Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Mei 2015

Aku Hanya Seorang Doktor Episod 1


Jun 2015.
Genap 19 tahun aku jadi doktor.
Aku pernah training di Hospital Universiti.
Aku pernah training di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Aku pernah training di Hospital Banting.
Aku juga pernah training di Hospital Kulim.
Aku pernah bekerja di Hospital Muar.
Aku pernah bekerja di Hospital Sultanah Aminah JB.
Aku juga pernah bekerja di Hospital Kulai.
Hampir 8 tahun aku setia dengan kerajaan.
Kurang daripada 2 tahun daripada perjanjian dengan JPA.
Jadi bila berhenti aku masih kena bayar pampasan 100%.
Tak dapat kurang walau seringgit pun.

Masa kerja kerajaan dulu.
Kena buli dengan senior MO dah biasa.
Kena marah dengan registrar dah biasa.
Kena maki dengan specialist dah biasa.
Kena sindir dengan consultant dah biasa.
Kena jerit dengan HOD pun dah biasa.
Pendek kata kalau aku jenis lemah semangat,
memang dah lama aku berhenti jadi doktor.
Jadi bila aku dengar doktor2 baru mengeluh di sana-sini.
Aku langsung tak heran.
Ini semua pengalaman.
Walaupun pahit aku terima sebagai satu cabaran.
Pengalaman yang menjadikan aku doktor yang berani.
Berani menghadapi semua situasi.
Berani menangani semua masalah.
Berani bekerja seorang diri.
Berani membuat keputusan.
Juga berani menghadapi kenyataan.
Aku jarang mengalah.
Semua orang aku lawan.
Pengarah hospital pun aku lawan.
Tetapi itu masa aku dah seniorlah.
Masa junior aku ikut sahaja cakap orang atas.
Suruh on call 48 jam pun ikut sahaja.

Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga susah.
Jadi susah itu dah jadi mainan hidupku.
Kalau aku rasa nak give up dengan tekanan hidup juga tekanan kerja,
aku terus ingatkan emakku.
Kesusahan emakku membesarkanku menguatkan semangatku.
Kena herdik dan maki aku anggap sebagai alunan lagu ditelinga.
Kena sindir dan dimalukan sebab tak pandai berbahasa Inggeris pun sama.
Aku tak salahkan diriku.
Aku tak salahkan keluargaku.
Dah memangnya lidah jawa.
Hari2 makan kicap dengan tempe.
Lainlah kalau hari2 makan roti dengan cheese.
Lancar aje lidah nak speaking london.

Berikut aku nak coretkan antara pesakit yang akan kukenang sepanjang hayatku.
Pesakit2 yang sedikit sebanyak telah mengubah kehidupanku.
Pesakit2 yang mengubah persepsiku tentang kehidupanku.

Pesakit Pertama.
Kes ini aku terima masa aku baru bekerja di wad perubatan dahulu.
Posting terakhir aku sebagai houseman.
Seorang lelaki melayu berusia awal 20-an dibawa masuk ke wad.
Dia dijumpai tidak sedarkan diri dimasjid.
Dia dibawa ke hospital dengan ambulans.
Entah macamana boleh berakhir diwad aku.
Semua doktor pening kepala.
Pakar perubatan aku pun pening kepala.
Semua parameter adalah normal.
Tiada langsung kecederaan luaran juga dalaman.
Dia seolah2 tidur dengan nyenyaknya.
Dikejutkan langsung tak nak bangun.
Macam2 cara diusaha tetapi langsung takda tindakbalas.
3 hari dia diunit HDU.
Langsung tiada perubahan.
Pakar psikiatri pun tak boleh nak buat apa.
Pesakit tak bangun2 macamana nak ambil cerita?
Ketika aku tiada kerja,
aku jadi pegawai penyiasat.
Satu demi satu ahli keluarganya aku interview.
Kekasihnya pun aku interview jugak.
Pada hari sebelum dia pengsan,
dia pergi dating dengan aweknya ke Melaka.
Dalam perjalanan balik berlaku sedikit salah faham.
Dan dia singgah di masjid lalu pengsan.
Itu sahaja ceritanya.
Ahli2 keluarga yang lain semua menafikan semua teori2 aku.
Hari ke 4 ahli keluarganya membawa dia balik ke rumah.
Nak pergi berubat dengan ustaz katanya.
Inilah kes pelik pertamaku yang sampai sekarang aku tak tahu kesudahannya.

