Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Mei 2015

Aku dan Pesakit Hari Ini


Kau kata kau demam.
Aku check suhu kau tak demam.
Kau kata kau sakit kepala.
Aku check tekanan darah kau normal.
Kau kata kau sakit tekak.
Aku check tekak kau biasa-biasa sahaja.
Kau kata kau batuk.
Aku check nafas kau OK sahaja.
Aku beri kau sedikit nasihat.
Minum banyak air masak.
Aku beri kau sedikit ubat demam dan batuk.
Di kaunter kau kata lupa nak minta MC.
Aku kata aku tak mahu beri.
Kau sakit sedikit sahaja.
Kau masih larat untuk bekerja.
Lalu kau beredar pergi begitu sahaja.
Ubat kau tak ambil.
Bil pun kau tak nak bayar.
Kau ingat aku ini apa?
Kau ingat klinik ini kerajaan kau yang punya?
Free aje kau buang masa aku?
Free aje staf aku cari kad rawatan kau?
Free aje aku check kau punya kesihatan?
Free aje aku beri nasihat kat kau?
Bil api tak payah bayar?
Sewa kedai tak payah bayar?
Gaji staf tak payah bayar?

Kau dah naik pangkat jadi eksekutif.
Tahniah aku ucapkan.
Anak-isteri kau dah tak boleh nak claim panel.
Kau kena bayar dulu.
Dan claim kemudian kat kilang.
Itu undang-undang terbaru aku terima.
Kau bawa isteri kau untuk rawatan.
Kau tanya soalan macam-macam.
Kau minta nasihat macam-macam.
Bila kau dapat ubat,
kau ambil.
Bila kau disuruh bayar bil.
Kau tak mahu bayar.
Undang-undang baru dah diterangkan.
Kau tetap tak nak bayar.
Kau suruh aku call kau punya HR.
Selepas buang masa beberapa lama,
HR kau kata kau dikecualikan.
Tetapi kenapa tiada surat hitam putih?
HR kau bising-bising.
Staf aku pun bising-bising.
Aku pun sakit kepala.

Pukul 8.55 malam.
Aku nak tutup klinik.
Dah seharian duduk diklinik.
Aku rindu kat anak isteri aku.
Aku juga dah lapar.
Kau datang walaupun lampu depan dah dipadamkan.
Kau kata ada emergency.
Lalu aku panggil kau masuk.
Kau kata pagi tadi kau sakit kepala.
Tak sempat nak datang awal sebab tiada kenderaan.
Kau cuma nak MC untuk pagi tadi.
Banyak kau punya emergency?
Ingat sesak nafas.
Ingat kena serangan jantung.
Ingat ada luka parah.

Tengahari tadi dapat faks daripada akauntan.
Income tax dah siap kira.
Masih kena tambah bayaran walaupun dah banyak aku bayar.
Tahun ini tiada lebihan bayaran nampaknya.
Tengahari tadi juga agen insurans datang bawa bil.
Insurans dan roadtax kereta dah siap.
Walaupun nilai kereta makin rendah,
premium makin tinggi.
Siap kena GST lagi.

Letih.
Penat.
Bosan.
Tertekan.
Hidup seperti bertuhankan wang.
Sana sini nak kena wang.
Depan belakang,
atas bawah.
Semuanya kena wang.
Nak dapat bukannya senang.
Tetapi nak keluar seperti air mengalir.
Laju aje.
Aku tak marah dengan kerajaan sebab kenakan cukai kat aku.
Itu memang dah undang-undang.
Tetapi aku marah cara mereka membelanjakannya.
Langsung tiada sifat jimat cermat.
Cukai digunakan untuk kegunaan para pemimpin.
Hanya sedikit untuk kegunaan rakyat.
Nampak sangat pembazirannya.
Aku malas nak beri contoh.
Terlalu banyak.
Terlalu menjolok mata.
Terlalu menyakitkan hati.
Cukai patutnya dikembalikan kepada rakyat.
Bukan dalam bentuk BR1M sahaja.
Tetapi dalam bentuk nikmat keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Aku nak berhenti jadi doktor dah.


5 ulasan:

  1. Asalamualaikum doc...ada juga orang sebegitu ye..tak sakit kata sakit..semata mata nak mc...sabar doc sabar...kadangkala kita tak menongkat dunia..tapi kita sangat2 perlukan duit untuk hidup pada zaman sekarang ni..

    BalasPadam
  2. jangan la berhenti jadi doktor....=(

    BalasPadam
  3. betui sgt ckp tuan doktor .... bab yang patient tu mmg tak leh bertolak ansur ,....

    BalasPadam
  4. berentikan BR1m, kurang sket pembaziran

    BalasPadam
  5. Kesabaran tuan inshaAllah dapat pahala "free"... Teruskan khidmat inshaAllah ada barakah

    BalasPadam