Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Mei 2015

Aku dan Isu Minggu Ini: Tabung Haji


Semua orang dah bising.
Sama ada daripada parti pembangkang.
Ataupun parti pemerintah.
Rakyat marhaen pun dah pandai buat bising.
Dan bila Tun Mahathir pun bising,
itu bermakna memang ada yang tak kena.
Ini bukan cakap-cakap kosong.
Tapi siap ada bukti hitam putih.
Salinan perjanjian jual beli.
Penjualan tanah daripada 1MDB kepada Tabung Haji.
Kalau dokumen itu dikatakan tipu,
kenapa perlu buat laporan polis?
Jadi ini betul-betul kejadian,
bukannya cobaan!


Bila sesuatu yang ada berkaitan dengan 1MDB,
pasti semua orang akan kaji dan korek dalam-dalam.
Sebab sehingga sekarang,
semua orang masih samar tentang 1MDB ini.
Hutang makin banyak.
Persoalan makin banyak.
Dan hasilnya langsung tak nampak.
Pak menteri bertanggungjawab pun diam tak kata apa-apa.


Urusniaga ini mudah sahaja.
Pihak kerajaan nak jual tanah.
Pihak Tabung Haji nak beli tanah.
Satu pelaburan menguntungkan kata mereka.
Tetapi.
Beberapa orang kuat dalam 1MDB adalah orang kuat dalam Tabung Haji.
Jadi urusan jualbeli mereka boleh dipertikai.
Katanya semua ikut prosedur yang sah.
Seperti kata Tun Mahathir,
mula2 mereka beli tanah kerajaan 70 ekar dengan harga 190 juta ringgit.
Lepas tu mereka jual sebahagian kecilnya iaitu 1.5 ekar sahaja.
Tetapi harga jual mereka sama dengan harga keseluruhan tanah.
Bayangkan kalau mereka jual semua 70 ekar itu,
kiralah berapa banyak mereka boleh untung.
Masalahnya,
harga beli dan harga jual langsung tak munasabah.
60 ringgit sekaki persegi untuk tanah di KL?
Jual balik harga hampir 3000 ringgit sekaki persegi.
Siapa yang tipu siapa di sini?
Malangnya,
Hanya Tabung Haji sahaja yang sanggup membeli.
Kenapa begitu?
Kerana Tabung Haji dibawah kawalan mereka.
Kerana duit Tabung Haji bukan duit mereka.


Dalam FB penuh dengan cerita ini.
Isu kemenangan PKR di Permatang Pauh takda siapa kisah.
Isu beri peluang kedua kepada penjenayah kanak-kanak takda siapa kisah.
Isu Geng Familia MyVi Club pun dah takda siapa kisah.
Isu Tabung Haji ini cukup menyesakkan nafas.
Kerana ini melibatkan duit rakyat.
Duit hasil simpanan titik peluh rakyat.
Orang-orang kampung juga bandar yang bekerja siang malam.
Mengumpul dana dan menabung untuk nak pergi melakukan rukun islam yang wajib.
Tetapi senang-senang sahaja Tabung Haji gunakan untuk 'pelaburan'.
Ini duit rakyat.
Ini bukannya duit kerajaan.
Jadi sepatutnya mereka tak guna sesuka hati.
Dulu sibuk sekejap nak kacau duit simpanan KWSP.
Kena simpan sampai umur 60 tahun.
Bila rakyat bising mereka kacau duit Tabung Haji pulak.


Ada yang kata duit simpanan Tabung Haji memang perlu dilaburkan.
Demi untuk nak beri subsidi bila mereka nak menunaikan haji nanti.
Aku setuju alasan itu.
Tapi pelaburannya biarlah jelas dan telus.
Juga jelas dari segi halal dan haramnya.
Tanah yang dibeli itu memang kawasan 'maksiat'.
Dicadangkan akan dibina kondominium di sana.
Bila masanya tak tahu lagi.
Tetapi kalau dah harga tanah sahaja 3000 ringgit sekaki persegi,
agak-agaklah berapa harga kondo yang nak dijual nanti?
Agak-agaklah siapa yang mampu nak membelinya?
Orang-orang kita?
Jadi sebelum nak 'melebur' duit rakyat tu,
tengok-tengoklah kanan kiri dulu.

Aku tak tahu apa nak jadi dengan Malaysia.
Makin huru-hara keadaannya.
Kawan-kawan yang dulunya menyokong kerajaan,
kini dah pandai buat bising.
Kawan-kawan yang dulunya senyap dan jadi pak turut,
kini dah pandai buat bising.
Masa depan negara adalah masa depan anak cucu cicit kita.
Kalau inilah seterusnya,
apa yang akan kita wariskan kepada mereka.

Negara kini didokong oleh pemimpin-pemimpin yang sengal.
Hampir semua menteri hanya pandai bercakap.
Bercakap kosong pulak tu.
Berhujah dengan akal yang singkat.
Semuanya berhujah demi periuk nasi sendiri.
Semuanya berhujah demi menyelamatkan diri.

Ya Allah!
Berilah petunjuk kepada para pemimpinku.
Bukakanlah pintu hati mereka untuk melihat keadaan rakyat sekarang.

Ya Allah!
Berilah peluang kepada pemimpin-pemimpin baru.
Berjiwa muda dan lebih berwawasan.
Bersikap adil dan lebih pandai memandang.
Kesusahan rakyat dan bukannya hanya nampak wang.

Salam hujung minggu kawan-kawan!


3 ulasan:

  1. Salam Doc, itulah yang dirisaukan...anak cucu cicit nanti yang akan meneruskan hidup (insyaAllah). Kita yang dah dekat nak pergi ni tak kisah mana dah. Kesian mereka nanti, boleh jadi macam anak-anak Palastin.

    BalasPadam
  2. Yang best nya plot isu ini, TH dengan bangga nya announce mereka dah berjaya buat untung atas angin dengan menjual tanah tu pada pihak lain, with a higher price ( than their actual buying price)

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2015/05/tanah-trx-milik-siapa-sebenarnya.html

      Padam