Pesakit Kedua.
Masa itu aku jadi Houseman di wad sakit puan dan wad ibu mengandung.
Aku kena jaga seorang kakak.
Dia mengandung kali kedua.
Kali pertama dia bersalin secara pembedahan kerana 'tiada jalan'.
Jadi untuk kali kedua dia berharap sangat boleh bersalin secara normal.
Sebab jika dia bersalin secara pembedahan,
harapannya untuk beranak ramai takkan kesampaian.
Malangnya untuk kandungan keduanya ini,
dia ada masalah 'uri bawah' iaitu placenta previa.
Doktor pakar kata PP Type I or II anterior.
Jadi masih ada harapan bersalin normal.
Tetapi sepanjang 4 bulan aku di unit O+G,
kakak ini memang sentiasa ada dihospital.
Doktor tak benarkan dia pulang ke rumah.
Risiko pendarahan adalah tinggi jika beliau balik ke rumah.
Jadi hari2 aku lalu di katil dia.
Rawatannya sama sahaja,
Continue bed rest, Pad Chart dan Fetal Kick Chart.
Ketika usia kandungannya genap 38 minggu,
doktor pakar buat VE dalam bilik bedah.
Jika doktor pakar tak rasa placenta masa buat VE,
dia akan cuba bersalin normal.
Tetapi jika ada rasa placenta,
terus akan operate untuk C-section.
Selepas VE doktor pakar kata dia selamat untuk bersalin biasa.
Doktor cadang nak buat induction keesokan harinya.
12 jam selepas induction,
dia mengalami pendarahan dan pembedahan secara kecemasan terpaksa dilakukan.
Dia mengalami komplikasi anaesthesia selepas pembedahan.
Dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke ICU.
Kes ini memberi pengajaran besar kepadaku.
Sesungguhnya manusia hanya dapat merancang.
Tetapi Allah penentu segala-galanya.
Dia duduk diwad lebih 6 bulan dan pengakhirannya sangat tragis.
Nasib baik bayinya dapat diselamatkan.
Kematiannya berlalu begitu sahaja.
Masa mortality review pun takda siapa berani nak bangkitkan.
Sebab kes itu HOD yang pegang.

Pesakit Ketiga.
Masa ini aku bekerja di unit Urologi HSAJB.
Doktor unit perubatan merujuk seorang pesakit lelaki kepadaku.
Pesakit yang mengalami Acute Uraemia secondary to Bilateral Ureteric Stones.
Sakit batu karang menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Nasib pesakit ini memang sangat malang.
Beberapa kali namanya disenaraikan untuk pembedahan.
Tetapi setiap pagi nak masuk OT,
demamnya mesti naik mendadak.
Macam2 antibiotik diberi,
tetapi demamnya tetap turun naik.
Lagipun kedudukan batunya berada ditengah-tengah.
Doktor nak operate pun pening.
Ikut atas tak boleh.
Ikut bawah pun tak boleh.
Doktor cuba tembak batu tersebut tetapi berisiko tinggi.
Tiga hari sebelum dia meninggal dunia,
dia dipindahkan ke wad perubatan semula.
Unit Nephrologi ambil alih kes.
Paras ureanya naik mendadak.
Malam masa dia meninggal dunia,
isterinya tak dapat dihubungi kerana sibuk bekerja.
Pagi bila dia sampai diwad suaminya dah tiada dikatil.
Jeritan isterinya kedengaran satu bangunan.
Suaminya meninggal tanpa pengetahuannya.
Aku sebak bila berjumpa isterinya.
Aku tak boleh nak buat apa2.
Aku mengesat airmata masa aku turun dalam lif.
Gila punya frust.
Hampir 2 bulan aku rawat dia.
Setiap kali dia jumpa aku dia asyik tanya aku,
bila nak buat pembedahan?
Aku cuba bincang dengan doktor pakar,
tetapi alasannya cukup mudah.
Demam macamana nak operate?

Pesakit Keempat.
Ini kes aku jumpa masa bekerja di unit kecemasan HSAJB.
Masa itu jam 2 pagi.
Seorang lelaki india muslim datang ke bilik kecemasan.
Mengadu tak boleh kencing.
Sakit sangat bila nak kencing.
Bila aku periksa ada batu karang tersangkut di hujung kemaluannya.
Aku perhatikan batu karang memang agak besar.
Pelik juga aku sebab boleh keluar sampai kat situ.
Aku beri ubat bius dan bila dah kebas,
perlahan2 aku tarik batu tersebut.
Sebaik sahaja batu itu berjaya aku keluarkan,
pesakit itu terus memelukku kuat2.
Dia cium pipi aku kiri dan kanan.
Seminggu aku jadi bahan usikan staf lain.
Kes ini padaku sangat kecil.
Tetapi bagi pesakit ianya adalah masalah sangat besar.
Katanya seharian dia cuba teran untuk keluarkan batu tersebut.
Dia kata malu nak datang hospital awal2.
Namun sampai sekarang aku musykil.
Betul ke itu batu karang daripada buah pinggang?

Pesakit Kelima.
Masa di wad kecemasan aku pernah merawat seorang wanita.
Dia mengadu tertelan pin semasa hendak memakai tudung.
Selang beberapa hari kemudian dia datang ke unit kecemasan.
Mengadu sakit dibahagian duburnya.
Pemeriksaan x-ray menunjukkan pin tersebut dah hampir keluar.
Aku sekadar mengambilnya dengan forcep.
Memang pelik bin ajaib.
Pin sepanjang seinci boleh lepas sampai ke dubur.
Kekuasaan Ilahi.


Bersambung diepisod akan datang.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum doktor, u should consider writing a book..or compile ur blog post into a book..sangat interesting! btw, xsilap owner fac of caffein tu pun doktor kan?

    BalasPadam
  2. pesakit pertama pelik
    pesakit kedua sedih
    pesakit ketiga sedih
    pesakit keempat kelakar dan aku syak sesuatu
    pesakit ke5 pelik dan ajaib

    mesti byk lagi pengalaman doktor kan

    BalasPadam
  3. Doc Zoul,
    Terima kasih
    sebab kongsi pengalaman
    hidup doktor di sini.
    Banyak pengajaran
    saya belajar.
    Terima kasih sekali lagi..
    Barakallah fikkk

    BalasPadam