Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Mei 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Lama betul aku tak menulis.
Rasanya dah lebih seminggu dah.
Sebabnya?
Aku tiada idea.
Tiada apa2 nak dikongsi.
Tiada cerita2 positif untuk ditulis.
Seminggu dua ini aku sibuk memanjang.
Tiada lawatan ke lokasi baru untuk dikongsi.
Tiada tempat-tempat makan baru untuk diulas.
Tiada gajet baru untuk didendang.
Tiada kawan baru untuk ditemuramah.
Hari2 duduk klinik.
Hari2 ngadap pesakit.
Pagi.
Petang.
Malam.
Ahad hingga Khamis.
Hari cuti pun duduk rumah sahaja.
Tak kemana-mana.
Anak2 ada peperiksaan.

Setiap hari ada juga buka internet.
Tapi sana-sini semua cerita2 negatif.
Aku dah tak larat nak layan.
Ekonomi.
Politik.
Jenayah.
Sukan.
Semuanya negatif.
Semuanya menyedihkan.
Lagipun aku dah berjanji dengan diri sendiri.
Aku nak berhenti mengeluh dalam blog.
Aku nak tulis cerita2 yang positif sahaja selepas ini.
Maka jadilah begini.
Aku ketandusan idea-idea bernas.


Seminggu yang lalu. 
Aku join satu group baru di FB.
National Action Figure Collectors.
Kumpulan orang-orang dewasa.
Yang hobi dan kerjanya mengumpul alat mainan.
Aku ingat aku seorang sahaja yang gila.
Aku ingat aku seorang sahaja yang perangai macam budak2.
Rupa2nya.
Ramai lagi orang dewasa seperti aku.
Ramai lagi orang yang lebih gila daripada aku.


Setiap hari ada sahaja mainan baru ditayang di wall FB.
Macam-macam jenis.
Yang besar.
Yang kecil.
Yang mahal.
Yang murah.
Dan setiap satu mesti ada peminatnya.
Terbaru ada satu mamat nak jual tukul Thor.
Beratnya sekilogram lebih.
Harganya 350 ringgit.
Sekejap sahaja dah ada yang beli.



Kalau mula2 dulu aku kumpul semua jenis mainan.
Mainan free daripada KFC dan McD.
Lepas tu kepada segala jenis miniatures.
Lepas tu kepada segala jenis robot.
Dan sekarang.
Aku spesifik kepada superheroes.
Ironman terutamanya.
Kalau sesiapa nak tahu,
Ironman ada 42 jenis baju besi kesemuanya.
Daripada Mark I kepada Mark 42.
Dan yang paling aku minat sekarang.
Hulkbuster.
InshaAllah seminggu dua ini.
Aku akan letak satu dalam almariku.
Dan sebelum habis hayatku.
Aku harap dapat kumpul kesemuanya.

 

Ada sesiapa tengok live Final Piala FA semalam?
Memang menarik.
Awal sampai akhir.
Nombor satu aku nak puji.
Padang cukup cantik.
Selain itu.
Penonton penuh satu stadium.
Merah dan putih semuanya.
Game boleh tahan.
Red Warriors memang hebat.
Tetapi Lions XII lagi hebat.
Semuanya pemain muda.
Semuanya pemain tempatan.
Semuanya berdisiplin tinggi.
Tak perlu pemain import tinggi2 dan tegap2.
Tak perlu penyokong satu stadium.
Tak perlu gaji tinggi-tinggi.
Tahniah untuk mereka.
Banyak yang kita boleh belajar daripada mereka.
Fandi Ahmad pernah jaga team JDT dulu.
Tetapi tak nampak sangat hasilnya.

Salam hujung minggu kawan2!




4 ulasan:

  1. Anak saya yang 2 tahun lebih dah fanatik dengan iron man. pantang jumpa mesti nak membeli.kadang2 klu tengok kedai yg jual ironman ni sengaja je bawak jalan lain.

    BalasPadam
  2. comey sangat Tony Stark tu ..... hehehe..

    captA ade..?!

    BalasPadam
  3. Doc, entry negative itu sebenarnya positif. Kalau tak ada negative, mana nak dapat positifnya. Just continue macam biasa Doc. Saya dapat banyak input from you.

    BalasPadam
  4. Mengeluh dalam blog ni, ada kala nya membawa kebaikan..sebab benda yg kita keluhkan tu, kadangkala benda yg ramai rasa, cuma mereka tak terluah...jadi bila ada yg menulis, pasti yg membaca nya rasa lega, rasa puas, senyum sorang diri...macam saya baca kisah bro dgn hidup as GP...mmg saya senyum sorang diri.

    BalasPadam