Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 April 2015

Aku Stress Tahap Gaban


Aku stress.
Dengan ragam pesakit yang pelbagai.
Dengan simptom yang pelik-pelik.
Dengan diagnosis yang tak wujud.
Dengan permintaan yang bukan-bukan.
Dengan kebodohan tahap melampau.

Aku stress.
Dengan warga asing yang langsung tak tahu berbahasa melayu.
Apatahlagi berbahasa inggeris.
Jumpa doktor berharap doktor jadi bomoh.
Tak perlu tanya dan periksa apa2.
Boleh scan satu badan dan harap jumpa penyakitnya.

Aku stress.
Dengan warga asing yang sakit secara berjemaah.
Seorang betul2 sakit,
5-6 orang pun ikut sakit juga.
Bila seorang demam yang lain2 datang menempel.
Seorang sekadar sakit tekak.
Seorang 'body no power'.
Seorang kurap di celah kaki.
Seorang baru batuk 2-3 kali.
Seorang lagi kata " gastric pain ".
Semuanya beratur nak jumpa doktor.
Maklumlah nak ubat percuma.

Aku stress.
Dengan warga tempatan yang kononnya kawan.
Pagi2 dah berderet depan klinik.
Meminta belas ihsan kawan.
Minta pengecualian untuk masuk kilang.
Sakit badan dan sakit belakang.

Aku stress.
Dengan pesakit2 yang datang lewat malam.
Kononnya emergency dan perlu rawatan segera.
Bila dah masuk lain pula ceritanya.
Pagi tadi 'lupa' nak masuk kilang.
Nak datang awal tiada pula kenderaan.

Aku stress.
Dengan pesakit yang ada medical card.
Cukup berlagak nak jumpa doktor pakar.
Pantang kena nasihat dengan kawan.
Pantang kena tegur dengan kawan.
Nak jumpa doktor pakar minta pengesahan.
Tiada penyakit dalam badan.
Aku dilihat langsung takda tauliah.
Cuma layak tulis surat rujukan.

Aku stress.
Dengan pesakit yang tak makan nasihat.
Lebih percaya kawan dan juga internet.
Jadi kenapa susah2 nak jumpa doktor?
Ubat langsung tak nak makan.
Nasihat doktor langsung tak nak ikut.
Kesihatan tak nak jaga.
Pemakanan tak nak jaga.

Aku stress dah tahap gaban.
Tengok pesakit dah tak rasa kasihan.
Nak masuk klinik macam masuk penjara.
Semua perkara seperti serba tak kena.

Gila.
Stress.
Gila.
Tension.
Gila.
Depressed.
Gila.
Bosan.
Gila.
Boleh gila aku kalau berterusan begini.






Panjang umur kita jumpa lagi.






10 ulasan:

  1. Entry lebih kurang serupa kita Doc, hari ni. Bidang jer berbeza. Saya nak jual nasi lemak la kalau dah stress melampau nanti.

    Tapi Doc, stress pun saya kena harung juga. Dok Malaysia ni kalau x ada dana, boleh jadi stress melampau, Doc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lebih seminggu.
      Tak reda-reda stressnya....

      Padam
  2. doktor nak tanya nape doktor lain-lain lain caranya
    contoh la .... ubat mg/m sama tapi dose lain2 ....
    contoh pi klinik ni bg 5ml pi klinik plak bg 2.5ml
    main bagi je tak perlu kira-kira atau cam ne

    ubat yng sama dan dose yang sama .... kami yg ibu2 plak was was nak bagi ....
    ade doktor yang suka tim,bang berat ade yang hentam kromo main agak2 .....

    contoh je ni PCM 250mg utk budak umur 4 thn ..... doktor klinik A bg 5 ml doktor klinik B bagi 3.5ml dan dua A&B tak timbang berat.
    agak2 nk ikut doktor mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca entri " aku bukan pakar kanak-kanak "
      Saya ada ajar mcmana nak kira dos ubat PCM.
      Saya tak nak komen pasal doktor lain.
      Tapi ada doktor kira dos ikut umur sahaja.
      Mcm tulis kat botol ubat.
      Tapi ikut berat lagi tepat...

      Padam
  3. Doc,
    Saya cadang doc bawalah keluarga pergi Umrah.
    Nanti Insya Allah hilang stress...
    Balik nanti Insya Allah stress datang semula,,, hahaha :D
    ( Kawan saya Dr Meor pergi haji tahun lepas, takde siapa boleh jagakan klinik gigi dia di Setiawangsa -- last sekali dia cakap kat wife dia (Dr Locum) "Balik nanti baru kita fikir pasal duit belanja untuk bulan tu okay?" Alhamdulillah okay.

    BalasPadam
  4. Stress..yes..if stress lekas2 solat...

    BalasPadam