarkah mereka...

    BalasPadam
  5. Semakin hari , semakin tak aman , sebenarnya ...

    Tak tau lah apa nasib anak anak kita selepas ini ....

    BalasPadam