Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 April 2015

Aku Pun Boleh Kena Darah Tinggi

Ikut pepatah orang dulu-dulu,
Kena ikut dan dengar nasihat orang tua-tua.
Kerana orang tua lebih dulu makan garam.
Kerana orang tua lebih banyak makan garam.
Tetapi pepatah ini nampaknya dah tak boleh pakai.
Dah tak lagi relevan dari segi kesihatan.
Jangan makan garam banyak-banyak.
Nanti cepat kena darah tinggi.
Lagipun.
Zaman sekarang.
Orang muda-muda pun dah ramai yang kena darah tinggi.
Umur baru masuk 30 tahun.
Tekanan darahnya dah macam umur 60 tahun.

Ikut buku teks CLINICAL MEDICINE Kumar&Clark masa aku belajar dahulu.
Tekanan darah tinggi ada 2 jenis.
Primary dan secondary.
90% tekanan darah tinggi adalah jenis primary.
Iaitu susah nak cari sebab khusus.
Faktor genetik keturunan dikatakan jadi sebab.
Kalau emak bapak dan adik-beradik semua ada darah tinggi,
memang mudahlah nak kena darah tinggi.
Faktor2 persekitaran juga dikatakan jadi sebab.
Stress dan tekanan perasaan.
Stress dengan kehidupan.
Stress dengan bebanan kerja.
Stress dengan karenah anak-anak.
Stress dengan percaturan ahli-ahli politik.
Stress dengan Datuk Seri Najib dan Ahmad Maslan.
Stress dengan GST.
Stress dengan 1MDB.

Satu lagi sebab utama ialah trend gaya hidup masa kini.
Zaman sekarang.
Hidup 24 jam dengan handphone.
Kurang bersenam.
Kurang berpeluh.
Merokok.
Minum alkohol.
Berat badan berlebihan.
Juga banyak sangat makan garam.
Maka tekanan darah tinggi pun sampai.

10 makanan tinggi kandungan garam (Sumber IPH 2013)
Garam ataupun sodium chloride.
Adalah punca kepada tekanan darah tinggi.
Dan bila dah kena penyakit darah tinggi.
Lebih besar risiko untuk kena penyakit2 yang lain.
Serangan jantung.
Serangan angin ahmar.
Kegagalan buah pinggang.
Kegagalan jantung.
Semuanya memendekkan umur.
Semuanya punca kepada mati awal.


Menurut kajian MOH Institude of Public Health 2008,
Tekanan darah tinggi adalah punca utama kematian di Malaysia.
Kajian diluar negara juga menunjukkan,
kaitan rapat antara pengambilan garam berlebihan dan darah tinggi.
Dikatakan bila kita mengambil banyak sangat garam,
badan akan menyimpan lebih air dalam badan untuk 'mencuci' garam tersebut.
Bila air berlebihan dalam badan,
ini memberi lebih tekanan pada jantung dan saluran darah,
seterusnya kepada buah pinggang, urat darah, jantung juga otak.

Tekanan darah tinggi adalah penyakit moden.
Bila ianya penyakit moden,
ia perlu ubat moden.
Selalu aku cakap hal ini kepada pesakit2 aku.
Ubat2 kampung tak boleh merawat penyakit darah tinggi.
Vitamin supplement, jus2 juga herba2 tak boleh menurunkan tekanan darah.
Ia hanya sekadar membantu.
Ubat moden mesti dimakan juga.
Tiada ubat boleh menyembuhkan penyakit darah tinggi.
Kalau ada yang berani menyatakan ada ubat boleh sembuhkan darah tinggi,
mari sini kita berdebat dengan hujah.
Bukannya dengan testimoni cakap mulut sahaja.
Juga aku selalu ingatkan.
Darah tinggi adalah penyakit senyap.
Biasanya tiada simptom atau tanda2 awal.
Tak semua orang mengadu sakit kepala atau sakit tengkuk bila darah tinggi.
Kebanyakan yang punya tekanan darah tinggi tiada mengadu apa2.
Jadi ramai kurang percaya bila aku kata tekanan darah mereka tinggi.
Ada yang kata kurang rehat,
ada yang kata kurang tidur,
ada yang kata lebih makan daging kambing semalam,
ada yang kata takut dan berdebar depan doktor.
Dan ada berani kata mesin aku salah.
Ada kata aku tak pandai check tekanan darah.
Telinga aku dah pekak.
Stetoskop aku dah rosak.
Jadi bila mereka tak dapat terima hakikat ada darah tinggi,
bagaimana nak pastikan mereka makan ubat setiap hari?
Dan lagi aku takda sakit apa2,
buat apa nak makan ubat hari2?
Ada juga yang takut nak makan ubat darah tinggi.
Ada juga yang takut nak makan ubat hari-hari.
Ada yang kata nanti telinga jadi pekak.
Ada yang kata nanti mata jadi rabun.
Ada yang kata nanti buah pinggang rosak.
Kalau makan ubat moden banyak-banyak.
" Jadi cubalah jus double stemcell ni.
Lepas beberapa hari tekanan darah boleh normal. "
Itu ayat2 klise agen2 MLM.
Mempromosi produk dan mencari downline.


