Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Mei 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Lama tak bercuti panjang.
4 hari lamanya.
Lupa sekejap pasal klinik.
Lupa sekejap pasal pesakit.
Lupa sekejap pasal hutang piutang.
Dah lama anak2 tak berkumpul sama2.
Jadi sempena cuti yang panjang.
Aktiviti bersama anak2 adalah jadi keutamaan.

Seperti dijangkakan.
Lebuhraya jem tahap gaban.
Perjalanan KL- JB pada petang 1 Mei adalah 6 jam setengah.
Nasib baik bukan aku yang memandu.
Ada driver bas ekspres tolong pandukan.
Tetapi jenuhlah emaknya menunggu2 kepulangan anak kesayangan.


Cuti panjang kali ini.
Aku duduk dirumah sahaja.
Takda nak pergi kemana2.
Resort ke.
Hotel ke.
Shopping complex ke.
Kali ini bercuti dirumah sahaja.
Sambil mengemas apa2 yang patut.
Anak2 tak kisah pun.
Janji ada makan dan minum.
Dan takda makanan pun takpa.
Mereka masih boleh hidup dengan WiFi sahaja.


Petang Satu Mei.
Aku tengok wayang Avengers yang paling baru.
Ada 3D X.
Tambah 5 ringgit untuk dapat cermin mata 3D.
Siap boleh bawa balik sekali.
Ceritanya taklah menarik sangat.
Gaduh2nya pun biasa2 sahaja.
Tapi aku suka masa Ironman gaduh dengan Hulk.
Macam budak2.


Malam Satu Mei.
Aku balik kampung sekejap.
Adik perempuan aku buat BBQ untuk adik-beradik.
Kecuali adik aku yang berlayar,
Yang lain2 semuanya ada.
Gembira nampaknya emak dan abah bila anak cucu dapat berkumpul.


Selebihnya aku memang kat rumah.
Tengok Astro.
Tengok ulangtayang CSI Cyber.
Tengok ulangtayang Cosby Show.
Tengok ulangtayang Running Man.
Sambil2 tu tengok FB juga.
Main game.
Main dengan kucing.
Mengemas laman.
Makan.
Tidur.
Golek2.
Nikmatnya bercuti dirumah sendiri.



Dalam FB panas dengan tragedi paling baru.
Pilihanraya Rompin dan Permatang Pauh dah tak penting.
GST pun dah tak penting.
Kematian keluarga tak berdosa perlukan pembelaan.
Ada group kereta  Familia MyVi Club dituduh berlumba di Lebuhraya DUKE.
Melanggar satu Pajero.
Ayah juga ibu serta seorang bayi meninggal dunia.
Meninggalkan 2 lagi anak kecil yang tak berdosa.
Tragedi dan ajal maut itu memang kehendak Tuhan.
Tetapi takkan nak berserah sahaja kepada takdir?
Takkanlah nak berserah pada Qada dan Qadar sahaja?
Ada perkara boleh dielak.
Ada perkara boleh dicegah.
Dan apabila tragedi dah berlaku,
Susah sangat ke nak mengakui kesilapan?



Geng yang melanggar masih cuba menegakkan kelemahan sendiri.
Geng yang melanggar tak nak mengaku kesalahan.
Kesalahan harus jatuh ke tangan orang lain.
Geng yang melanggar keras kepala dan egois.
Siap mengaku ada kenal orang dalam.
Siap berani lagi cabar mencabar dalam FB.
Itu yang rakyat makin marah.
Kawan2 yang tak pernah komen di FB.
Kawan2 yang tak pernah memaki hamun di FB,
Semuanya melepaskan kemarahan mereka.
Kasihan kat anak2 kecil yang kehilangan ibubapa.
Mereka perlukan pembelaan.
Ada yang cadang kenakan hukuman hudud & takzir.
Kerana hukuman mahkamah dunia setakat penjara dan denda.
Memang sangat2 tak adil kepada anak2 tersebut.


Rasanya minah dan mamat yang melanggar tu banyak sangat tengok Fast & Furious.
Cerita dalam filem dibawa ke luar filem.
Kononnya bawa Ferrari ataupun Lamborghini.
Tak ingat rupa2nya bawa MyVi sahaja.
Kalau diri sendiri yang mati takpa.
Ini melibatkan nyawa orang lain.


Pada 1 Mei yang lalu.
Ada perhimpunan membantah GST.
Macam2 cerita keluar diFB.
Tapi nampaknya isu GST dah kurang sengatnya.
Isu GST Top Up pun tak boleh nak selesai.
Datuk Ahmad Maslan kata lain.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kata lain.
Datuk Seri Najib pula langsung tak kata apa2.
RM 800 juta setahun?
MasyaAllah.
Manalah perginya duit itu gamaknya.

Apa2pun.
Selamat bercuti kawan2...



3 ulasan:

  1. Kalau duk diam2 takder bunyi okay la lagi...ni siap cakap ada org dalam..tu yang makin org geram.

    BalasPadam
  2. Bila cuti panjang macam ni,mmg saya selalunya bercuti di rumah aja,mmg malas nak ke mana mana..jalan jem, sesak...pusat perangin sesak.

    BalasPadam
  3. Kami pun bercuti di rumah je

    BalasPadam