Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Cuti sekolah dah mula. Kawan2 pergi bercuti. Saudara-mara pergi ke Floria. Wife pergi mesyuarat. Anak sulung masih ada kelas. Anak perempuan ke kelas tambahan. Anak bungsu ke pameran penerbangan. Jadi nak buat apa ye?
Salam hujung minggu kawan2!

Aku Hanya Seorang Doktor Episod 2

Aku bukan seorang superhero. Aku hanya seorang doktor. Kerjaku menyelamatkan nyawa. Tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Tak kira siapa yang datang meminta bantuan. Doktor merawat sedaya upaya. Tanpa mengharapkan balasan. Dan sebagai doktor hospital kerajaan, kerja2 kami jarang dihargai. Sangat jarang orang datang mengucapkan terima kasih. Apatahlagi memberi penghargaan. Yang mereka tahu, komplen itu dan ini. Doktor lambat datang. Doktor tak nak senyum. Doktor curi tulang.
Ini antara contohnya.
Pesakit Keenam.
Masa ini aku kerja di unit kecemasan Hospital Kulai. Hospital Kulai letaknya sangat hampir dengan lebuhraya. Lebuhraya PLUS antara Sedenak dan Kulai adalah kawasan maut. Kalau kena musimnya, setiap hari mesti ada kemalangan. Tak dibawa ke unit kecemasan, aku kena buat post mortem di bilik mayat. Masa on call aku banyak terima kes kemalangan di lebuhraya ini. Tak kira pukul berapa. Pagi petang tengahmalam, Awal pagi pun ada. Tetapi satu kes yang aku tak boleh lupa ialah kes …

Aku Hanya Seorang Doktor Episod 1

Jun 2015.
Genap 19 tahun aku jadi doktor.
Aku pernah training di Hospital Universiti. Aku pernah training di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Aku pernah training di Hospital Banting. Aku juga pernah training di Hospital Kulim.
Aku pernah bekerja di Hospital Muar.
Aku pernah bekerja di Hospital Sultanah Aminah JB.
Aku juga pernah bekerja di Hospital Kulai.
Hampir 8 tahun aku setia dengan kerajaan.
Kurang daripada 2 tahun daripada perjanjian dengan JPA. Jadi bila berhenti aku masih kena bayar pampasan 100%.
Tak dapat kurang walau seringgit pun.

Masa kerja kerajaan dulu.
Kena buli dengan senior MO dah biasa.
Kena marah dengan registrar dah biasa.
Kena maki dengan specialist dah biasa.
Kena sindir dengan consultant dah biasa.
Kena jerit dengan HOD pun dah biasa.
Pendek kata kalau aku jenis lemah semangat,
memang dah lama aku berhenti jadi doktor.
Jadi bila aku dengar doktor2 baru mengeluh di sana-sini.
Aku langsung tak heran.
Ini semua pengalaman.
Walaupun pahit aku terima sebagai satu ca…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia awal 20-an. Bekerja sebagai pembantu jualan sahaja.
Sering juga hadir ke klinik kerana sakit kepala.
Sakit kepala biasa-biasa sahaja.
Sakit migraine.
Sakit orang muda.
Kali terakhir berjumpa denganku kira-kira 3 minggu lepas.
Juga kerana sakit kepala.

Kelmarin.
Dia datang ditemani kakak dan abang iparnya.
Personalitinya sudah jauh berbeza.
Tak seperti selalu.
Matanya sangat galak.
Dia sentiasa resah gelisah.
Aku tengok pun naik risau.
Ikut cerita abang iparnya,
2 minggu lepas dia tiba-tiba berubah.
Dia menjadi murung.
Dia menjadi pelupa.
Dia hilang fokus dengan kehidupannya.
Dia lebih banyak termenung daripada bercakap.
Dia selalu mengigau semasa tidur.
Dia takut kehilangan kakinya.
Lalu ibunya membawa dia berubat dengan seorang ustaz.
Kata ustaz ada kawan sekerja yang irihati dengannya.
Ada kawan sekerjanya yang dah kenakan santau kepadanya.
Nauzubilah min zalik.

Bila aku tanya beberapa soalan kepadanya,
dia masih boleh menjawab dengan betul.
Dia tahu dia berp…

Aku dan Wordless Wednesday

Sumber: FB






Aku dan Hujung Minggu Ini

Lama betul aku tak menulis.
Rasanya dah lebih seminggu dah.
Sebabnya?
Aku tiada idea.
Tiada apa2 nak dikongsi.
Tiada cerita2 positif untuk ditulis.
Seminggu dua ini aku sibuk memanjang. Tiada lawatan ke lokasi baru untuk dikongsi.
Tiada tempat-tempat makan baru untuk diulas.
Tiada gajet baru untuk didendang.
Tiada kawan baru untuk ditemuramah. Hari2 duduk klinik. Hari2 ngadap pesakit.
Pagi.
Petang.
Malam.
Ahad hingga Khamis.
Hari cuti pun duduk rumah sahaja.
Tak kemana-mana.
Anak2 ada peperiksaan.

Setiap hari ada juga buka internet. Tapi sana-sini semua cerita2 negatif. Aku dah tak larat nak layan. Ekonomi.
Politik.
Jenayah.
Sukan.
Semuanya negatif.
Semuanya menyedihkan.
Lagipun aku dah berjanji dengan diri sendiri.
Aku nak berhenti mengeluh dalam blog.
Aku nak tulis cerita2 yang positif sahaja selepas ini.
Maka jadilah begini.
Aku ketandusan idea-idea bernas.

