Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 April 2015

Aku ke Pasar Tani Mega Larkin


Pagi Sabtu yang senggang.
Aku tergerak nak bawa wife jalan2.
Pasar Tani Temenggung kat Kulai pun dah pergi.
Jadi kali ini ke lokasi lain.
Ada kawan kata yang ni memang mega.
Ramai orang yang berjualan.
Seawal 6.30 pagi katanya.


Tempat2 sebegini memang kesukaan wife.
Tak payah bawa duit banyak2.
Santai memilih.
Senang tawar-menawar.
Harga barang memang murah.
Takda risau pasal GST.
Sebab yang berniaga kebanyakannya peniaga2 kecil.
Sebangsa dan seagama.
Kalau bukan kita yang membantu mereka,
Nak harap siapa lagi?


Pukul 8:30 pagi aku dah sampai.
Lokasinya sebelah Stadium Larkin.
Tempat parking Stadium Larkin untuk lebih tepat.
Dan bila dah ramai yang berniaga,
Melimpah peniaganya hingga tepi jalan.
Nak parking kereta pun tak susah.
Letak sahaja ditepi2 jalan.
Tiada polis yang kacau.
Tetapi janganlah sampai double parking.
Kesian kereta lain nak lalu-lalang.


Ada 4 lorong gerai untuk dijelajahi.
5 baris gerai menjual pakaian.
Selebihnya menjual barang2 basah.
Pakaian dan aksesori untuk wanita memang banyak.
Rambang mata nak memilih.
Dan kalau rajin tawar-menawar,
Memang terkejut dengan harganya.
Jauh lebih murah banding di Plaza Angsana.  
Baju, tudung, seluar semuanya ada.
Selain untuk kegunaan sendiri,
Membantu sesama agama dan bangsa.
Takkanlah nak kayakan tauke2 dalam shopping complex sahaja kan?


Selain warga tempatan,
Warga Singapura pun suka datang ke sini.
Tengok plat kereta yang ada ditepi2 jalan.
Suku adalah kereta daripada Singapura.
Jadi kalau datang sini jangan berlagak kaya.
Nanti susah nak tawar harga.
Tapi kat sini macam standard katanya.
Barang2 susah sikit nak tawar.


Wife memang suka tempat2 sebegini.
Dua jam berjalan tak terasa penatnya.
Nasib baik anak2 tak ikut.
Kalau tidak memang dah lama merengek nak balik.


Bahagian barang2  basah memang terbaik.
Pasar Tani dibawah kelolaan FAMA.
Tanda harganya besar dan jelas.
Ikannya nampak segar.
Sayurannya pun sama.
Ramai yang datang siap dengan troli masing2.
Membeli untuk stok seminggu gamaknya.
Orang tempatan atau Singapura aku tak pasti.
Pengajaran untuk diri sendiri.
Lain kali kena bawa troli.
Kalau tidak lenguh tangan membawa hasil belian.


Ada satu baris menjual makanan sahaja.
Macam2 jenis sarapan ada dijual.
Kuih-muih, pizza, roti, biskut, semua ada.
Harga pun berpatutan.
Aku beli Nasi Arab satu.
Konon nak mencuba dahulu.
Dah sampai rumah baru tahu.
Anak2 pun terliur tengok nasinya yang panjang dan gebu.
Sedap beb.
Tak puas mengunyahnya.


Minggu depan nak kena datang lagi.
Wife dah berkira2 barang apa yang nak dibeli.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan