Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 April 2015

Aku ke Johor MATTA FAIR 2015


Balik daripada Pasar Tani Larkin aku singgah di sini sekejap.
Dah beberapa kali nak pergi,
tetapi asyik silap tarikh sahaja.
Kali ini confirmed tak silap tarikh lagi.
Lokasinya tetap sama.
Danga City Mall.
Danga City Mall yang lengang.
Aku pun tak faham kenapa tempat ini susah betul nak naik.
Padahal serba-serbinya lengkap.
Lokasi dah cantik.
Parking senang.
Tetapi entahlah.
Kedai yang dibuka boleh dibilang dengan jari.
Kedai yang tinggal kosong pula tak cukup jari nak membilang.


Nak masuk ke tempat pameran,
kena beli tiket.
Kena bayar 3 ringgit seorang.
Nanti dapat gelang macam masuk kat theme park.
Kalau rajin mengisi borang,
Kalau rasa diri bertuah,
masuklah cabutan bertuah.
Hadiah utama sebuah kereta Proton Saga BLM.
Masuk sahaja,
aku terus disambut oleh ramai jurujual/promoter.
Tak menang tangan nak pegang pamplet yang dihulur.
Tak menang mulut nak bertanya soalan.
Lalu sahaja 3-4 orang datang berkerumun.
Masing2 cuba mempromosi booth masing2.


Rasanya banyak betul syarikat yang join pameran ini.
Hampir seratus syarikat rasanya.
Aku tak sempat nak mengira.
Aku nak ambil gambar pun tak sempat.
Asyik kena kacau aje dengan promoter.
Sebelum masuk ke sini ada perkara perlu difikir dahulu.
Nak pergi mana?
Tempatan atau luar negara?
Agak2 bila nak pergi?
Berapa orang nak pergi?
Jadi mudah sikit nak cari booth yang sesuai.
Aku belajar banyak istilah baru.
Full board.
Half board.
All In.
Ground Package Only.
Kalau tengok harga memanglah tak mahal sangat.
Tetapi cuba darab dengan berapa orang nak pergi.
Lepas tu tambah dengan harga tiket kapal terbang.
Tukaran wang?
Duit poket lagi?
Tambah ke airport?
Alahai.
Memang tak berjalanlah nampaknya.


Kalau ikutkan hati.
Hari ini juga nak pergi.
Kalau ikutkan rasa.
Hari ini juga nak terbang.
Gold Coast.
Europe.
Bali.
Krabi.
Korea.
Beijing.
Dan paling sengkek pun Pulau Langkawi atau Pulau Perhentian.
Tetapi apakan daya.
Masa tak mengizinkan.
Kewangan pun belum mengizinkan.


Lepas sejam aku pun keluar.
Banyak beg aku dapat.
Banyak souvenir aku dapat.
Pamplet jangan ceritalah.
Macam2 syarikat.
Macam2 lokasi.
Lepas aku balik dan study sikit2 pamplet yang aku dapat,
aku boleh membuat kesimpulan.
Kalau tengok pakej yang ditawarkan,
rasanya harga tak banyak beza pun.
Harga semacam dah ditetapkan oleh Matta.
Jadi tiada price war di sini.
Tiada syarikat yang buang harga gila2 punya.
Cuma mungkin servisnya berbeza.
Dan itu tertakluk kepada individu.
Kalau aku nak pilih pun,
aku senang cari syarikat bumiputra.
Kalau ada Muslim Tour lagi senang.
Tak pening kepala nak cari tempat makan.


Bulan Ogos ini akan ada lagi.
Masih ada masa untuk merancang jadual.
Sebab sehingga hujung tahun ini jadual aku agak ketat.
Anak nak ambil periksa PT3.
Anak2 saudara ramai yang nak naik pelamin.
Bulan puasa pun dah dekat.
Jadi entah bila nak bercuti pun,
aku belum tahu lagi.
Tetapi sebelum umurku mencecah separuh abad,
aku nak pergi ke semua tempat yang aku sebut tadi.



1 ulasan:

  1. Try Expedia.com je boss..
    Saya dah ke Bali dan Phuket baru2 ni.
    Flight to and fro dari Changi dan hotel 3 malam harga boleh dapat bawah RM500.. Berbaloi baloi..

    BalasPadam