Seminggu yang lalu.  Aku join satu group baru di FB. N.A.F.C. National Action Figure Collectors. Kumpulan orang-orang dewasa. Ya…

Aku dan Wordless Wednesday

Sumber : FB


Aku dan Lawak Hari Ini

Borang pemeriksaan kesihatan paling 'brutal' aku pernah jumpa.
Bahasa Inggeris paling teruk aku pernah jumpa.
Pemeriksaan paling pelik aku pernah jumpa.
Penyakit-penyakit paling 'rare' aku pernah jumpa.

Tetapi inilah hakikatnya.
Malaysia menuju Wawasan 2020.

Salam hujung minggu kawan-kawan!



Aku dan Pesakit Hari Ini

Kau kata kau demam.
Aku check suhu kau tak demam.
Kau kata kau sakit kepala.
Aku check tekanan darah kau normal.
Kau kata kau sakit tekak.
Aku check tekak kau biasa-biasa sahaja.
Kau kata kau batuk.
Aku check nafas kau OK sahaja.
Aku beri kau sedikit nasihat.
Minum banyak air masak.
Aku beri kau sedikit ubat demam dan batuk.
Di kaunter kau kata lupa nak minta MC.
Aku kata aku tak mahu beri.
Kau sakit sedikit sahaja.
Kau masih larat untuk bekerja.
Lalu kau beredar pergi begitu sahaja.
Ubat kau tak ambil.
Bil pun kau tak nak bayar.
Kau ingat aku ini apa?
Kau ingat klinik ini kerajaan kau yang punya?
Free aje kau buang masa aku?
Free aje staf aku cari kad rawatan kau?
Free aje aku check kau punya kesihatan?
Free aje aku beri nasihat kat kau?
Bil api tak payah bayar?
Sewa kedai tak payah bayar?
Gaji staf tak payah bayar?

Kau dah naik pangkat jadi eksekutif.
Tahniah aku ucapkan.
Anak-isteri kau dah tak boleh nak claim panel.
Kau kena bayar dulu.
Dan claim kemudian kat kilang.
Itu undang-undan…

Aku dan Wordless Wednesday

. . . . .

Aku Tak Sambut Hari Ibu

Biarlah orang nak kata apa.
Aku tak sambut Hari Ibu.
Padaku hari-hari adalah Hari Ibu.
Bukan setakat hari ahad minggu Ke 3 bulan Mei sahaja. Lagipun ada ustaz kata, Hari Ibu adalah perayaan agama. Tetapi telah dikomersilkan. Dijadikan perayaan dunia.




Aku dan Isu Minggu Ini: Tabung Haji

Semua orang dah bising.
Sama ada daripada parti pembangkang.
Ataupun parti pemerintah.
Rakyat marhaen pun dah pandai buat bising.
Dan bila Tun Mahathir pun bising,
itu bermakna memang ada yang tak kena.
Ini bukan cakap-cakap kosong.
Tapi siap ada bukti hitam putih.
Salinan perjanjian jual beli.
Penjualan tanah daripada 1MDB kepada Tabung Haji.
Kalau dokumen itu dikatakan tipu,
kenapa perlu buat laporan polis?
Jadi ini betul-betul kejadian,
bukannya cobaan!


Bila sesuatu yang ada berkaitan dengan 1MDB,
pasti semua orang akan kaji dan korek dalam-dalam.
Sebab sehingga sekarang,
semua orang masih samar tentang 1MDB ini.
Hutang makin banyak.
Persoalan makin banyak.
Dan hasilnya langsung tak nampak.
Pak menteri bertanggungjawab pun diam tak kata apa-apa.


Urusniaga ini mudah sahaja.
Pihak kerajaan nak jual tanah.
Pihak Tabung Haji nak beli tanah.
Satu pelaburan menguntungkan kata mereka.
Tetapi.
Beberapa orang kuat dalam 1MDB adalah orang kuat dalam Tabung Haji.
Jadi urusan jualbeli mereka …

Aku Hanya Seorang Doktor GP

Aku hanya seorang doktor GP.
Ijazahku hanya segulung.
Belajar pun sekadar lima tahun.
Kerjaku tak cukup glamour.
Tak seperti kawan-kawan doktorku yang lain.
Takda siapa nak panggil aku untuk ditemuramah.
Di dalam tv dan media arus perdana.
Takda siapa nak panggil aku untuk beri ceramah.
Di persidangan dalam atau luar negara.
Tetapi ada ketika wartawan cukup suka denganku.
Bila doktor GP ditangkap kerana menjual MC.
Bila doktor GP diserkup kerana menjual ubat batuk.
Bila doktor GP disergah kerana meraba dan mencabul.


Aku hanya seorang doktor GP.
Kawan2 sekampung dah ingat aku ini orang kaya.
Hartaku banyak duitku berjuta-juta.
Maklumlah kerjaku siang dan malam.
Pesakit yang datang tak pernah habis.
Jumpa sekadar 10 minit bayaran berpuluh ringgit.

Aku hanya seorang doktor GP.
Aku tak pernah layak menjadi hero.
Aku tak pernah memberi suntikan menyelamatkan nyawa.
Aku tak pernah melakukan pembedahan menyelamatkan nyawa.
Aku tak pernah mendiagnosis ketumbuhan dalam kepala.
Aku tak pernah …

Aku dan Wordless Wednesday

Sumber: FB