Bila penyakit ini tiada simptom,
ramai penghidap tekanan darah tinggi masih hidup seperti biasa.
Masih makan sebarangan.
Masih merokok.
Masih kurang bersenam.
Masih bekerja keras siang dan malam.
Tahu2 kena serangan jantung.
Tiba2 kena stroke.
Tiba2 meninggal selepas jatuh dalam bilik air.
Tak pun kaki bengkak dan nafas makin pendek.
Buah pinggang dah tak berfungsi.
Jantung dah penat.
Itupun ramai masih tak percaya cakap doktor.
Masih nak cuba ubat2 kampung.
Minum jus2 dan air rebusan.

Bila dah terkena tekanan darah tinggi,
menukarkan gaya hidup adalah satu keutamaan.
Kurangkan berat badan,
Kurangkan stress.
Kurangkan rokok dan alkohol,
Lebihkan bersenam.
Dan yang semakin penting,
kurangkan pengambilan garam dalam makanan.

Kalau ikutkan cadangan WHO,
pengambilan garam dalam makanan hendaklah kurang daripada 5gm sehari.
Tetapi ikut kajian oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2012,
dijalankan keatas 445 pekerja kesihatan,
purata garam diambil oleh mereka ialah 8.7gm sehari.
Jangan tanya aku bagaimana garam itu disukat.
Aku sendiri pun tak nak faham.
Tetapi inilah realitinya.
Inilah susahnya jadi rakyat Malaysia.
Makanan masin dan manis sudah jadi budaya.
Jadi bagaimana?
Garam bukan setakat yang kita tambah dalam masakan.
Garam juga banyak yang sedia ada dalam makanan.
Kicap masin adalah penyumbang utama garam dalam makanan.
Sos2 dan perisa makanan juga mengandungi garam.
Sarapan pagi dan minum petang kita pun dah penuh dengan garam.
Nasi Goreng, Nasi Lemak dan Mee Hoon Goreng.
Semuanya mengandungi garam yang tinggi.
Makanan yang sudah dibungkus dan sedia untuk dimakan,
seperti jajan2 dan kerepek2,
selalunya tinggi dengan garam.
Makanan segera KFC dan McD juga tinggi dengan garam.
Makanan dalam tin,
makanan yang dikeringkan,
makanan yang dijerukkan,
ikan kering, belacan, cencaluk juga budu,
semuanya tinggi dengan garam.
Habis macamana nak turunkan tekanan darah?
Hari2 makan garam.
Pagi, petang, malam malah sebelum tidur pun masih nak makan lagi.

Ubat untuk menurunkan tekanan darah tinggi ada macam jenis.
Ubat untuk mengawal tekanan darah.
Bukan ubat untuk menyembuhkan.
Jadi kena makan hari-hari.
Jadi kena makan ikut jadual.
Jadi kena makan sampai mati.

Geng yang pertama.
Ubat geng Diuretik.
Digunakan untuk mengurangkan air dalam badan.
Ubat ni murah tetapi ada yang tak larat asyik nak ke bilik air sahaja.
Kesan sampingan: Kemungkinan kena gout bertambah.
Juga keseimbangan gula dalam badan terganggu.
Tak sesuai untuk penghidap kencing manis.

Geng yang kedua.
Geng penghalang beta.
Selain mengurangkan tekanan pada jantung ia juga boleh mengurangkan stress.
Cuma kesan sampingannya:
Jantung jadi sedikit perlahan.
Dan selalunya badan asyik sakit2 sahaja..

Geng yang ketiga.
Geng penghalang alpha.
Ubat ini semakin jarang digunakan.
Kerana berlaku penurunan tekanan darah secara mendadak.
Boleh gelap mata dan pitam kalau tak biasa.

Geng yang keempat.
Geng Vasodilator.
Ubat ini semakin popular sekarang.
Kerana paling kurang kesan sampingan.
Juga makannya sekali sehari.
Kesan sampingan paling biasa:
kaki bengkak kerana pengumpulan air.

Ada juga ubat2 baru yang aku malas nak bincang di sini.
Terlalu saintifik ceritanya.
Tetapi untuk memudahkan cerita,
tak semua ubat sesuai untuk semua orang.
Banyak faktor2 perlu diambilkira sebelum sesuatu ubat dimulakan.
Faktor compliance,
faktor kesan2 sampingan,
faktor usia,
faktor kos dan harga.
Dan satu paling utama dikalangan lelaki,
adakah ubat yang dimakan menganggu fungsi kelakian mereka.
Itu semua perlukan pengalaman.
Itu semua boleh dibincangkan semasa konsultasi dengan pesakit.
Ubat mahal tak semestinya bagus.
Ubat paling baru tak semestinya bagus.
Dan ubat2 murah tak semestinya tak bagus.

Peringatan.
Tekanan darah tinggi perlukan rawatan berterusan.
Tekanan darah tinggi perlukan rawatan susulan.
Tekanan darah tinggi bukan penyakit buatan orang.
Tekanan darah tinggi bukan penyakit ciptaan agen zionis.
Tekanan darah tinggi adalah penyakit ciptaan manusia.
Diri sendiri dan bukannya orang lain.
Doktor bukan sengaja beri ubat banyak2.
Doktor bukan sengaja beri follow up 1-3 bulan sekali.
Doktor bukan nak untung besar dan fikir duit sahaja.

Kepada yang dah terkena,
berwaspadalah.
Kawallah tekanan darah tinggi anda.
Jagalah kesihatan.
Buatlah rawatan susulan.
Ikutlah nasihat doktor bukannya nasihat kawan2.
Beberapa bulan sekali darah perlu diambil.
Setahun sekali buah pinggang juga mata perlu diperiksa.
Pengalaman aku selama 20 tahun,
tak sampai 50% pesakit aku tekun dan redha dengan penyakitnya.
Lebih 50% tak makan ubat ikut peraturan.
Lebih 50% tak datang untuk temujanji.
Lebih 50% hanya makan ubat2 tradisional.
Lebih 50% tak yakin dengan nasihat doktor.
Lebih 50% komplikasi berlaku kurang daripada 5 tahun.
Dah ramai sangat dah aku jumpa.
Mati mengejut.
Kena angin ahmar.
Kena serangan jantung.
Kena dialisis.


Kepada yang belum kena.
Juga berwaspadalah.
Mulakan gaya hidup sihat.
Mulakan dengan makan makanan sihat.
Lebihkan sayur2 dan buah2an segar.
Kurangkan makanan segera.
Kurangkan makan jajan.
Banyakkan berpuasa.
Lebihkan beramal.



8 ulasan:

  1. Saya juga telah mendapat tekanan darah tinggi, dan sekarang sedang mengambil ubat perindopril 4mg. Dengan mengubah cara pemakanan dan gaya hidup, mudah-mudahan ubat dapat dikurangkan atau dihentikan dengan pengawasan doktor. Dari pengalaman Dr. Zoul adakah pesakit yang dihentikan pengambilan ubat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada.
      Contoh paling dekat bapak saya sendiri.
      Doktor beri ubat masa dia nak naik haji.
      Balik haji sehingga sekarang dah berhenti makan ubat.
      Alhamdulilah sihat sampai sekarang.

      Padam
  2. Salam. Hee saya pun dah lama tak bersenam dan daki gunung ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak start ajak saya sekali.
      Salam singgah.

      Padam
  3. Salam bro..punca stress 6-8 tu kategori punca stress moden

    BalasPadam
  4. Ubat drah tggi perindopril ade kesan sampingan bg lelaki dah bkahwin n bahaye ke?

    BalasPadam
  5. Ubat drah tggi perindopril ade kesan sampingan bg lelaki dah bkahwin n bahaye ke?

    BalasPadam
  6. Assalam Doctor Zoul,

    Saya berumur 38 tahun,baru je kena makan ubat darah tinggi setelah tekanan darah saya mencecah 140/90 mmHG (dlm seminggu check tak turun). saya diberi Micardis 40mg, dah 2 minggu saya makan dan tekanan darah saya dah turun ke tahap normal. saya adalah seorang yg aktif, main futsal, hiking, jogging dan juga cycling.

    Pada pendapat doktor bolehkah saya berhenti mengambil Micardis ni jika tekanan darah saya di bawah 140/90 mmHG ? Jika saya henti ambil ubat, apakah risikonya?

    BalasPadam